Monday 12 May 2008

SALAM TAKZIAH


Al-fatihah buat jiran ku,Pakcik Zainal Abidin bin Saat yang telah kembali kerahmatullah pada 9 Mei 2008 jam 4.30ptg..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalanga org yang beriman...amin...


Sesungguhnya pemergian pakcik Zainal mmg mengejutkan kerana mmg di ketahui sepanjang hayatnya,beliau sungguhpun di usia lewat 7oan..tetapi beliau merupakan warga emas yang sihat tubuh badan n tegap.Seingat aku lah pakcik Zainal tak pernah terima rawatan or masuk wad seperti mana warga emas yang lain.beliau mmg kelihatan sihat n masih mampu berjalam n still kuat,sebab tu bila aku dapat tahu (pulang kerja) aku terkejut bila di beritahu oleh penyewa rumah ku yang jiran sebelah rumah banglo kami ada yang meninggal ptg tu.


Aku terus menelefon rumah jiran ku dan Asyraf(anak pakcik Zainal) memberitahu ku yang ayah dia yang meninggal.Sebenarnya rumah kami sungguhpun berjiran mmg tak nampak sebab terpisah dgn tapak kedai rumah ku.so mmg susah nak nampak.Dan petang tu aku balik dari kerja mmg tak de tanda yang menunjukkan ada kematian di situ.Sebab tak de kelihatan pun kereta2 anak2 beliau.Cuma ade kereta anak yang sulong n anak perempuan bongsu pakcik Zainal jer.Tu pun mereka mmg selalu dtg walaupun waktu hari kerja thats y aku tak perasan.


Walau bagaimanapun selepas Maghrib aku pun pergilah menziarahi arwah bersama adik-beradik ku...Arwah mmg rapat sgt ngan keluarga kami.sejak aku kecil klag n tika itu kamai sekeluarga masih menetap di Flat Jalan Tun Razak,Tapi arwah tika itu pencen askar n kerja membawa Teksi rajin singgah ke rumah kami sekiranya dia lalui jalan di situ.Dan saudara-mara sebelah ayah pun ramai yang dia kenal.


Mati sudah pasti,hidup Insyaallah....

semoga rohnya dicucuri rahmat...Aminnn....

1 comment:

azieazah said...

Al Fatihah...

Moga dirahmatiNYA...