Friday 23 July 2010

KATAK OH KATAK

Akhirnya seorang pelajar IPTA yang menemui "kaki katak" dalam menu hidangannya di sebuah kopitiam,Mac lalu bertindak menyaman kopitiam tersebut.Sungguh meloyakan.Tak bertanggungjawab langsung. Aku setuju sesangat dan aku rasa orang lain juga mesti setuju tindakan yang dia buat kan.Berani atas kebenaran dan bukti yang cukup.
Ehsan dari blog seseorang

Sepanjang beroperasinya kopitiam ni kat Ampang Waterfront, (tempat lain memang aku tak pernah masuk pun),seingat aku lah kan,2x je kut aku makan kat sana.Sekali dengan Along dan adik aku,dan last pada Mac lalu dengan kawan aku.Elok benar seminggu selepas aku mkn dekat situ kali terakhir itu,aku terbaca kat blog Sdr. Mazidul...Yak!....entah2 mee kari yang aku makan tu pun ada benda alah tuh...uwekkkkk!!!!! patutla aku suka na hirup kuah karinya. Memang sedap dengan tekak aku.HUH!! Tobat...tak ndak dah aku weh...



Teringat aku email yang di kirimkan kepada aku semalam.Katanya dalam sardin tin yang kita dok makan tu pun di tambah dgn benda itu,pulak tu kata dia sardin tin tu sardin yang memang selalu aku makan.Tapi satu je aku nak tegur,kenapa tak nak tampil buat laporan polis sekiranya benar dia ada bukti.Alasan dia di "ZIP" dari pihak tertentu tu memang tak masuk dek akal.. Come on lah,kalau ada bukti dan kenyataan awak tu benar,buat apa nak di takut...eiiii tak faham.Tapi sedikit sebanyak aku jadi loya juga.Meskipun tak sahih akan kebenarannya.Mujur lah baru ni Along beli sardin tin cap Adabi dan Pertima.



Pagi ni aku masak sardin tin Adabi,not bad gak rasanya.Tak kisah lah jenama yang kita beli tu tak se gah mana,janji kalau kita betul cara masakya sedap juga ape.Entah la eik,sekarang ni apa pun dah macam tak selamat untuk di makan.Duduk kampung gak bagus kot.Kalau nak beli ikan semuanya segar2 lagi.Sedap dah memang pasti.Selamat lagi.Kalau duk kat bandar ni,kalau beli ikan kat pasar memang nampak sangat cantik dan segar jer. Bila balik rumah kita basuh, mak aiii kadang tu isi ikan dia dah macam nak hancur.Rasa tertipu sangat la.Chemical agaknya yang merabunkan mata kita...huhuhu.



Ingat lagi kali terakhir balik kampung dengan arwah ayah dan Ummi (x-mak tiri aku),masa tu kami pi rumah mak su (bekas adik ipar ayah aku merangkap sepupu ayah aku juga) kebetulan waktu dah masuk tengahari,so mak su masak untuk makan kami sekeluarga.Ayah aku punya lah berseleranya dia makan sampai bertambah-tambah nasi dia makan.Dia kata aku tak pernah seselera makan macam gini.Ini semua angkara ikan percik yang mak su buat kan untuk kami.Fuhhh!!! dah la sedap,ikan dia segar giler isinya masih terasa manisnya.Memang beruntung la kalau duk kampung.Pulak tu yang menangkapnya pak su aku sendiri....huhuhu




1 comment:

Ibu n Abah said...

salam zila..
memang menakutkan(sepatah kata aisyah)..
sekarang ni orang pikir untung. halal haram letak tepi... akak dah kena control jangan suka2 makan kopitam yg tak pasti halal haram...paparich yg akak suka pergi tu ada masalah juga..guna halal bukan JAKIM punya. jika kita mahu hidup kita diberkati tanpa makan makanan haram.. kena lah berhati2.. pihak kafirun memang sengaja nak menyesatkan kita...