Friday, 16 May 2008

SOTO

Wey..tetiba jer teringat kat soto.Aku mmg gemor benor dgn soto ni.Dan keluarga aku pun mmg gemor giler,kalau aku buat satu hari mkn soto sampai ke malam.Biasa yang aku beli kat pasar malam kuah dia lain nau.Tak macam yang aku belajor dr sebuah buku resepi masakan selatan.Kira ok la aku buat untuk tekak aku.K kat sini aku nak kongsikan bahan2 membuat soto.

bahan2 kuah:-
*1/2 ekor ayam-direbus dan di siat2 isinya
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 sudu camca besar lada putih
2 sudu camca besar ketumbar
1 sudu besar jintan kasar
2 biji buah keras
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang serai dititik
3 helai daun limau purut-ikut suka
2 cm kunyit hidup
sedikit halia
dan sedikit lengkuas

Ke semua bahan diatas hendaklah di kisar halus kecuali kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga.Setelah itu hendaklah di tumis kan kesemuanya sehingga betul2 garing dan masak.Dalam masa yang sama air rebusan ayam tadi di didihkan dan kemudian di masukkan bahan tumisan tadi.Biarkan kuah sup tadi sebati dan sedikit pekat di tutup api.

Bahan-bahan lain:-
ketupat segera
soo hoon - di goreng mcm keropok
isi ayam yang telah di siat
Kacang tanah di goreng garing
taugeh
daun sup-tak pakai pun selalunya

untuk sambal kicap:
20 batang cili api-blh di kurangkan kalau tak suka pedas
4 ulas bawang putih
kicap pekat

bawang putih dan cili api dikisar halus bersama kicap pekat tadi

Cara menghidang:-
ketupat di potong dadu,di taburkan isi ayam,kacang,soo hoon goreng,daun sup n taugeh.Kemudian ambil sesudu sambal kicap dan di siram sup di atasnya.Siap untuk di makan...cukup bulan ni nak buat ler...hehehe

3 comments:

ixoraroxi said...

bila2 masak soto tu soundlah KAK IX ekkk :D

ilaIP said...

insyaallah kalau buat ler yer...

bimmer553 said...

saya pun kena sound bila soto tu dah masak ......