Thursday, 13 August 2009

SATAY OH SATAY

Ape tuh?...
Macam satay jer?...
Betul la tu..tapi bukan satay daging mahupun satay ayam.Tapi itulah satay yang terkenal di sebelah Pantai Timur terutamanya sebelah Kelantan.Sebab seingat aku susah dah nak jumpa orang berniaga satay ikan ni dekat kampung aku di Terengganu.Tapi tak tahu la kalau kat daerah lain.Kalau aku masa kecik-kecik dulu, masa aku selalu balik dengan arwah mak ada juga kadang-kadang dia orang masuk dalam kampung berniaga naik basikal atau motor.Tapi sejak besar ni(dah tua dah pun) tak pernah sekali pun terserempak.Tapi sekarang ni dah senang dah kalau sesekali teringin nak makan satay ikan ni.Rasanya tak berapa asli sgt(sebab ikan kurang kanji yg lebih)tapi masih lagi terasa dan boleh lah kalau sesekali teringin.Bezanya harga dia tak dapat lah macam kat kampung yang masih RM0.10..Kat sini RM0.20.Tak kisah la tu janji ok.Bandar dan kampung berbeza.Kalau kat sana ikan dan tentu murah segar lagi berbeza di sini.Yang menjualnya ni memang org Kelantan.Biasa ar orang Kelantan kalau dah bertahun macam mana pun kat tempat orang dialek tak lupa.
Pagi ni masuk 7 Eleven nak topup hp...Ternampak roti ni yang selama ni aku cari kat kedai2 sekitar rumah tapi tak de di jual.Ternyata memang sedap seperti di war-warkan...lembut dan sedap..tak perlu dah nak tambah2 kaya ke butter ke...hehehe tapi mahal gak la..sesekali boleh la lagi pun manis..hehehe

Monday, 10 August 2009

IN PROGRESS

akibat suka sangat tukar2 kulit..abis semua link dan pic serta aksesori blog aku hilang...so take time sikit ar nak indahkan dia balik...so sorry

Akhirnya.......


Dan akhirnya setelah berbulan lamanya aku memikirkan soal pemotongan rambut,akhirnya semalam selesai aku mengemas dan mandi aku selamba badak memotong rambut ku yang dah agak panjang..Rela dalam paksa..aku sayang sangat tapi apa nak buat dah terlalu kritikal keguguran rambut aku ni.aku pendekkan sendiri dan si Ela repair sikit2..dah hasilnya ok lah jugak..jimat duit dari potong kat kedai...
Dok cekak pinggang tu Atuk Thaqif..(Pak Teh aku)
Pejam celik sekejap je rasa..dah setahun pun anak sedara aku si Thaqif ni..Makin ''buyat''.Meragam pulak dia masa beday dia Sabtu ari tuh..eikkk..eikk..mama..mama..tu la yang kuar dr mulut dia.cerdik,kalau kta dukung dia tapi dudk dia tak nak.dia nak dukung tapi bawak jalan ke luar..Hantap adik,Cik Ila dukung ari tuh..cam ner la mak kamu dukung kamu dikk oiii...

Semoga menjadi anak kebanggaan Papa dan Mak...Cik ila tak tahu nak tulis ape daaaa...




Tuesday, 4 August 2009

FLORIA-PRESINT 2 PUTRAJAYA

Adik Arif pun ada,jalan2 dengan nenek


Sunday Hi-Tea kat Shangri-La Putra Jaya(Kuiz Nadi Kota)
Cruise tasik Putra Jaya(Kuiz spontan Di Booth Klfm)


Suka tengok gabungan kaler2 bunga ni



Badak ni di tampal dengan kuaci dan rempah ratus








PERTEMUAN KE-2

Semalam merupakan pertemuan ke- 2 aku dengan Nurul @ Ezan..Thanks dik,sudi lagi kamu nak jumpa akak eik..dan tak lupa terima kasih banyak sebab belanja makan kat Secret Recepi's...Udah la belanja makan,pas tu antar balik sampai kat rumah pulak tuh..tak de benda nak di bagi mujur ada buah pelam muda..sedap kalau di buat colek..hehehe..k la sekadar berkongsi Pic dah le yer..tak reti nak story mory..gambar2 ni aku amik dari facebook dia cz semalam bateri hp aku kong..huhuhu

kat tangga pun sempat nak posing...
Cek Mek ni suka bergambor..

bila masa tah dia tangkap pic ni..suka tgk bibir dia..kecik.. comel

ni menu aku"beef lasagna"..favourite aku,tp aku rasa Pizza Hut punya lagi best..

