Wednesday, 4 June 2008

HATI-HATI

SMS BOLEH MENYEBABKAN KETAGIHAN

Sms (short massage service) sdh tdk asing bg masyarakat skrh terutama bg kalangan yg tinggal di bandar.Dgunakan bkn shj utk bertanya khabar namun kkdg ia jg di gunakan untuk bermain kuiz serta membuat undian yang kekdg terdapat pada sesuatu rancangan program realiti tv.Setiap waktu di luangkan utk bersms tdk kira pntg mahupun tidak namun harus diingat akan kesannya.kkdg dlm kepenatan pulang bekerja masih terdpt segelintir masyarakat yang tidak jemu untuk bersms dan dengan pelbagai nada bunyi kedengaran.Kekadang tu terukir senyuman di bibir taktala menerima dan membaca sms yang di terima.Ada juga kekadang tu saluran sms di salah gunakan untuk menabur fitnah dan untuk berlaku curang pada pasangan masing2.Namun demikian fenomena ini tidak boleh di elakkan lagi kerana ia sudah menjadi hobi kepada masyarakat untuk berkomunikasi dengan lebih mudah,ringkas dan cepat.

Sms sebenarnya adalah salah satu teknologi untuk memudahkan masyarakat di luar sana namun cara penggunan pada masa ini amat berbeza sama sekali jika di bandingkan dengan zaman sebelumnya kerana ia dapat mengubah perilaku pengguna sendiri.Jesteru itu dengan adanya penggunaan pesanan ringkas ini ia juga telah menjadikan masyarakat zaman sekarang "Boardeless" iaitu tidak ada lagi sikap bersabar dengan tidak ada lagi ruang dan waktu malah sms juga membentuk "fess-less community" atau komunikasi yang di lakukan tanpa melihat antara satu sama lain dan ia juga disebut sebagai "person to public".

EMOSI TIDAK MEMPENGARUHI APAPUN

Sms memang mempunyai kelebihannya namun ia juga mempunyai kekurangan serta keburukannya tersendiri kepada pengguna.Sama ada komunikasi secara langsung atau bertatapan muka sesama sendiri,perilaku komuniksai seseorang dapat di lihat dengan jelas di mana perubahan emosi dari segi cakap mahupun gerak geri.Sementara itu juga dengan adanya kemudahan telefon ini kita masih boleh melihat emosi seseorang ketika kita bercakap melalui suara.Kebiasaannya cara penggunaan sms ini di gunakan dengan simbol,menggunakan huruf kapital scara singkatan yang ringkas dan mudah untuk memahami namun ia tidak dapat menggantikan dan membantu emosi manusia.

Selain itu,kesan negatif kepada para pengguna adalah membuatkan seseorang itu enggan terlibat dalam kehidupan sosial malah sentiasa mengasingkan diri dari org lain dan tidak mempedulikan keadaan sosial.Oleh itu ,gunalah kemudahan ini denga sebaiknya dan sebijaknya.

BOLEH MEMBUAT KETAGIHAN

Sms sebenarnya boleh menjadi satu alat komunikasi yang efektif dan sesuai dengan peranannya. Sms juga "ICT"(information communication technology).Ia senang di gunakan sama ada berada dalam jarak yang jauh,ia boleh di sampaikan dalam perkataan yang pendek contohnya"saya ada di airport" atau "jemput saya,jalan sesak" dan sebagainya malah ia bersifat "impersonal" iaitu seseorang yang tidak boleh merasakan perasaan ketika bercakap secara membaca masej dengan bertatapn.Sesetengah pengguna ia bukan sahaja menggunakan sms secara ringkas tetapi panjang lebar,khidmat pesanan ringkas ini memang memberi kesan kepada pengguna sehingga menggunakannya sepanjang hari dan setiap masa.Ini juga boleh di katakan "ketagihan sms" kerana khidmatnya boleh menjadibaik jika sms yang dihantar adalah baik dan sebaiknya.

Sememangya kita harus tahu kaedah menggunakan teknologi secara tepat,betul dan sesuai.Terdapat sms yang boleh di jawab lambat dan ada yang harus di telefon atau bertemu secara langsung.

KETAGIHAN SMS KERANA MENGINGINKAN PERHATIAN

Seperti perkara lain sudah pasti ada etikanya begitu juga dengan khidmat pesanan ringkas(SMS) juga terdapat etika yang tersendiri antaranya "KISS"(keep it sweet and short) tidak menyinggung perasaan orang lain dan di kirim pada waktu yang sesuai contohnya jangan lebih dari jam 10 malam kecuali hal yang penting.

Bagi pesanan yang bersifat personal atau peribadi ia tidak sesuai di gunakan cara khidmat pesanan ringkas namun seeloknya menggunakan surat sebagai media perantara.Ketagihan sms adalah kerana pada dasarnya seseorang itu senang untuk berbicara dan menginginkan perhatian dari orang lain.Namun ada setengah masyarakat lebih senang bersms dan menghabiskan masa dengan menunggu.Oleh itu,pada dasarnya sms dikirim untuk menyampaikn pesanan-pesanan singkat dan ringkas shj.


Petikan dari majalah PEREMPUAN

2 comments:

ixoraroxi said...

eeeeeee daripada tit tot tit tot sms, baca buku lagi bestlah...KAK IX ni pun bukannya rajin sgt nak balas sms..maaf bebanyaklerr kalau ada sms yg tak berjawab tu..sendiri mau ingat :D

azieazah said...

Sejak memiliki hp... terlalu jarang pegang bila masuk ofis atau balik umah..

bila di umah hp jarang berubah tempat... dok atas meja sampai ler esok pagi..

paling tak suka bila shbt hantar sms.. lewat reply, pun leh tanya kita balik dgn soklan2 yg meloyakan:

"dah buang no saya ker?"
"sombong tak balas sms pun.."
"kenapa senyap?"

adusssssssss....