Monday 12 July 2010

MEMORI SEMALAM

singgang ikan aye,budu dan jering...
Nyam,nyam....
Semalam bila mana aku bersarapan nasi sejuk bersama-sama ikan singgang, budu dan jering maka teringat la aku pada seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku sekian lamanya.Dulu,jika dia bersarapan itu lah yang di jamahnya.Nasi sejuk memang menjadi keutamaan buat dia melapik perut sebelum keluar mencari rezeki pada setiap hari.Bapak, ye bapak aku...Bapak memang suka sangat makan nasi di waktu pagi.kalau ada nasi yang berlebihan semalamnya,bapak akan makan di waktu pagi.Sebab apa,sebaba bapak jenis tak makan malam.Paling lewat dia makan pada pukul 6 petang,so pagi2 harus la menjamah nasi untuk bertahan sehingga balik dari mencari sesuap rezeki untuk kami. sambal ta'un
(malam tadi masak)

Kalau nasi tu di gaul rata bersama kuah dan lauk2 terutamnya ikan dan kalau ada timun di racik2 halus lagi bapak suka.Senang dia nak makn.Tak perlu nak risau soal tulang.Gaul2 rata bubuh sudu senang dia makan sampai habis.Seterusnya segelas air kopi panas wajib di sebelah..



Sebenarnya kat rumah aku sekarang ni dah lama sangat rasanya tak makan ikan.Aku dah naik muak nak jamah ayam.nak basuh ayam pun rasa dah macam tak lalu nak hadap.So buat saat -saat ke"jemu"an ini,kita orang dah terpaksa kembali memakan ikan.itu pun hanya di singgang kemudian di goreng atau di goreng begitu sahaja sehingga garing semacam keropok(itu hanya selera Along) dan bagi aku aku lebih suka kalai ikan tu tak berapa garing sgt..Buat pula stok sambal belacan dah cukup menyelerakan.kalau ikan yang di masak kuah,alamat kuahnya aje la yang licin.Along cerewet sikit bab ikan ni.Dia hanya jamah ikan sardin,tongkol dan kembung jer.Kalau aku semua aku bedal kecuali ikan sembilang.Memang tekak aku tak leh nak terima.Tapi yang pelik ikan keli boleh la pulak..huhuhu..so sekarang dalam peti dah ada stok budu,petai dan ikan.Nampak gayanya mahu menambah2 la pas ni dan berat yang dah sedia berat akan bertambah...gagagaga

1 comment:

Ibu n Abah said...

zila...
lauk yg ringkas macam tu mmg menyelerakan.... esok nak cuba...