Nurul makan "chicken Chop - BBQ kut(kalau tak silap)

Sementara menanti makanan yg di order,sempat posing tuh..

Mamam "chocolate indulgence" dulu..i like...





Friday, 31 July 2009

KADAR TAMBANG BARU BAGI RAPID KL

Kadar tambang baru bagi Rapid Kl akan di naikkan berkuatkuasa pada 1 September 2009.Kadar tambang ni mengikut kadar tambang yang lama sebelum pas harian di perkenalkan..Kadar berikut merupakan kadar bagi perjalanan mengikut zon.Berikut di catatkan kadar tambang baru yang akan bermula September ini..:-

Bas Tempatan :-

RM 1
Satu perjalanan


sekarang: RM 1 Sehari

Utama:-

Zon 1 : RM 1
Zon 2 :RM 1.90
Zon 3 :RM 2.50
Zon 4 : RM 3

(untuk satu perjalanan)
sekarang RM2 sehari

Bas Bandar:-
RM 1 satu perjalanan
sekarang RM2
sehari..

Pas Bulanan :-
Pas Tempatan RM 40 sebulan
Pas untuk semua(Bas Utama,Tempatan dan Bandar) RM100

Rumusan..
Ini bermakna kalau sehari aku pergi dan balik kerja RM 4..sekiranya aku menaiki bas tempatan mahupun Utama..Kalau sekarang ni aku hanya membayar tambang RM 1 je untuk sehari..itu sekiranya aku hanya naik bas tempatan..Bermakna..untuk penjimatan,adalah baiknya aku menggunakan pas bulanan..hehehe beza banyak siut..kalau pas bulanan untung RM40.

Kiraan:-
kalau naik bas tempatan

Ampang Campuran ke Ampang Waterfront -RM1
Ampang waterfront ke Lembah Jaya Selatan -RM1
Pergi balik RM4 X 5 hari waktu bekerja = RM 20 X 4 minggu (RM 80)


so nak lagi jimat kenalah pakai pas bulanan...ok la tuh..apa yang aku harapkan semoga mutu perkhidmatan harus lah di tingkatan dan jangan lagi lambat macam dulu..Bagi aku kalau bas Tempatan aku memang tak bermasalah sebab jadual perjalanan memang aku dah tahu..kalau bas U selalu aku perhatikan memang selalu lambat..K la..tak la beban sgt pun...
Hidup rapid kl..aku benci Metro bawak macm hantu lak tu suka race mcm jalan dia yang punya...

SUKA DUKA KEHIDUPAN


Rabu 29 Julai 09....


Sesampai aku kat rumah..(time ni tak masuk lagi kat dalam),aku dok berbebel...

"eiiii,mata tu tak nampak ke baju bersepah jatuh atas lantai.Tu la jemur dah berhari tak reti2 nak angkat..abis la bulu2 kucing melekat. 2 3 helai baju si Botak atas lantai..biasa ar aku kalau tak membebel kat rumah tu bukan aku ler..Baju2 dah kering tak reti nak diangkat pastu bila jatuh atas lantai,Si Tompok ape lagi,ambil kesempatan la landing baik punya atas baju2 tu.Botak yang masa tu tengah duduk kat atas kerusi batu depan pagar rumah aku menjawab dengan nada marah,


"Kalau aku boleh jalan,aku dah angkat la baju tu...terus aku teetoleh bila dia cakap cam gitu.

"Ha!....kenapa dengan kau ni?Nape tak leh jalan?..aku dok ingat saje dia duk lepak atas bangku tuh..sebab selalunya gitu la kalau aku balik kerja dia akan duk atas batu tu.

"aku jatuh tadi..Pas tu tak leh nak jalan..." Ler jawab aku..dah tu macam ner kau balik td?...dia kata pas jatuh tuh ada Cina tu nampak then dia tak leh nak bangun dan agak lama gak dia terbaring (sebab dia jatuh tergelincir ke depan)lama tuh baru dia gagahkan bangun dan balik ke rumah menunggang motorsikal...La hai..Shah..Shah...


Kisahnya Penyelia Kilang tempat kerja dia mintak tolong hantarkan barang ke pusat pengangkutan dekat pukul 6 pas tu terus balik,lepas selesai semua urusan,masa nak ke tempat parking motor dia, masa tu la dia tergelincir.Macam mane cara dia terjatuh sampai sekarang dia tak leh bayang.Tapi ape yang pasti dia kata lutut dia terhentak dan berbunyi "pop".Masa aku tengok kat rumah (sebelum ke Hospital)buku lali dia memang dah bengkak giler..Buntu sekejap masa tuh..So,aku tanya nak buat cam ner ni?Dia kata tak pe la aku nak kol member aku nak pi urut je..Aku dengar nak urut terus aku bantah..Huik jangan cari pasal..bukan terseliuh sebab bengkak nya lain macam.Kebetulan Si Ela anak "Mak Nyah" lalu depan rumah..so aku pun tanya, La,elok bawak gi Spital ke gi urut..Giler ko nak urut..jawab si Ela.Tunggu jap aku nak gi tanya mak jap.


