Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, 8 June 2009

TONGSAN OH TONGSAN

Nak berkongsi resepi lagi..resepinya terlalu ringkas dan mudah tapi rasanya..wow! boleh tahan siut..Sebenarnya dah 30 tahun aku hidup,tp ni kiranya first time aku makan ikan "tongsan".Rupanya yang sebenar,idak plak aku tahu.Hari Jumaat hari tu aku sampai rumah awal.biasala kalau sampai awal tu maknanya aku dapat bas awal la tu.So,aku gi la rumah Bibik(jiran 2 dari rumah aku) lepak2 sana main dengan budak2 dan beby.Tetiba Mamang(adik bibik) tanya aku makan tak ikan air tawar.Aku jawab tgk jenis ikan jugak.Mamang pun suruh Bibik bagi aku 3 ketul ikan tongsan.katanya masak stim sedap.DAlam hati aku,tak hanyir ker.?Apa lagi balik je ke rumah aku pun keletung keletang la kat dapur.Penyediaannya tak lama dan hasilnya, wow!not bad.Sikit pun tak hnyir dan isinya pun sedap dan segar...Jom kongsi

Bahan- bahan :
3 keping ikan Tongsan
(di basuh dengan air asam dan di bersihkan)
bawang besar - sebiji
5 ulas bawang putih
sedikit halia - di mayang
asam jawa - sebesar ibu jari
15 biji cili api
2 sudu cili boh
2 batang serai
sedikit garam
dan
sedikit daun sup

cara memasaknya :

Bawang besar,bawang putih dan cili api di tumbuk halus.Kemudian di tumis sehingga garing bersama halia yang di mayang tadi dan juga cili boh.Panaskan periuk pengukus dan kukus sebantar ikan yang di lumur dengan sedikit garam dan asam jawa.kemudian taburkan bahan tumisan tadi di atas ikan td dan taburkan juga sedikit daun sup dan serai yang di ketuk..Kukus sampai masak dan sedia di makan.

Friday, 5 June 2009

KUE TIAU KUNG FU

Macam meje plak(iron board) rumah aku tak de meja makan.hehehe


Petang semalam,balik dari kerja aku singgah sat kat pasar malam Bandar Baru Ampang.Kat opis tadi puas belek2 resepi keu tiau kung fu tapi tak jumpa.Sebenarnya sejak bulan lepas aku kemaruk makan kue tiau kung fu dekat restoran berhampiran rumah aku.Kalau pi sana tak de lain yang aku order,balik2 kue tiau kung fu.sampaikan akak n abg tukang masak tuh dah tahu menu aku.So,dalam aku cakap sendiri, y not aku try buat.So aku pun beli lah sikit2 barang seperti kailan,karot,sotong dan udang serta kue tiau.Habis dalam RM12.Ok lah tuh leh ar buat ulang2.lagi pun kat rumah sejak Atan balik rumah ummi dia,dapur kurang berasap.Cuma aku je kdg2 masak ape yang aku nak makan.Ni kan masing2 tgh jadi ber"uang".Malam tadi aku pun berkungfu lah sorang2 dan rasanya not bad...hehehe.nak kogsi resepi..meh la.Resepi ni atas fikiran aku merasa kue tiau kung fu yang aku beli kat restoran tuh dan aku masak ikut kreativiti aku...hahaha

Bahan-bahannya:
Bahan A
Kue Tiau (ikut banyak mana kita nak makan)
2 biji telur ayam

Bahan B
3 ekor udang (sedang)
1 ekor sotong (sedang)-di potong kecil
Sedikit isi ayam (dada)
1 sudu besar tepung gandum

Bahan C
kailan
karot
kancang buncis
Bunga kobis
5 ulas bawang putih - ketuk2 gitu jer
setengah ketul kiub ayam

Pecahkan telur di dalam mangkuk kemudian di pukul.Masukkan kue tiau kedalam telur yang di pecahkan tadi.Balutkan kue tiau tadi macam nak buat murtabak.Kemudian panaskan minyak dalam kuali.Minyak tu di lebihkan sedikit dari biasa kita mengoreng telur dadar.Setelah minyak dah betul2 panas,baru masukkan kue tiau yang dah berbalut telur tadi.Kalau minyak tak betul panak,strukturnya tak cantik.Biar dia betul2 garing atas api sederhana.Bila dah garing angkat dan letak dalam mangkuk.ke tepikan.

