Friday 9 July 2010

ADUAN


lubang yang di tampal oleh Bapak Adi dengan batu2...


Lokasi kejadian : hadapan pagar sebelah kiri rumah aku.


Asalnya longkang dalam tu dah pecah.Maklumlah bila musim hujan hari tu lubang yang pada mulanya kecik menjadi semakin besar dan tinggal beberapa inci je lagi hampir ke jalan raya.Sampaikan kereta orang yang dok menyewa rumah aku pun terpaksa parkir keretanya ke tengah sedikit.ni kesannya baru2 ni lori sampah terpaksa patah balik kerana sempit dan tak dapat tembusi di sebabkan jalan menjadi semakin sempit kerana kereta parkir sebelah menyebelah dengan jiran depan.

Aduan dah aku buat ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 4 Mei 2010 dan aku menerima reaksi balas kad AKUAN TERIMA ADUAN yang bertarikh 6 Mei 2010 iaitu 2 HARI selepas aku membuat aduan.manakala aku menerimanya melalui kiriman pos 18 Mei 2010 (Jauhnya MPAJ dari rumah aku yer)

Menurut arahan yang di maklumkan di dalam kad tersebut,sekiranya dalam tempoh sebulan masih tidak ada apa-apa tindakan dari pihat tersebut,aku di minta untuk menghubungi mereka semula untuk membuat balik pertanyaan.Aku cuba menghubungi mereka semula pada 28 Jun 2010,tetapi AMAT-AMAT LAH kesal dengan jawapan yang di terima kerana menurut mereka masih menunggu peruntukan dan barulah di luluskan dan di lantik kontrantor yang berkenaan.

Dan sekarang dah masuk 2 bulan sehingga aku tarikh aku menulis N3 ini,masih lagi tiada kerja-kerja pembaikan dan masih perlu menunggu dan menunggu. Dan jawapan aku senang jer...LANTAK KORANG LAH..elok-elok modal sikit je korang akan keluarkan silap-silap jadi banyak sebabnya ia akan menjadi semakin besar,besar dan besar.Jangan sampai dia menghakis jalan raya sudah la yer.Untuk "time" sudah pasti akan menyusahkan orang lain...

2 comments:

Ibu n Abah said...

salam zila...
hmmmm... bila berurusan dengan jabatan ....... memang apa2 tindakannya akan mengambil masa....
sabau banyak2.....

kakzie said...

ye la kan kak..banyak nau prosuder dia