Aku dengan Ela dan mak dia ni memang rapat.Dulu aku bisul kali pertama dua orang ni la membebel kat aku suruh gi Hospital Kl..aku tetap berdegil..sudahnya si Ela tarik juga aku ke Hospital..dia lah dok tunggu aku sampai aku masuk ward.Tak lama pas tu Ela datang bagitahu yang Mak Nyah suruh bawak gi Hospital.Alahai cam ner nak gi ni..Si Along tak balik lagi.Aku Gi public kol Along..dia ade kat Desa Tasik kata dia kereta dia baru masuk bengkel..uh hai...aku dengan Botak dah la kekeringan..Selamba badak ler minjam dengan mak Nyah RM20 sementara Along balik.Nak naik motor takut aku nak gendong Botak.nak tak nak aku tahan teksi berdua dengan Ela.Lama juga menunggu teksi.Ada tu tak mau pergi cz terlalu dekat dengan rumah aku(murah sgt kut)apa daa aku nak bg duit pun tak nak..hhehe.Terfikir kut si Botak yang tengah duk depan pagar(sambil tinjau2 dok tengok aku dan Ela tahan teksi) tak lama pas tu dia pun bertongkat pelan-pelan jalan ke hujung lorong tempat aku duk tahan teksi.Mana tahu kut2 ada driver teksi yang kesian..hehehe..Akhirnya brother melayu yang berhenti..sampai kat Emergency kena RM2.70 je,tak pe lah kira RM3 je aku cakap kat brother tu...


Hospital Ampang bukan macam Hospitl Kl.Sebelum daftar kena pergi dulu kaunter (kaunter ape eik lupa ar)..Kat situ ada beberapa orang pembantu perubatan bertugas.setelah bertanya penyakit atau punca penyakit dan di catatkan ke dalam sehelai borang baru lah di benarkan mendaftar.Sekiranya tiada surat rujukan dari klinik atau keadaan pesakit tak kritikal,pihak Hospital Ampang tak boleh menerima pesakit tersebut dan menasihtakan kita pergi samada ke klinik Kerajaan ataupun di Klinik biasa.Setelah mendaftar dan di ambil tekanan darah di kaunter 7 aku dan Botak sabar menanti nombor di panggil.


Sian plak aku tengok dia.Sambil duduk tuh kejap-kejap aku lumurkan minyak panas kat kaki dia takut nanti bertambah bengkak.Mengaduh tak usah cakap la.Kejap-kejap aduh..auw..aduh..auw...nak tergelak ada kesian pun ada.Orang tak pernah sakit.Biasa aku yang selalu sakit besar2 ni.Nak bawak gi Hospital tadi pun dah mengalir air mata(ops..sorry eik,adik aku ni jenis jiwa lembut)Aku selamba je amik kerusi budak-budak yang di sediakan untuk kanak-kanak supaya dia selesa dan kaki tak tergantung.Huh hai...dari pukul 730mlm aku kat ruang menunggu dah dekat jam 10 tak di panggil-panggil lagi.Si Ela sampai 915malam(selepas adik ipar dia amik alih jaga gerai aiskrim goreng dia)dia dtg jengah aku ngan Botak.Dia dudk kejap pastu dia balik jap sebab nak jemput Mak Nyah dari surau.Aku dan Botak still tunggu no naik.Si Shah dah membebel dah..sambil mata tengok TV.Aku pun mnyampuk..dah Hospital Ampang gini la.Aku dah rasa dah Shah oiii lamanya menunggu masa bawak Along dulu.Akhirnya kurang 10 minit pukul 10 nombor Botak pun di panggil..2099 bilik 1...hahaha


