Friday, 20 June 2008

Resepi cakoi


Satu2 nya kuih yang aku suka sgt makan.Umum kenali kuih ni dgn nama "cakoi" tp kalau belah bekas mak tiri aku manggey "kundas".Terinagat kat bekas pak lang.Kami manggey dia Alang Jamal Kundes,sbb dia suka na makan kundes ni..so aku terasa macam nak cuba buat jer.Copy n paste dulu kat blog.Ada waktu nanti aku nak cuba gak..hehehe leh pinjam mesin buat doh ngan mamaRos.


bahan2 ni untuk 10 biji cakoi dan panjang dalam 15cm

Bahan-bahan :-

1 cawan air

2 cawan tepung roti

¼ sudu kecil instant yeast

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil garam

¾ sudu kecil tawas (alum)

½ sudu kecil baking soda

½ sudu kecil ammonia atau Nutre Powder (utk menghasilkan cakoi yg lebih ranggup, takde pun

takpe... susah nak cari ammonia for cooking)

1 sudu besar minyak

Minyak utk menggoreng

Cara-cara:-
1)Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker.

2)Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.

3)Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm, biar rehat selama 10-15 minit lagi.
4)Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dgn mengunakan lidi sate
5)Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah2 dgn lidi sate.
6)Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul kat permukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan.

2 comments:

bimmer553 said...

kalau ada cakoi perisa strawberry lagi sodap kan !

ixoraroxi said...

tapau cakoi 5 trailer anto lot 127 ya..hehe