Thursday 22 July 2010

PERIGI @ TELAGA @ SUMUR

Kalaulah ada sumur di ladang,
bolehlah kita menumpang mandi....

antara bait2 lirik lagu Norshila Amin suatu waktu dulu... Kalau zaman aku kecik2 dulu memang puas mandi air telaga ni.Rata2 rumah2 kat kampung dulu memang sumber air dia dari telaga.Dan kat belakang rumah aku sendiri masih ada lagi telaga.Tapi sayang,budak2 duk campak barang2 yang bukan2 so airnya dah kotor.Masa dulu air dia memang bersih gilar.Sejuk lagi.Dan pernah satu ketika dulu masa kemarau melanda Kuala Lumpur dan air paip di catu,perigi aku ni banyak berjasa pada kami.Sehinggakan jiran2 berdekatan tumpang mandi dan mencuci baju.

Kenapa tetiba pulak aku masukkan cerita mengenai telaga ni eik?hehehe gini aku ingat aku nak upah orang Indon kat rumah aku untuk membersihkan kembali dan buang benda2 yang terdapat di dalamnya untuk di guna pakai kembali air dari telaga tu.Risau bila dengar berita akan berlakunya masalah air di sekitar Selangor dalan tempoh beberapa bulan yang akan datang.So, benda dah ada jadi kena lah buat persediaan.Aku ni jenis kuat guna air. so kalau tak de air tu mahu aku sesak nafas hehehe....

Agak2 korang la kan,berapa upah yang sesuai nak bagi depa ni eik?tak dalam mana pun 2 palung belah bawah dan 2 palung belah atas...PIC nanti aku letak kendian Kredit hp aku habis tak leh nak send ke email...

2 comments:

Ibu n Abah said...

zila...
dah kebetulan ada perigi sendiri dalam kawasan rumah, baiklah di upah bersihkan agar bila air kena catu nanti, zila ada sumber nak dapatkan bekalan air. upahnya tak pandailah nak agak. bermacam2 ragam orang yg datang buat kerja.. ada yg boleh lebihkurang saja... ada yang minta upah mencekik darah... kalau boleh elakkan daripada mengupah india. kami baru terkena mintak dia pasang arial kat luar rumah... habis kerja dia minta upah sampai 500 ringgit. Gila... pasang arial astro pun tak terok macam tu... inilah mencekik darah namanya...

kakzie said...

memang ingat gitu la kak.pas raya nanti la kut.Pengalaman sebelum ni kalau mintak tolong org2 indon kat rumah tu semuanya ok2..dema kat sini baik2 kak.dan tak berkira.kadang kita ni la tak reti nak bagi berapa.