Setelah di soal siasat(ceh macam Polis la plak)doktor mengarahkan aku bawak Botak pergi X-Ray..Tapi jgn la pakai tongkat kesian adik awak nak jalan jauh..Aku sengeh jer.Doktor bagitahu aku kat depan sana ada wheelchair..aku pun segera la pergi amik..selesai Xray...kena tunggu lagi sampai keutusan keluar..tetiba aku ternampak Mak Nyah dgn Ela dah ada kat tempat menunggu tadi.Ceh!siap di belikan Botak milo ais,roti krim dan nasi goreng ayam.Tapi tk makan pun aku dan Botak sekadar jamah roti.Sepuluh minit pas tu baru Along sampai.Pot pet pot pet ngn Mak Nyah,aku masih tunggu doktor panggil untuk menengok hasil X-ray tadi..akhirnya keputusan di terima dan doktor mengatakan Botak kena di rujuk dengan doktor tulang.Kata jururawat bertugas,tak silap dia,tulang lutut Botak patah..Berubah air muka Botak.Hai..tunggu lagi..tunggu pulak doktor tulang datang..Along mintak izin nak balik kejap mandi dan tukar baju.Aku kata gi la.Mak Nyah tumpang Along sebab Ela tak nak balik nak teman kan aku.Bila doktor tulang dah datang aku dan Botak di panggil masuk ke bilik 3 dan doktor bagitahu sebenarnya bukan tulang lutut yang patah tapi buku lali adik aku yang patah dan perlu di simen.Meskipun buku lali yang patah,tapi adik aku perlu di plaster sampai ke atas sikit pada lutut.Si Ela kena balik ambik suar track Botak.Seluar yg tengah dia pakai ketat.Tunggu lagi(sementara di panggil ke bilik plaster)...dan akhirnya jam 1.20 selesai semua urusan dan pulang ke rumah tepat jam 130pagi..huh!letih..


Sampai rumah aku terus bersiram dan makan dengan Botak sikit.Botak tidur kat depan bersama aku dan si Atan..(memang kat situ pun tempat aku tidur sekarang sejak di serang agas ari tu aku tak nak tidur kat bilik lagi.)Tidur alaskan dengan kusyen bagi tinggi kata doktor.Nampak lena juga si Botak tidur.Aku jugak terkial-kial.Memang gitu la aku,kalau dah lebih kul 10 tak tidur jugak memang susah nak lena,tambahan pulak keletihan..Rasanya baru nak lena(orang terengganu kata baru nak jeneghe) Hp aku yang aku lupa nak silent berdering..Aku tengok jam dah pukul 530pagi.Fuh mujur aku silent rupanya si zaki dan Farizan gi Kilang nak amik barang depa nak gi Felda kat Pahang buat service.cari kunci pintu besar tak jumpa.salah aku jugak pi taruk kat meja aku kat atas(selalu kat tempat kunci bawah).Mujur..lau tak depa pecah masuk macam dulu la pulak..hehehe...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

30 Julai 09


Aku tak kerja Khamis semalam.Kesian jugak nak tinggalkan dia sorang2.lagi pula aku terpaksa pergi ke Hospital balik buat appoinment kat Ortho untuk Botak..lepas selesai urusan kat Hospital,aku belikan Botak roti canai pastu aku bergegas ke Tasik Permai menziarahi jenazah ayah kawan rapat aku yang sejak aku di tingktan 1 lagi.Nak gi Opis Botak awal2 pagi dia kata boss dia selalu datang lewat dalam pukul 11 lebih.So aku pi la dulu ziarah ayah Siti di Surau Al-Islamiyah..Jenazah terpaksa di tmpatkan di sana cz rumah kedai mak Siti depan surau tu tak mengizinkan terlalu sempit.Masa aku sampai tu, jenazah belum di mandikan lagi.Kata Siti pukul 11 baru nak mandi.So aku pun balik la kejap dan pi jumpa boss Shah.BVaik sungguh boss adik aku ni..Ramah.Aku takut jugak sebab dia baru je keje kat tempat baru ni.Gaji pertama pun tak dapat lagi.Selesai berjumpa dengan Bos Botak,aku singgha balik kat rumah kejap.Huik..dekat pukul 12 la..Sat gi dak Atan balik sekolah nak makan pulak.Tanak nasik pastu aku gorengkan telur mata dah sementara ayam aku cair dr beku(lupa nak kuarkan awal2)makan la hang lauk tu dulu dengan kicap.Sementara nasik masak aku baring sebelah Botak.Mata ngantuk sangat letih pun yer.org gemuk kan cepat letih..fuh sedapnya dapat baring..rasa malas pulak nak gi balik Tasik Permai.Bila dah masak,mals nak turut kn perasaan malas,aku segera membonceng motor adik aku kembali ke surau sementara menanti mayat di kebumikan.Masa aku sampai mayat dah selamat di kafankan.Sementara jemaah nak solat Zohor dan solat Jenzah,aku lepak kat kedai Siti.Kakak Siti si Ana..Selesai segalanya,jenazah di bawa pergi ke Tanah perkuburan Cheras Baru..Mek dan Siti ajak aku pergi.Tapi terpkasa aku tolak sebab mata aku dah tak lalu nak bukak lagi pun rasa letih ar nak manjat Bukit perkuburan tu..Usai semuanya bergerak, aku pun bergerak jugak pulang ke rumah dan ZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

