Wednesday 21 May 2008

Tahniah KakPosh n selamat tinggal KLFM


Jangan betulkan PC anda..hehehe.Satu2nya gambar kenangan bersama akakDiva@kakposh. Pic ni di rakam di Taman Tasik Titiwangsa semasa hari Wilayah.Berita kenaikan pangkat dan pertukaran kakPosh ke Miri aku ketahui semasa aku pergi mengambil hadiah perfume di pejabat Warta Perdana sabtu lepas.Pertama kali aku bersua dengan kaposh mmg org nya tak sombong n very friendly.Aku baru jer belajor mengada-ngada macam beberapa sahabat lain di kg mms mintak lagu kat kakposh..hehehe jgn marah yer abg2 n akak2 yang ip syg..Pertama aku minta lagu kat kakposh masa tu melalui laman mms.Wah! masa tu aku mengada-ngada nak lagu dendangan Us.Akill,tak sangka kakposh tunaikan..senyum lebor masa tu.Seingat aku last jumpa kakPosh masa tu di pejabat klfm last month.Masa tu ajak abah temankan amik hadiah juga menang ops sambar.Lama juga kakposh borak ngan abah, aku numpang sekaki.
Dan kali ke dua aku minta lagu ngan kakposh melalui sms ke telefon bimbit dia.Masa tu hati ku sebak jer sebab org semua sibuk mother's day.Aku mintak jasa baik akakposh untuk di keudarakan lagu samaada Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu ataupun dr Sudirman Hj.Arshad.Dan tak ku sangka selepas berita jam 11 pagi kak posh ke udarakan permintaan ku.Masa tu aku betul2 menghayati bait2 lagu tu dan tak semena-mena air mata ku mengalir keluar.Kawan sekerja perasan beb..Malu aku..Aku jarang sgt dengar kalau kakposh on air masa KLKL.Kalau time salam interaktif pun kkdg tu tak dapat nak dengar.Kekadang tu sibuk.Kalau KLKL plak aku hanya sempat dengar time dalam kereta along jer sementara sampai ke rumah.Maklumlah aku tak dak radio kat umah(kalau nak dengar boleh radio adik ade) tapi aku tak suka kalau kat rumah bukak radio.Dari dulu lagi.Serabut giler.Sebab tu aku baru tahu adanya sahabt KLFM ni.Apapun aku harapkan Kakposh akan lebih succes n takkan lupakan aku n peminat2 dia(lebih2 lagi geng2 kakIX n the Bhaiya Boy)hehehe..Aku n sahabat lain akan merindukan suara kakPosh ke udara....

5 comments:

black_canary said...

naik teleng kepala aku..tapi..mmg tak nafikan..Kak posh mmg susah dicari ganti...aku pun cuma ngada-ngada dgn akak aku yg sorang ni aje...(org tak ada kakaklah katakan..)

azieazah said...

Aku langsung tak da peluang nak mengada pun... ops! minta lagu tu mengada ek? hehehehe

Sebb sejak dari dulu tak berapa gemar rapat dengan DJ.. nanti disangka gila glamor.. (tp tak sedar pula.. rupanya memang aku tak sesuai punnn....) hahahaha...

kakzie said...

KakZ,bunyi macam jauh hati jer..IP tak maksud kan gitu(GG).skdr menumpang keseronokan kekwn jer..IP pun tak ramai shbt pun di klfm,mmg sejak sekolah ip tak pandai bergaul dgn org takut tidak ade kesesuaian.

IXORAROXI said...

bila tau akak tu nak berhijrah..rasa macam dah tak der mood lak nak dgr klfm esp. KLKL (lagu2nya meruntun jiwa)..selalu tu kak ix tune in 97.2 bila tahu akak dj tu yg onair..selalu tu kak ix tune in radio station lain..syhhhhhhhhh :D

black_canary said...

kak azie..bab tu saya no komen...kalau ikutkan saya pun cuma aktif dlm kgmms aje..jarang jumpa sahabat-2 ni..mula joint pun sbb akak kesayangan aku (kak Jam) ajak dtg tanglin..
kalau nak ikut jauh hati kak...banyak kak..tapi malas pikir aje kak..
ari tu pun kalau depa tak ajak..saya tak kisah..sbb segan jugak bawak 2 tu, bukan apa..si abg long tu asyik meloncat beraksi macam cerita kat VCD dia aje..