Tuesday, 24 June 2008

MOODY

Beberapa hari ni aku dah macam tak de mood jer nak menaip kat blog ni.Masuk ke kgMms pun dah rasa macam malas sngt..Perasaan tertekan tu mmg aku rasa dah macam tahap gaban sangat.Rasanya nak amik cuti tapi sayang cuti tahun tu aku dah ingat nak habiskan untuk hari raya nanti.Aku nak lama2 duduk di kampung.Kekadang tu aku rasa skrg juga nak balik kampung.Tapi apa daya,kat kg tu bukan rumah emak atau ayah aku.Walaupun maksu dah anggap aku anak sendiri tp tak sama..Aku tak tahu pada siapa nak aku luahkan masalah yang aku hadapi skrg.Baru-baru ni aku sms sepupu yang paling rapat dengan aku di Ipoh.Aku luahkan sedikit yang aku alami agar tak tertekan sgt.Aku dengan Ani mmg rapat sejak kecik.Kami antara sepupu yang paling rapat dan saling meluahkan rasa sedih,suka dan duka.

Walaupun Ani muda setahun dari aku,dan sudah pun berumahtangga tapi aku bersyukur sebab suami dia sporting dan memahami.Ani sarankan aku untuk balik kg jer tolong mak dia(maksu) berniaga.Dia suruh aku jadi tukang masak mak dia yang kebetulan kakTie sepupu aku dah berhenti..Ikut hati yang tengah bersarang semut ni mmg nak jer aku pergi tanpa menoleh tapi bila aku fikir2 aku sayang sbb takde EPF.Tu jer la tabungan aku untuk masa tua,insyaallah kalau masih bernyawa.

Aku sendiri sebenarnya tak tahu ape yang buat aku jd begini.Cuma kkdg yang aku bebelkan taktala aku sendirian,"kalau bapak ada aku tak jd macam ni"...Aku tahu tak sepatutnya aku berkata begitu..sudah tersurat,MATI ITU PASTI,HIDUP INSYAALAH..

2 comments:

ixoraroxi said...

lahhhhh kenapa pulak tu...ILA banyakkan bersabar, walaupun sabar tu tak pernah manis

azieazah said...

Barulah normal sebuah kehidupan..

merasai sebuah cabaran.. best dan manis bila berjaya menangani cabaran...