31 Julai 09

Thanks kat abang dan kak Ely cz nak belikn Botak katil hari ni.Botak memang nak beli tunggu duit gaji dia kuar..Tapi td masa aku YM ngan kakElly,kak Elly da sebut2 pasal katil..ingat aku tak de ape lah..tak lama tu kak Elly sms aku bgtahu jgn beli nanti kakElly belikan,kakElly dan Abang memang selalu menolong sejak dari arwah kak adik lagi.Aku naik segan pulak.Aku ym dia td pun cz aku tak de kredit nak sms.Sebab kk elly dah pesan dulu kalau ada yg sakit bagitahu dia.Aku ingat tak nak cakap jugak,tp bila ingat dia selalu pesan kat aku bila kitaorg Ym aku tak sedap hati.Tak lama pas tu td,abang pulk kol.Abang cakap dah duit korang tu simpan buat beli benda lain jap gi kak Elly pas balik belajar kat Masjid kakelly belikan..Abg pun cakap lagi.,lain kali cam ni la kalau ada ape2 sakit ke bagitahu awal2 ni dah 2 hari baru cakap..aduh..buzz...Jawapan selamat aku cakap kat abg,kita tak de kredit..(mmg tak de pun)tu Ym kak elly td lagipun smlm cuti...huhuhu..Sebelum letak Hp..aku hanya mampu cakap Terima kasih banyak la abg..Dialah satu-satunya abg sepupu aku yang selalu membantu.Tiap2 tahun kalau bulan puasa selalu sedekah duit kat aku dan adik2...Semoga Allah membalas budi baik abang sekeluarga....Dan jangan pelik..abnag sepupu aku ni lah satu-satunya aku dan adik beradik ku panggil "abang"shj sejak dari dulu.tak macam yang lain kami panggil pngkat nama.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pagi ni sebelum pergi kerja aku dah sediakan nasi , lauk dan air serta bikut buat Botak..Tak lupa jugak bekas untuk dia kencing..Mintak2 jangan la dia nak terbuang air besar..Risau jugak aku ni..

Monday, 20 July 2009

HOT FM - LE TOUR DE GERAI

Petang Ahad tu aku dok lepak ngan Botak depan tv dok nengok movie org putih(tajuk eh aku lupa)tetiba AbgJaz antor sms ke Hp Botak bagitahu yang gerai dia terpilih dlm program siaran radio swasta Hot Fm iaitu le Tour De Gerai.Dalam pukul 5 aku,Botak dan Ela(kawan aku) bergerak ke sana.Saja nak tgk2 program dia orang.Aku bukanlah pendengar setia siaran ni.Dengar pun memang tak pernah melainkan mula2 aku kerja kat Bukit Belacan ni itu pun siaran sebelah pagi semasa aku dalam perjalanan ke tempat kerja menumpang kereta Along.Itu pun sekadar mendengar rancangan "panggilan Hangit".Dan seingat aku,selepas tu mmg aku tak pernah tune siaran tu.Cuma aku leh kenal penyampai mereka sebab mereka ni celebriti Dj yang memang terkenal di Media Prima.Tapi ok lah,dia orang semuanya sporting...Ramah tamah dan tak sombong.Kongsi je la tgk pic2 diaorang eik

Kieran bersalaman dengan pelanggan Bonda cafe..suar hijau tuh sibuk na Interframe hehehe(Deen Mydin)
Botak Dengan Fafau(kecil molek je si farah ni)

aku pun tak ketinggalan juga

dapat T-shirt sehelai sorang(jawab soalan gila2 si Fafau)

Ikhwan dan Faizal Ismail (FBI)
Penyampai bersama pemilik Bonda Cafe,Abg Jaz dan Kak Liza dan anaknya-Ifwad
kecik nau si Azura ni samapai aku tak peasan kewujudannya..lagipun dia tak ramah mcm yg lain mungkin kepenatan atau kekeyangan......

gara2 memakai T- Shirt tertulis "DI PERLUKAN SEORANG AWEK(cap ayam)dan tertera syarat2 yang kelakar...si Botak di usik oleh Faizal dan Fafau


gaya slumber fafau dok pegang adik aku...ceh!....


seisi soalan kuiz yg gila2...
aku dan botak dapat sehelai sorg T-shirt yg di pegang fafau
dengan Kieranto Marcello(member FB aku juga)















