Thursday 29 May 2008

SETERUSNYA DI IPOH.....


Hari ke-2 aku tak kemana.just lepak kat rumah Ani dengan mekTa(kawan Ani).Maksu,Paksu dan adik2 Ani dan suami dia berjalan ke Cameron Highland.Nak ikut kereta tak cukup besar..hehehe lagipun aku dah pernah ke Cameron,so biarlah maksu sekeluarga pulak merasa ke sana.Tak de ape aku nak buat so aku tidur n tgk tv jer.Bila lapor gi dapur goreng kepok lekor..hahaha..Malam tu aku pe kena pulak laksa Penang.Aku suruh Ani belikan kat Pasar malam.Rasanya tak sedap mane..(sedap lagi yang aku buat)makan pun tak habis.Kuah dia macam kedekut asam n ikan.Apa tah...

Keesokan harinya,hari ke-3,selepas sarapan pagi,Ani mengajak aku ke Bukit Gantang rumah kawan sekerja dia dulu.Jauh juga perjalan ke sana.Maklumlah jalan lama tak naik h/way..Aku tertegun kat sini.Di sini ada juga di sediakan beberapa "home stay" dan semua rumahnya kebanyakkan rumak Perak lama.Sayang pic yang aku antar rupanya tak lepas kat kgmms..ke laut kut..Sesampai jer kat rumah Lia(kawan sepupu)kami dilayan baik sangat.mak dan ayah Lia begitu ramah.Sedangkan aku pertama kali jejak n berjumpa dgn mereka.Mulanya aku tak faham sgt loghat depa ni,sebab cara percakapan mereka mcam ke arah Kedah.Kalau loghat Kedah aku mmg dah biasa cumanya yang buat aku tak faham mereka cakap terlalu laju.Yang mana aku tak faham tu aku skdr em ha uh oh kahkahkah,wat macam2 faham jer.

Baru jer duduk dalam 10minit,kami di jamu makan tengahari.Banyak juga lauk yang sedap2 di hidangkan.Antaranya,ikan duri masak kari,pajeri nenas,ikan keli masak tumis cili,sambal belacan dan ulan selon(petik belakang rumah tu).Yang paling bestnya,"pajeri nenas"la.Selesai makan,kami pakat turun ke sungai di hadapan rumah untuk mengutip siput sedut.Pengalaman paling menyeronokkan dan pertama kali dalam hidup.Siput ni hidup di tepi2 menghala ke tebing.Dan dia selalu nya melekat di pohon2 yang jatuh ke dalam sungai.Eiii...mmg seronok giler la.


