Friday 6 June 2008

BORINGNYA...

Aduh la..terasa bosan sangat hari ni.Adik aku yang botak tu malam tadi dah selamat sampai kat Terengganu,yang bongsu tu pulak habiskan cuti sekolah dia kat rumah Ummi dia di Damansara,along pulak malam ni akan berangkat ke Terengganu,dan aku...wawawa kena duk umah sorg2..Pagi ni sampai kilang pukul 10 pagi lambat sikit sebab gi bayor bil api n air.Selalu tu kerja si botak,di sebabkan dia tetiba jer bagitahu nak balik kg tak sempat la nak suruh dia.Nanti dia balik takut terlewat pulak..Sampai kat kilang aku di beritahu dak Hajar Isnin ni cuti..lambat dapat tahu kalau tak leh gendeng minah tu ikut balik kg...


huhuhuhu...............jawabnya duk umah la aku sorang2.Aku ni kkdg penakut pun ada,kkdg tu ok jer..Ops..aku baru dapat panggilan dr Along memberitahu yang NekBah(mak mertua Pokteh) meninggal dunia pagi ni.salam Takziah n al Fatihah buat arwah..dan semoga Rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org yang beriman.Makanya,majlis Hari lahir malam ni(anak Shahidan-sepupuku) di batalkan la kut.Semalam Suha sepupuku (anak Pokteh) kol aku ajak join majlis hari lahir Ajim Di sebuah restoran,tapi pgi ni aku dapat tahu moyang Ajim meninggal mungkin majlis tu di batal kan la kut.


Aku ni kalau anak2 sepupu tu ramai jugak lah.Cucu sepupu pun aku ada juga.Tapi nak ada anak sendiri n anak buah tu belum ada rezeki.Jodoh belum sampai.Anak2 sepupu yang agak rapat juga ngan aku cuma 3 org ni jer la..Anak2 Suha si Akmal N si Sofea dan anak Shahidan si Ajim.Akmal baru je masuk 3 tahun.Tapi kalau tgk tubuh badan dia fuhh semangat..macam mak sepupu dia ni ler..yang sebelah akmal tu si Sofea Adriana,adik nya dak Akmal ni la..Masa Akmal ni baru mula nak belajor bercakap,dia panggil aku kelakar sgt bunyinye..kalau along aku pangkat Maklong di panggilnya dengan "mak ong" aku pulak di panggilnya CikAr(Cik Zila).Dan yang paling lucu bila di tanya,Mal..adik nama ape? jawab dia Sofa A.ya.na(sofea Adriana) tak pasal2 dia panggil adik dia Sofa.hehehe dia ni nakal benor.dulu aku rajin gak gi jalan kat umah dia di Laman Midah,Taman Midah,Cheras..Fuh kalau beberapa jam duduk dgn dia rasanya letih giler melayan kerenah dia.Maklumlah Apartment yang dia duduk setingkat dengan taman permainan,maka aku lah mangsanya untuk melayan segala kehendak dia.Kejap kejap di tarik tangan aku."Cik Ar,jom gi man..(loghat pelat dia)pergi la kau bawak,dia pergi situ kejap2 jer tapi nak berulang2..letih pun ada..Tapi letih layan budak2 ni ada seronoknya..Apatah lagi aku ni mmg suka layan..Ni jer la anak sepupu yang rapat dengan aku..yang lain tu aku tak berapa mesra sgt,sebab mak ayah depa pun aku jarang nak jumpa..jauh pun yer..

No comments: