Thursday, 8 October 2009

Raya Lagi..UC,UK Perdana dan Tasik Permai

Ahad,
4 Oktober 09.....
Seawal jam 9 pagi,Kak Ix dah menelefon aku memberitahu untuk berkumpul di tol Sg.Besi sekitar jam 11 pagi untuk sama2 berkonvoi ke rumah Mak Jam (MJ) di Ulu Chuchoh,Sg Pelek,Sepang bersama bro Black Canary.Sebelum tu,kami singgah di Shell Pandan mewah untuk mengisi minyak dan mengisi angin tayar kereta.Along saje ar tu nak buli aku,bukan tak de angin pun tayar kereta dia tp saje jeles aku dah lawa kan (hahaha Ayat tak leh blah) so saje nak suruh aku berpeluh balik..huhuhu .Ampun long jgn marah ha...mesti ko tersengeh bila ko baca ni depan pc ko..maka terserlah kau punya tut.......hehehe.

Kereta kami tiba awal.Di ikuti Kak Ix dan AbgBC.Maka Bergeraklah kami menuju ke UC lebih kurang jam 11.15 pagi dari Tol Sg Besi.Pada mulanya KakIx suruh Along jadi kepala konvoi tapi leh lak dia jawab yg dia tak reti kalau dari situ bila dah sampai Sepang nanti dia tahu la..Pe daaa...ni mesti kes masa gi rumah MJ dulu duk belakang tidur(kata KakIX masa dah sampai di rumah MJ).So dengan keyakinan kakIX pun mengetuai konvoi dan berpandukan dari arahan bersambung dari MJ.Tah macam mane tersilap masuk jalan,rupanya kakIx dah tersilap.Masa tu aku dah rasa macam salah sebab aku perasan masa baca sms tu lepas 2nd bulatan kena himpit lorong kiri tapi kakIX ke kanan.Pusing balik ke belakang dan kali ini Along aku pulak buat hal.Sepatutnya dia pi kedepan sikit baru pusing kanan,Ni tak dia leh lak wat pusingan "U"..ceh dah la tu leh lak wat confuse...Kelakar betul la...Akhirnya,abgBc ke depan dan kami follow dari belakang.Tiba satu tempat barulah Along cam jalan dan akhirnya tiba juga di rumah MJ...Kalau gi PD pun dah sampai..hahaha.

Kebetulan Bhai Fdm pun sama tiba dgn kami(mungkin dia memang dah janji kut ataupun kebetulan).Pertama kali jumpa bhai dan famili dia.tapi aku macam biasa lah memang tak reti nak berborak just dengar dan tengok jer semua yang berborak masa kat rumah MJ.Riuh bercerita akan kesesatan yang kita org alami...gelak tawa dah tak hingat...riuh rendah rumah MJ yang tersergam indah..Fuh!!!! mati hidup balik pun,aku tak dapat miliki rumah sebesar itu.Memang lawa giler.rasa tak nak balik pun ade.Ingat kan MJ ramai anak.Bila aku tanya Along,rupanya sorang tu je la anak MJ(kebetulan balik UC pagi tu)..Kami di hidangkan dengan laksa dan ketupat palas serta rendang daging(lembu sendiri kata MJ).

Seronok tgk sorg tu dok makan KUTU PAT palas.Mungkin tak pernah rasa kut.Maklumlah orang bandar.hehehe..Kalau aku,memang dah biasa.Sebab kalau kat Kg itu lah hidangan wajib setiap rumah.Bahkan kalau bukan hari raya pun,ketupat palas mudah di dapati di pasar2 sekitar Terengganu.Berbeza sikit cara menghidangkannya.Kalau di kg,kebiasaannya kami akan menggorengkan dahulu ketupat tersebut dengan sedikit minyak bersama-sama daunnya sekali baru lah di makan.

Hala balik singgah rumah kejap untuk ambil Botak dan menuju ke UK Perdana.Kali ini giliran rumah abg sepupu aku pula..Tingkat 4 kami didaki.Setiba di tangga terakhir,terbau aku semerbak haruman ros.Rupanya datangnya dari rumah abgAdi..Melangkah masuk ke rumahnya...Waw!..cantiknya dekorasi rumahnya...Ala-ala Inggeris gitu.Memang cantik sampai aku terlupa nak tangkap gambar.Sebenarnya aku malu..hehehe rumah orang..Masing-masing makan tak hingat..(lapo balik lepas makan kat rumah MJ tadi).Al-maklumlah perjalanan agak jauh juga..hehehehe.Terima kasih la buat kalian semua kerana sudi melayan tetamu..Setahun sekali baru lah dapat merasai kemesraan begini.




Isnin,
5 Oktober..
beraya di rumah KakIx..Kami 3 beradik di jamu Nasi beriani..Aku suka rendang daging tuh..dan jangan tak percaya..susun atur pinggan cawan tu semua hasil tangan Lokman anak bujang KakIX yang berusia 15 tahun.Kata kakIX dia rajin ikut ayah dia buat Caterer..Terima kasih kak kerana mengundang kami ke rumah.Seronok layan keletah Imran jugak..N thanks for the sampul raya..malu je dah besar pun dpt lg hehehe...semoga di murahkan rezeki dalam bisnez n next year boleh bagi lagi kekekeke....
so sorry,banyak pic tak leh nak letak sbb tak leh nak send kat email..line problem sokmo mambang merah ni..dulu ok je pas raya ni asik wat hal jer...tak leh la nak tgk pose mak dara n anak dara dekat kebun buah naga..hehehe

4 comments:

azieazah said...

Adoooiii tak sabaq ni nak serang umah Mak Jam... tak kisah ler dia masak apa pun... tp mesti nak serbu gak..

Tunggu ler giliran kitaorang lak nak buat havoc di situ..

Memang betul, masing2 sibuk dgn kehidupan, setahun sekali memang terasa kehangatan mesra silaturrahim...

IXORAROXI said...

macam nak jatuh kerusi akak gelak baca postings ILA ni...tulah makan langsat sangat (sesat!!) hahahahaha kalau tak sesat korang tak tau pulak kan akak adalah pemaju TAMAN IXORA tu..hahahaha

kakzie said...

hu hai kalau kakZ ada sekali ri tu lagi mau riuh kan..jgn lupa snap bnyk sikit aksi2 di sana eik...

kakIx..sabor jgn jatuh kang susah lak nak bangun hehehe...tu ler dah sesat baru ler tahu begitu jauhnya kakIx menjadi pemaju perumahan.hahaha

~nurul~ said...

amboi...cam best jer konvoi2 ni kan????