Monday, 13 July 2009

CUTI

SEJAK SAKIT HARI TU..AKU DAH TAK DE MOOD NAK CREATE BLOG....MAAFLAH AKU NAK BEREHAT DULU TAK TAHU BERAPA LAMA...SO,BILA AKU DAH ADA MOOD NANTI AKU AKAN KEMBALI...SALAH SILAP AKU MOHON MAAF...
BOSANNNNNNNNNNNNNNNNNN

Tuesday, 23 June 2009

CUKUR JAMBUL BEBY ARIF HAIKAL

Bertempat di rumah DJ Mimie Klfm,
Quarters Kerajaan,Presint 18,Putra Jaya.
sebelum majlis bermula.Afiq dgn keretanya..waaaa...Afiq still tak nak kat aku.














Sahabat KLFM..KakIzana


KakSal Bangi sedang memotong jambul Arif.

Beby Arif yg tomey dan tembam


Ni lah pose menarik dari mak2 Dara.First time juga berjumpa dgn anak dara Julia ,yang mesra alam.Bestnya Zara ,masa dia sampai je rumah Afiq masuk dalam terus "terpa" kat aku dan depa tangan dia mintak peluk..hehehe cutenye...







Friday, 19 June 2009

APA2 AJE

Minggu ni mood aku seolah2 tidak mengizinkan aku untuk mengarang sesuatu di dlm blog aku ni.Fuh!maklumlah dah cuti lama (kat rumah jer),tu yang jadi malas semacam.Idea tuh memang ade tapi bila aku mula nak menaip jer,tetiba mood aku bertukar menjadi malas.Bercuti di rumah buat aku rasa tenang,dan selesa.Nak pi bercuti macam orang lain memang aku tak daya.Bak kata orang ukur baju di badan sendiri.Apa lagi time tuh mood aku tetiba jer rasa nak menjahit kain langsir yang dah bertahun terperap dalam almari baju aku.Aku pun mula kan lah operasi memotong seterusnya menjahit.Tapi sedih rasanya,di dalam hati..tengah mood baik punya,tetiba lak mesin wat perangai.Ngam2 aku dapat 3 pintu,benang bawah tak nak naik.Ye lah beli mesin tuh dah lebih sepuluh tahun tak pernah servis.Jawabnya perap balik la sementa menanti gaji ku keluar.Mintak2 tak banyak la yg rosak dan yg penting charge dia jgn la mahal.Bnyak benda aku nak beli bulan ni.

3 minggu lepas,Agas yang sering menyinggah ke rumah kembali lagi.Maka bercorak balik la kaki tangan aku.Kulit aku ni memang sensitif.Tak leh kena gigitan serangga mulalah akan meninggalkan parut.Menci ar...Bil agas dah menyerang,aku tak bertoleh lagi.Mulany malas aku nak per"asap" pakai tempurung dan sabut,so aku beli lah sekotak ubat nyamuk.sekali bakar 6 keping sebab aku nak kan rumah aku ber"asap".Sebab kata bekas anak angkat ayah aku dulu,kalau nak halau agas kena perasap kan rumah.Abis 2 kotak,still ada agas lagi,sampaikan aku tak leh nak tidur.Benda halus sgt,kalau macam nyamuk senang nak di tampor atau di kenyek aje.Agas ni jenis serangga yang degil.Kita tak leh tampar macam nyamuk tapi kena picit biar dia agak mabuk sikit pastu kenyek macam kutu baru dia mati.Bisa gigitan dia memang tak leh blah..gatalnya lebih dari nyamuk.Pas tu akan merah.Kalau tak di garu sampai luka memang tak hilang sakitnya.Tu yang buatkan tangan dan kaki aku bercorak.

Hari ke 2,aku tak leh bertahan lagi.Aku suruh Syah pi amik tempurung dan sabut kat kedai "Mak Yam".(Mak Yam ni bekas kakak Ipar Mak Jaya)orang Perak komer.Ngan aku memang riuh kalau ke kedai dia.Mak Yam memang baik n sporting hehehe...Dapat je tempurung dan sedikit sabut,aku mulakan operasi membakar.Huh! abis satu rumah berasap.Udah macam rumah kena bakar...Sesak jugak la nafas ni.Sekali buat memang tak menjadi.So, aku buat 2 hari berturut-turut.Dan kesannya,Alhamdulillah agas mampu ku halau.

