Friday 19 June 2009

APA2 AJE

Minggu ni mood aku seolah2 tidak mengizinkan aku untuk mengarang sesuatu di dlm blog aku ni.Fuh!maklumlah dah cuti lama (kat rumah jer),tu yang jadi malas semacam.Idea tuh memang ade tapi bila aku mula nak menaip jer,tetiba mood aku bertukar menjadi malas.Bercuti di rumah buat aku rasa tenang,dan selesa.Nak pi bercuti macam orang lain memang aku tak daya.Bak kata orang ukur baju di badan sendiri.Apa lagi time tuh mood aku tetiba jer rasa nak menjahit kain langsir yang dah bertahun terperap dalam almari baju aku.Aku pun mula kan lah operasi memotong seterusnya menjahit.Tapi sedih rasanya,di dalam hati..tengah mood baik punya,tetiba lak mesin wat perangai.Ngam2 aku dapat 3 pintu,benang bawah tak nak naik.Ye lah beli mesin tuh dah lebih sepuluh tahun tak pernah servis.Jawabnya perap balik la sementa menanti gaji ku keluar.Mintak2 tak banyak la yg rosak dan yg penting charge dia jgn la mahal.Bnyak benda aku nak beli bulan ni.

3 minggu lepas,Agas yang sering menyinggah ke rumah kembali lagi.Maka bercorak balik la kaki tangan aku.Kulit aku ni memang sensitif.Tak leh kena gigitan serangga mulalah akan meninggalkan parut.Menci ar...Bil agas dah menyerang,aku tak bertoleh lagi.Mulany malas aku nak per"asap" pakai tempurung dan sabut,so aku beli lah sekotak ubat nyamuk.sekali bakar 6 keping sebab aku nak kan rumah aku ber"asap".Sebab kata bekas anak angkat ayah aku dulu,kalau nak halau agas kena perasap kan rumah.Abis 2 kotak,still ada agas lagi,sampaikan aku tak leh nak tidur.Benda halus sgt,kalau macam nyamuk senang nak di tampor atau di kenyek aje.Agas ni jenis serangga yang degil.Kita tak leh tampar macam nyamuk tapi kena picit biar dia agak mabuk sikit pastu kenyek macam kutu baru dia mati.Bisa gigitan dia memang tak leh blah..gatalnya lebih dari nyamuk.Pas tu akan merah.Kalau tak di garu sampai luka memang tak hilang sakitnya.Tu yang buatkan tangan dan kaki aku bercorak.

Hari ke 2,aku tak leh bertahan lagi.Aku suruh Syah pi amik tempurung dan sabut kat kedai "Mak Yam".(Mak Yam ni bekas kakak Ipar Mak Jaya)orang Perak komer.Ngan aku memang riuh kalau ke kedai dia.Mak Yam memang baik n sporting hehehe...Dapat je tempurung dan sedikit sabut,aku mulakan operasi membakar.Huh! abis satu rumah berasap.Udah macam rumah kena bakar...Sesak jugak la nafas ni.Sekali buat memang tak menjadi.So, aku buat 2 hari berturut-turut.Dan kesannya,Alhamdulillah agas mampu ku halau.

Minggu ni aku di kejutkan dengan berita pemergian Tunang pada adik satu tempat aku kerja dulu.Aku hanya mampu mengucapkan takziah padanya dan agak sedih juga kerana mereka akan di satukan pada 4/7/09 depan.Tapi ye la kan takdir Tuhan dah begitu,redha je la.Itu je la mampu ku katakan,tapi mungkin yang menghadapinya akan mengambil masa untuk pulihkan semangat.Sabar je la dik,semoga dia tenang bersemadi di sana...

Aku tak pi Bandung,tapi aku dapat tudung 2 helai(cantik bangat)kalau nak beli sendiri memang tak la,jam tangan dan hand bag yg unik(leh lipat)..thanks along.. tahun depan
kalau gi lagi,kakGie nak Blaus plak cam Naimah,hehehe.....















3 comments:

azieazah said...

Kak AA ingat-ingat lupa rupa agas ni...

ZIE, mesti tudung tu nak pakai raya, kan? Nanti bila2 ada rezeki, kita pi sama2 lak ek..

IXORAROXI said...

mujur tengah berasap tu tak datang jabatan alam sekitar ILA, kalau tak, kena saman wooo :D..gurau je ya

Mamamanja said...

pls vote for harith for contest aksi menarik. cara2 nak vote sila ke blog MM. tq