Sekali kutip dapat kat satu2 tempat tu dapat dekat sepuluh ekor.Ada yang kecik ada yang besar semua kami bedal amik.Leka sampai dekat setengah jam kami mengutip dan hasilnya mmg best.Dapat setengah baldi kecik.Aku anggar dalam 3 kilo kut.Di sebabkan guruh sudah berdentum,aku dan adik2 sepupu pun naik semula ke atas.Tak sabar rasanya nak balik masak siput yang kami kutip tadi. Bukan tak pernah makan siput sedut,tapi siput ni lain sikit dari siput yang biasa di jual di Pasar KL.Warnanya pun sedikit gelap.Setelah beberapa jam kami di sana,kami mohon beransur dan di bekalkan dengan kerisik buatan sendiri,ulam talang(first time dengar) ulam raja dan sebekas siput sedut yang kami cari tadi.Sebelum pulang sempat juga ler bergambar kenangan di tangga rumah Lia bersama ibu bapa Lia dan adik Lia.Memang best.Aku siap cakap lagi nanti ada rezeki dan waktu,ila nak mai lagi nak sewa home stay kat depan sana.Makcik jawab,"tak payah dok sewa kat sana, mai ja sini free ja..hehe aku tersengih jer...Insyaallah akan sampai lagi aku ke sana untuk ke2 kalinya... Setibanya di rumah aku lepak dan mandi..makan malam tu maksu masak ikan talapia sambal.Ikan tu di pancing di lombong belakang rumah mertua Ani di Malim Nawar,Kampar.Masa dia balik dr Cameron dia singgah.
Hari ke-4,ari ni aku kena ke dapur sebab Su aku dah mabuk n pitam angkara bauan colok India jiran sebelah..bau dia mmg tak hingat..Ape lagi aku masak la apa yang aku tahu.Kebetulan siput semalam ada so aku ngan mekTa bedah siasat(potong muncung)siput ber2.Siput tu aku masak lemak cili api,pas tu tumbuk sambal belacan untuk di makan dengan ulam Talang semalam dan ulam raja dan goreng telur jer.Hish,banyak juga dapat siput.Boleh 2 kali makan.Rupanya dema semua tu tak pernah makan siput pas tu dema kata masak lemah cili pai aku ni lain.Aku tanya lah lain tak sedap ke?Dema kata tak lah mmg sedap dan sepupu aku kata lain kali nak wat gitu gok tapi nak masak ayam.(bukan nak puji tau)aku masak ni stail N9.Tak pakai bawang dema tu biasanya pakai bawang.memang lain sgt la rasanya..
Aku kalau masak lemak cili api bubuh bawang memag tak sedap.Ulam talang tadi pula first time aku makan.Not bad rasanya..lebih kurang macam pucuk mengkudu,tapi dia tak berapa pahit.Kelakarnya aku sorang jer yang makan ulam tu..selebihnya aku bawak balik kl sbb banyak tak da org nak makan.Kalau nak rasa gi la rumah amik ada sikit lagi.cicah ngan sambal belacan memang sedap.Selesai makan tengahari,Ani ajak aku berkelah di air terjun berhampiran.Tapi aku malas la.Aku suruh dia jer gi ngan adik2 n mak ayah dia.Balik depa dr kelah rupanya maksu beli limau tambun untuk bawak balik ke Terengganu malam tu.Lama dah aku tak makan limau tambun ni.syg kredit aku dfah habis kalau tak aku mmg antar ke kg dan save kat blog ni.
lepas makan malam,Ani dan Hezreen menghantar Emak,Ayah dan adik2 serta mekTa ke stesen Medan Gopeng,Ipoh.Malam tu mak su berangkat pulang Ke Terengganu.Malunya aku masa tu,Maksu hulur kat aku duit RM 20 untuk wat belanja tengah jalan.Tahun lepas balik tghnu di hulurnya kat aku RM30.Aku malu betul.Mulanya aku tolak tapi maksu suruh juga aku ambil.Macam dia tahu2 jer aku tgh kering.Sepatutnya 26 aku dah gaji,rupanya hari tu gaji aku tak keluar.Duit pulak dalam beg tinggal RM 20 jeer.Nasib baik ada jer halangan nak jumpa kakSU.Kalau jadi tak tahu lah aku macam mana.Ingat nak belanja kalau isnin hari tu keluar gaji,tapi hampeh..pagi tadi cucuk baru keluar.
Sebut nak jumpa kakSu mmg tak de rezeki. Tapi tak kisah la kami dah 2x berjumpa.Ahad kakSu balik kg.Isnin pulak aku ke bukit Gantang.Bila tiba selasa pulak kakSU ada kerja luar kat Tanjung Malim.Ingat malam selepas antar maksu nak ajak Hazreen ke rumah kakSU,malangnya kawan Hezreen dr Kampar nak dtg.Aku jadi mangsa masak mee goreng..hahahafuh semangat.kawannya 2 org jer masuk Hazreen 3 org tapi mee sebungkus habis licin..aku tak dan nak jamah..huhuhuhu..adatlah org lelaki kuat makan.
Dekat pukul 12 baru dema tu balik.Aku duk lepak dalam bilik sambil belek2 album kahwin Ani tahun lepas.Ada lah 3 4 keping aku tarik keluar nak buat kenangan.Esoknya pagi2 aku masej kat Ani ajak gi beli limau.kelakar padahal satu rumah tapi aku segan nak keluar sebab dia tidur dgn suami dia di ruang tamu.Lepas aku masakan sarapan ansi goreng petai,kami pun keluar la menuju ke Gunung Rapat untuk beli Limau Tambun.Aku beli 4 biji(RM20).Satu tu mmg dah niat nak bg En.Karim sebab ri tu dia bagi tiket free kat aku.Tak sedap plak bak kata pepatah.."org berbudi,kita berbahasa"...Nasib Maksu bagi RM 20 semalam.Balik tu singgah ke pasar.Ani minta kau buat kan kari ayam dan sambal belacan banyak sikit(nak wat stok).ntah la dia kata suami dia suka sambal belacan dan kari aku.
So sebelum pukul 2 aku macam charlie chaplin sediakan lah kehendak dema.kesian pulak..selesai masak jam dah pukul 1.Kelam kabut makan mandi pukul 1.40 baru keluar ke Medan Gopeng,Ipoh.Nasibla perjalanan hanya 10 minit dr Simpang Pulai.Setiba di sana bas dah tersedia,dan bergerak pulang ke KL tepat 2.10ptg(ada penumpang yang lambat)..selamat tinggal Ipoh..n aku janji aku akan datang lagi









1 comment:

IXORAROXI said...

dolu2 masa KAK IX masih bersekolah menengah selalu gak ikut mak/ayah cari kepah & lokan..emak KAK IX sebut berkarang :D