Minggu ni aku di kejutkan dengan berita pemergian Tunang pada adik satu tempat aku kerja dulu.Aku hanya mampu mengucapkan takziah padanya dan agak sedih juga kerana mereka akan di satukan pada 4/7/09 depan.Tapi ye la kan takdir Tuhan dah begitu,redha je la.Itu je la mampu ku katakan,tapi mungkin yang menghadapinya akan mengambil masa untuk pulihkan semangat.Sabar je la dik,semoga dia tenang bersemadi di sana...

Aku tak pi Bandung,tapi aku dapat tudung 2 helai(cantik bangat)kalau nak beli sendiri memang tak la,jam tangan dan hand bag yg unik(leh lipat)..thanks along.. tahun depan
kalau gi lagi,kakGie nak Blaus plak cam Naimah,hehehe.....















Monday, 8 June 2009

TONGSAN OH TONGSAN

Nak berkongsi resepi lagi..resepinya terlalu ringkas dan mudah tapi rasanya..wow! boleh tahan siut..Sebenarnya dah 30 tahun aku hidup,tp ni kiranya first time aku makan ikan "tongsan".Rupanya yang sebenar,idak plak aku tahu.Hari Jumaat hari tu aku sampai rumah awal.biasala kalau sampai awal tu maknanya aku dapat bas awal la tu.So,aku gi la rumah Bibik(jiran 2 dari rumah aku) lepak2 sana main dengan budak2 dan beby.Tetiba Mamang(adik bibik) tanya aku makan tak ikan air tawar.Aku jawab tgk jenis ikan jugak.Mamang pun suruh Bibik bagi aku 3 ketul ikan tongsan.katanya masak stim sedap.DAlam hati aku,tak hanyir ker.?Apa lagi balik je ke rumah aku pun keletung keletang la kat dapur.Penyediaannya tak lama dan hasilnya, wow!not bad.Sikit pun tak hnyir dan isinya pun sedap dan segar...Jom kongsi

Bahan- bahan :
3 keping ikan Tongsan
(di basuh dengan air asam dan di bersihkan)
bawang besar - sebiji
5 ulas bawang putih
sedikit halia - di mayang
asam jawa - sebesar ibu jari
15 biji cili api
2 sudu cili boh
2 batang serai
sedikit garam
dan
sedikit daun sup

cara memasaknya :

Bawang besar,bawang putih dan cili api di tumbuk halus.Kemudian di tumis sehingga garing bersama halia yang di mayang tadi dan juga cili boh.Panaskan periuk pengukus dan kukus sebantar ikan yang di lumur dengan sedikit garam dan asam jawa.kemudian taburkan bahan tumisan tadi di atas ikan td dan taburkan juga sedikit daun sup dan serai yang di ketuk..Kukus sampai masak dan sedia di makan.

Friday, 5 June 2009

KUE TIAU KUNG FU

Macam meje plak(iron board) rumah aku tak de meja makan.hehehe


Petang semalam,balik dari kerja aku singgah sat kat pasar malam Bandar Baru Ampang.Kat opis tadi puas belek2 resepi keu tiau kung fu tapi tak jumpa.Sebenarnya sejak bulan lepas aku kemaruk makan kue tiau kung fu dekat restoran berhampiran rumah aku.Kalau pi sana tak de lain yang aku order,balik2 kue tiau kung fu.sampaikan akak n abg tukang masak tuh dah tahu menu aku.So,dalam aku cakap sendiri, y not aku try buat.So aku pun beli lah sikit2 barang seperti kailan,karot,sotong dan udang serta kue tiau.Habis dalam RM12.Ok lah tuh leh ar buat ulang2.lagi pun kat rumah sejak Atan balik rumah ummi dia,dapur kurang berasap.Cuma aku je kdg2 masak ape yang aku nak makan.Ni kan masing2 tgh jadi ber"uang".Malam tadi aku pun berkungfu lah sorang2 dan rasanya not bad...hehehe.nak kogsi resepi..meh la.Resepi ni atas fikiran aku merasa kue tiau kung fu yang aku beli kat restoran tuh dan aku masak ikut kreativiti aku...hahaha

Bahan-bahannya:
Bahan A
Kue Tiau (ikut banyak mana kita nak makan)
2 biji telur ayam

Bahan B
3 ekor udang (sedang)
1 ekor sotong (sedang)-di potong kecil
Sedikit isi ayam (dada)
1 sudu besar tepung gandum

Bahan C
kailan
karot
kancang buncis
Bunga kobis
5 ulas bawang putih - ketuk2 gitu jer
setengah ketul kiub ayam

Pecahkan telur di dalam mangkuk kemudian di pukul.Masukkan kue tiau kedalam telur yang di pecahkan tadi.Balutkan kue tiau tadi macam nak buat murtabak.Kemudian panaskan minyak dalam kuali.Minyak tu di lebihkan sedikit dari biasa kita mengoreng telur dadar.Setelah minyak dah betul2 panas,baru masukkan kue tiau yang dah berbalut telur tadi.Kalau minyak tak betul panak,strukturnya tak cantik.Biar dia betul2 garing atas api sederhana.Bila dah garing angkat dan letak dalam mangkuk.ke tepikan.

