Thursday, 22 October 2009

TERUJA TUH.........

Dua hari lepas,
aku terjumpa blog bekas Jurulatih ku semasa di IKB.
Belek punya belek rupanya cikgu ku ini ,
selain pakar dalam bidang jahitan,
beliau juga merupakan seorang isteri dan seorang ibu yang hebat di dapur..
Cayalah cikgu..
Walaupun masih baru dalam dunia blog,
tapi aku amat teruja dengan
masakan/resepi yang dia sediakan untuk anak2 dan suaminya.
Cikgu,
saya betul2 teruja dengan "dumpling" dan "tokayaki"
style cikgu.Siap salin resepi hehehe..
Dan tonton video proses buat dumpling kat "youtube".
(tengok cara lipatan "lisu" dia jer)
Ada masa nanti dan cukup bahan blh la nak cuba...
Malam tadi pergi Pandan Jaya
ambil tart nenas yang Along aku order dari seorang sahabat Klfm
KakAA @ KakZ..
Serius aku cakap,aku memang bukan pengemar tegar tart nenas.
memang aku tak kisah kalau tak de pun bila hari raya.Dan tak akan aku cari pun kalau beraya
kat rumah2 orang,sebab aku memang tak minat sgt.Tapi jgn biskut chocholate chips aku memang pantang,pantang ada...
Berbeza dengan tart nenas ni,
tak dan pun sampai rumah mlm td dah habis dekat sebaris aku dan Along pulun dalam kereta.
Wow wiiiiii,
memang sedap dan boleh terima tekak ku ini.Tepung dan inti jem dia sama naik.Tak muak.
Biasanya tart lain muak sebab tepung dia lebih bnyak dr inti dan muak kalau banyak di makan.
KakZ kata tart ni memang ada sepanjang tahun.Ada orang siap buat hantaran kahwin lagi.
Mari..mari...hehehehe

8 comments:

Mama-Danish & Sarah said...

kak, ain suka tart gulung....

nyum-nyum....sedapnyaaaa...

kakzie said...

Ain,
bukan ke kita sebaya?...

Syarinie Amran said...

thanks for the wishh :)))

IXORAROXI said...

KAK IX punya selesai doh...siap order lain lagi untuk Raya haji :D

Cikgu Haida said...

Salam Zila. Wah2x...haa cepatlah buat dumpling & takoyaki tu. Nanti kasi upload gambar tau. Eh...tart tu mengancam lah...nyum3

Cikgu Haida said...

Zila, nak linkkan blog awak ke blog saya ya. Saya ni baru je nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni. Masih banyak yang tak tau...kalau salah tolong betulkan eh.

kakzie said...

ila tempah 2 bekas..sian kat akak sepupu teringin dia..dia pregnent tak baik kan ila ni..hehehe

tu la cikgu,teruja sungguh..rasa tak sabor nak mencuba tp tak kesempatan lagi..

ok link jer..sama2 lah kita kalau ada kesilapan tak salah menegur

azieazah said...

Wokeh... Raya Haji punya order akan dihantar seminggu sebelum raya..


thanks promote..