Wednesday 21 July 2010

KISAH KARIPAP, KUIH LAPIS PISANG DAN TEMPEYEK

Aku buka kembali semula blog kesayangan aku.Blog tempat aku meluahkan perasaan.Blog unruk aku perasan sendiri dan segala-galanya aku luahkan padanya.So,pada yang kurang senang atau berdengki tu terpulanglah yer.Ni blog aku sendiri.blog yang aku usahakan dengan akal fikiran ku sendiri serta tanpa perasaan malu aku pernah meminta pertolongan dari seorang rakan blog juga bila mana ada yang aku tak reti so aku rujuk dengannya.TQ kak Z...

Minggu lepas aku seakan "Trauma" seketika.Aku telah di ganggu melalui panggilan telefon dari orang2 yang aku tak kenali di mana menurut mereka-mereka ini,aku sendiri yang memberikannya...Gilos.Aku rasa aku tahu kerja sapa.Sebab cara dia lakukannya sama seperti 2 tahun lepas.Aku bukan bermusuh dgn ko.Cuma aku tak faham,tindakan kau tu tak masuk dek akal.Buat lah apa kau nak buat,cakap la apa kau nak cakap,sesungguhnya segala tindak tandukmu aku tak redha.Semoga Allah merahmati hidup ko...

Ok lah lupakan lah cerita kat atas tuh.Bukan boleh di layan sangat.Orang dah tak betul akalnya,kalau kita layan,silap2 kita pun sama tergolong di kalangannya.Hari tu,along aku dok belek2 la satu blog ni,so dia tertarik dengan karipap dan kuih lapis seorang blogger ni.Nama nya kak Madihah @ Kak Ratna.Kebetulan orang Terengganu juga.So,dia pun buat la tempahan.Menunggu giliran agak berminggu juga la.Sebabnya akak ni cuma part time jer buat kuih-kuih ni,sebabnya dia seorang yang bekerja.Akhirnya ahad lepas tempahan yang along aku buat siap juga.Pagi tu kami 3 beradik pi ambil di rumah akak ni di Bandar Sunway.

Betul aku cakap, sikit tak rasa rugi membeli dan megambilnnya yang jauhnya boleh tahan juga la dari rumah.Memang sedap giler ar kuih lapis pisang dia.manis lemak dia sama rata.Aku paling banyak makan...hehehe tak berapa manis tu yang sedap.Karipap dia pun memang sedap.Along tempah karipap inti sardin.Along aku ni memang hantu karipap.kami buat stok pagi2 bekalan ke tempat kerja.Along kata nak tempah lagi karipap dia untuk stok bulan puasa nanti.Jimat.Tak payah nak ke pasar Ramdhan katanya.Sebabnya kalau dah ke pasar Ramadhan nanti ada aje benda lain terbabit sama hehehe....



Kalau ada yang rasa nak tempah tu,try la tanya kat akak kita tu yer.Sila lah ke laman beliau...

aku amik pic ni dari bloh kak Madiha.Aku lupa nak snap ari tuh..Oh ya akak ni pun jual tempeyek kacang tanah.boleh tahan ranggupnya.Sepeket harganya RM10 untuk 50 keping.

kuih lapis pisang..yum yum...


1 comment:

Ibu n Abah said...

zila..
kalau zila dah kata sedap, mmg akak percaya..
akak ni pun mmg suka karipap... suka beli byk2 dan simpan...
terima kaseh kongsi info.