Tuesday 27 October 2009

ZAMAN ITU

Zaman kanak-kanak merupakan satu zaman yang indah.
Sesekali bila teringat satu waktu di zaman itu,
terasa bagai hendak kembali ke era itu.
Masa tu tak payah nak fikir apa jua masalah..
yang aku tahu main,main dan main.
sampaikan kekadang tu bila dah main sampai tak ingat nak balik.
Sampai makan pun kat rumah orang.
huhuhuhuhu
Pastu bila balik rumah emak suruh makan mula la kata dah kenyang.
Apa lagi radio mak mulalah menyanyikan lagu asli
hehehehe
"Macam tak de rumah"
(ayat popular bila aku dileteri)
Masih aku ingat zaman aku membesar mana ada lagi playstation, internet dsb.
Cuma yang popular masa tu dan selalu aku dan kawan2 sebaya buat
ialah,
seperti bermain congkak, main dam ular, roundes(betul ke spelling ni) bola chop,
bola lubang,guli,tenteng dan daun tepuk(aku ada dulu sampai sekotak).
Satu lagi,
kalau makan aiskrim batang masa tu selalu kumpul buat main tepuk
atau pun tiup...Kalau pergi kedai selalu kutip tutup botol..Tang ni aku tak berape terror.
Yang selau menang kalau main dan banyak mata si Kikip.Dia ni kalau main ape pun suka mengelat.Mentang ar dia lelaki dan tua sikit dari aku
bab buli-membuli bagi ar kat dia.Sampai satu hari tu aku pernah menangis sebabkan dia.
(konon2 marah sgt ler tuh)
Mana tak nye,
kalau main bola Chop tu,
tak ingat dunia.Bukan main kuat lagi chop kat badan orang.Dah la mengelat
(rampas bola dari orang)
dah tentu la nak lari pun tak sempat.Apa lagi suka la dia ,yang sakit nya kita
huhuhuhu....
Seingat aku masa generasi aku,
cuma aku dan Ela je perempuan.
Selebihnya lelaki.Memang masa ni mana nak tahu rasa malu,
bertepuk tampar,gaduh tu dah macam adik-beradik.
kejap je pastu baik balik..adat la tu kan.
Tapi sekarang kalau jumpa selisih bahu pun,
usahkan nak bertegur,
bertentang mata pun rasa segan sangat.
Dan
yang terkini,kawan2 masa kecik yang lelaki semua dah berumahtangga
dan dah jadi bapa orang.
Cuma
aku dan Ela je lagi masih belum bertangga.....
Aku rindu semua itu...
aku rindu pada aiskrim putar roda,
aku rindu pada aiskrim pulut susu cair
aku rindu pada muruku sambal
aku rindu rojak mamak dan cendol mamak belakang Chow Kit
aku rindu roti canai restoran kat flat lama aku
(sebelah Klinik Harun).
Restoran ni dulu pelakon Ibrahim Din selalu tumpang jual nasi lemak yang di bungkus siap.
dan aku rindu pada roti canai(di AIA dulu)
Masa tu arwah mak menjalani rawatan kencing manis dia kat Klinik Ready.
Lokasinya dulu tapak di bangunan AIA sekarang.
Aku memang suka teman kan emak pergi Klinik.Selalunya ayah dan adik angkat dia yang akan hantar kami dan bila balik kami naik bas ataupun teksi.
Dan perkara wajib sebelum balik
mesti singgah makan kat gerai mamak sebelah klinik
(lorong kecik)
dan pekena roti canai tempek telur kat luar dan milo ais...
perghhhh....
Semua ni aku dah tak jumpa lagi bila dah tua ni.
Cuma aiskrim pulut jer hari tu masa aku teman moksu pergi Chow Kit aku ternampak
seorang pakcik menjual.dan aku tak lepaskan peluang untuk mencuba.
Not bad! still tak jauh beza.Cuma harganya tak lah dapat semurah 23 tahun dulu.
Kenangan terindah
akan
sentiasa tersimpan jauh di sudut memori kita....

5 comments:

IXORAROXI said...

kalau AKAK, tak naklah balik zaman kecik2 kat kampung tu..Akak rasa lebih bahagia bila dah tua2 ni..Alhamdulillah

kakzie said...

sape pun kak,kalau yg pahit dan susah mmg kalau boleh tak nak kembali ke sana lagi..Tp ila alhamdulillah masa sekitar emak belum sakit teruk kehidupan kami ok..ekonomi tak la teruk sgt..tp sejak mak mula sakit teruk n adik angkat ayah bertukar kerjaya tu yg sedikit perit.Masa ila dulu apa juga ila nak bgtau hari ini esok pasti dapat(masa ayah tauke rotan dulu la)

Ain said...

ain bukan setakat makan jer kat rumah orang....tido kat rumah orang pun pernah....

zaman kanak2 adalah zaman yg sangat manis utk dikenang...

SARAH ZUKRI said...

masyuk la kak zila..
besh kan zaman kanak2 dulu..
tak payah pk pape.. main je keje...
skang banyak bende yang kene pk..
waaa... windunyerrrr....

azieazah said...

Sekadar kenangan yg indah... Tak mungkin dapat dilalui lagi...

Tapi bab makan tu, memang selalu buat kita teringat kan?