Tumiskan bawang putih yang di ketuk2 tadi.Dan kekuningan,masukkan 2 cawan air dan setengah kiub ayam.Biarkan dia mendidih sebentar dan masukkan bahan-bahan B.Biarkan dalam 3 minit.Bancuh sedikit tepung gandum dan tuangkan dalam kuah yang tgh mendidih tadi.Fungsinya untuk memekat kan kuah.kemudian masukkan bahan2 C dan biarkan seketika.Tuangkan kuah yang dah siap tadi kedalam mangkuk kue tiau telur tadi.taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng.Siap di hidangkan.


Tuesday, 2 June 2009

LUNCH DENGAN BUNGA


Seronok hari ni dan sungguh tak di sangka akhirnya bertemu juga aku dengan Bunga @ Ezan yang sudi datang dari Selayang bertemu dan lunch bersama di Food Court Carrefour Ampang.Kesian malam td dia kol aku, tapi aku tak angkat coz tengah cas dlm bilik adik aku.Kalau dah dok bercas dalam bilik mamat tu, memang hapak pun tak dengar.Nak sms balik dah kehabisan kredit.Kebetulan aku on9 dia pun kata nak jumpa aku petang ni.Aku kata nak lunch pun boleh juga,datang la sini.Seperti di janjikan maka dengan berkancil biru,selamat juga dia ke sini.Cik Bunga ni aku kenal dalam Cbox dj Mimie.First time jumpa dia,pada aku dia ok sangat dan ramah seolah dah bertemu beberapa kali,cuma aku je ah kan macam biasa ada segan-segan sikit.hehehe.Sambil makan sambil pot pet pot pet yang kebetulan di food court tersebut ada productions sedang menjalankan rakaman sebuah program pertandingan masakan yang di hos kan oleh KakDiva yang memang bergetah u,iaitu kak Anita Sarawak dan Azrul(Raja Lawak).Tapi sayang gambar belakang je.

Lepas makan aku ajak Bunga lepak kat Opis aku.Terkejut kut dia tengok,sebesar-besar kilang hanya aku sorang jer kat situ.Katanya takut ganggu aku buat kerja,hakikatnya, aku tak de kerja seperti mana pekerja-pekerja di syarikat yang lain.Giitulah aku kalau di tempat kerja.Meskipun begitu kekadang bosan juga.Tapi alah bisa tegal biasa,sebabnya aku sememangnya jenis manusia yang suka kan sunyi dan damai dan menyendiri.Thanks Bunga co sudi kenal kita n lain kali mai lah lagi eik.Kalau mai rumah pun tak pe,tak de orang jugak.Macam mana awak datang opis kita,gitu jugalah nanti awak kat rumah kita.Sunyi dan sepi.
Kerana,
"Sepi itu indah".

Monday, 1 June 2009

SENDIRI

Seawal jam 9.30 pagi Sabtu hari tu aku sendirian berjalan ke Jalan Masjid India.Ya,ampun ingat kan pi pagi2 buta tak ramai sgt org rupanya ada org lagi awal dari aku.Masuk Jakel tak de yang berkenan lak kain kat sana.Sebenarnya dari rumah memang dah ingat nak pi Madras Textiles jer.Nak cari kain sari ala-ala sulam songket.Belek punya belek,akhirnya kaler purple yang sangkut.Ingat nak amik 2 pasang tapi entah lah macam tak nak la plak.Pas bayar aku pun seberang ke Semua House.Mulanya ingat nak jalan saje-saje jer.Aleh-aleh terpandang blaus dan seluar yang ada size aku..hehehe ape lagi duit tengah ade rembat je la..Rasa seronok pun ade.Sekarang ni aku dah boleh beli baju blaus siap sebab aku kan dah kecik sikit(perasan giler) dah tak susah nak pilih.Setengah hari je berjalan RM200 sekelip je keluar.Nak dapt duit punyalah susah..Macam air la.Nak beli itu ni kena pikir 15X tapi tak pelah sekurangnya nampak juga baju baru.Selesai segalanya aku pun balik semula ke rumah.Senang jalan sorang2 kalau jalan bergengdeng huh menyampah aku nak kena tunggu sorang2 nak membelek..