Tumiskan bawang putih yang di ketuk2 tadi.Dan kekuningan,masukkan 2 cawan air dan setengah kiub ayam.Biarkan dia mendidih sebentar dan masukkan bahan-bahan B.Biarkan dalam 3 minit.Bancuh sedikit tepung gandum dan tuangkan dalam kuah yang tgh mendidih tadi.Fungsinya untuk memekat kan kuah.kemudian masukkan bahan2 C dan biarkan seketika.Tuangkan kuah yang dah siap tadi kedalam mangkuk kue tiau telur tadi.taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng.Siap di hidangkan.


Tuesday, 26 May 2009

Kulat Dan Pucuk Manis

Petang semalam buka je pintu pagar aku ternampak banyak betul kulat kerang yang tumbuh di batang pohon mangga yang aku tebang hari tu.Betul la kata orang,bak cendawan tumbuh selepas hujan.2 hari sebelum tu aku tinjau-tinjau tak la sebanyak itu.Apa lagi aku masuk rumah amik beg plastik lauk dan aku pun memulakan operasi memetik.Ceh.sebenarnya dalam hati tu dok berkata-kata gak.Boleh ke makan kulat ni?Sebabnya setahu aku kalau kat kampung Opah tiri aku dulu depa duk petik kulat ni yang dok melekat kat dahan pokok getah mati..Tapi dalam hati tu yakin memang boleh makan sebab aku teringat arwah Ijan(anak jiran aku) pernah petik sama macam ni pada dahan pokok mangga dia dulu.
Dapat banyak juga lah.Hampir penuh plastik aku mengutipnya(plastik bungkus lauk).Tapi ? still gak takut,so aku pun pi lah bertanya pada Cik Yah (jiran rumah banglo aku tu) sambil bawak contohnya.Sah!cik Yah kata boleh makan..Siap cakap,kalau kau tak nak bak mai kat Cik Yah..hehehe aku sengih jer..lain kali ler orang petik kan untuk Cik Yah pulak eik..Apa nak masak eik?Tetiba terlintas nak campurkan dengan Pucuk Manis bila aku terpandang pokok pucuk manis yang aku tanam tepi pagar.Sekali lagi proses memetik di lakukan.Banyak jugak dapat ni.Kalau di campur boleh buat sekali makan.Lagi pula adik-adik aku tak makan kut.So,aku je la meratahnya nanti hehehe.
Datang idea nak masak aku segera basuh dan rendam seketika bagi menghilangkan sisa pohon kayu yang melekat.so jom la kalau nak kongsi ape yang aku masakkan semalam.

Bahan-bahannya:-

kulat kerang
pucuk manis
bawang besar sebiji
bawang putih 5 ulas
lada hitam sesudu besar
sedikit ikan bilis-sebagai rencah jer
(ke empat-empat bahan tadi di tumbuk lumut)
ubi kentang sebiji-di potong kecil
soo hoon sebungkus

Cara memasaknya :-


Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang di tumbuk tadi.Biarkan sedikit garing kemudian masukkan ubi kentang yang di potong kecildan masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih.Masukkan garam secukup rasa.Pak aji tak main ha..Dah agak empuk kentang tadi,barulah masukkan kulat kerang tadi dan biarkan dalam 3 minit kemudian masukkan daun pucuk manis dan soo hoon.Biarkan seketika dan padamkan api.Sedia di ratah...