Tuesday 20 October 2009

kisah aku dan dodol

Nape eik!
tetiba je aku dok posting
pasal "Dodol Mutiara" ni.
Jumaat lepas,
Macam biasa Botak jemput aku kat Kilang.
Balik tu,singgah jap kat Petronas Tasik Permai.
Singgah nak beli waffles.
Masa tunggu waffles masak
ternampak dodol ni kat kaunter.So,sambil tunggu sambil makan sikit2.
Tetiba aku teringat kisah 5 tahun lepas.
Masa tu aku bekerja di Pandan Indah.
Dan mungkin masa tu juga pasaran "dodol mutiara"ni
masih baru.
Pulang dari kerja masa tu
aku singgah kat kedai untuk beli barang yang di pesan ayah
masa dia phone aku tengahari tu.
Masa tu la aku ternampak dodol Mutiara ni.
Aku amik 2 bungkus jer sbb nak rasa dulu.
Masa tu ada satu perasa je iaitu dodol asli.
dan harganya baru RM1.
Tapi la ni dah ada 3 rasa..
Durian,Pandan dan asli..
Aku bagi bapak sebungkus dan mmg sedap bapak cakap.
Lemak dan manis dia sama rata.
Lepas 3 hari tu bapak kol aku kat tempat kerja
suruh aku belikan lagi dalam beberapa bungkus bila balik kerja nanti.
Tapi malangnya,
kat kedai tempat aku beli tuh dah habis.
Aku pi cari kat tempat lain pun tak de juga..memang payah.
Mungkin benda baru lagi di pasaran.
Aku bersungut la kat tempat kerja esoknya..
aku bersungut depan KakIzan.Kawan yang paling aku hormat.
"Akak,kat manalah nak dapatkan dodol eik..bapak Yoot teringin nak makan dodol yang kita beli ari tuh..Tapi dah habis la kak"...
"Yoot"
ada lah panggilan budak2 kerja lama aku..
Tetiba kak Izan teringat,
"Ko kol Zali atau Lan..dia orang ada kat Kelantan seminggu,
suruhla diaorang beli kan.
Aku pun segera kol abg Lan
(rakan sekerja Tapi lain department)
mintak tolong belikan.Biarlah tak sama pun janji dodol..
Tapi tak sempat pun abg Lan bawak balik dodol yang aku pesan,
Bapak dah pulang ke rahmatullah...
Rasa sedih pun ada..Tapi dah suratan...
Bapak tak de tunjuk tanda2 dia nak pergi
sebab bapak meninggal mengejut malam Jumaat tu.
Kalau aku,
Kisah aku,dodl dan bapak
arwah akak adik aku pula
kisah dia, pecal dan Emak...
Emak teringin nak makan pecal Makcik Laili
Taman Keramat
(kat rumah flat arwah Makcik)
Al-Fatihah
buat ke dua org tua ku....



Selamat berangkat buat En.Karim
(Boss aku)
ke Tanah Suci pagi tadi...
dan
yang akan berangkat pada 25 Oktober ni
PokTeh Leman...
(adik bongsu ayah)
Semoga segalanya berjalan lancar dan selamat pulang serta mendapat Haji yang mabrur...
Insyaallah...

1 comment:

azieazah said...

Dari makanan dan masakan jer memang dah bleh buat kita teringat seseorang..

Sbb tu wanita mesti kena pandai masak, sbb suami akan teringat-ingat.. Ini fakta..