Tuesday 13 May 2008

KAK ADIK

Hari ni aku nak cerita pulak pasal arwah kakakku yang ke-2.Nama dia sebenarnya Rohayati binti Hj.Mohamad.Arwah org tua aku panggil dia "adik" n aku n adik-adikku panggil dia "kakadik".Kakadik di lahirkan pada 28 Ogos 1971.Iaitu setahun selepas kelahiran along.Umor aku dengan kakadik jarak nya jauh 9tahun.sbb tu arwah org tua ku panggil dia adik.Kakadik meniggal dunia selepas 7tahun pemergian mak.Masa tu umur aku baru 17tahun.Masa arwah ni meninggal dunia,aku tak tinggal bersama mereka kerana aku menjaga Pokteh dan jadi orggaji di rumah pokteh.Pagi hari Ahad 26 ke 24 (tak ingat ler) tapi bulan Ogos 1997 aku terima berita kematian kakadik di rumah pokteh.Pagi Ahad tu aku tgh mandi tibq-tiba jer mokteh aku bgtau kakadik dah takde.Aku yang macam tgh mamai boleh tanya soalan bodoh,kakadik tak da kemana dia pergi?sebab pada hari rabu sebelum tu aku n arwah bapak yang ambil dia dr ward di HKL.Mana lah tahu dia masuk wad balik.

Sebab ward dgn kakadik tu bagaikan rumah ke2 kakadik.Bahkan doctor2 n jururawat2 mmg dah kenal sgt dia n keluarga kami.Selepas aku mendapat berita tu,aku n pokteh pun bergeas pulang ke rumah.Jarak dari rumah pokteh(Bandar Tun Razak) ke rumah aku di ampang tak lah jauh mana.Setibanya aku di rumah,aku selak kain yang membaluti jenazahnya.Tenang jer aku tgk muka kakdik.Kata ayah mungkin kakdik meninggal dalam tidur.dan ini aku sahkan kerana mmg cara dia meninggal aku tgk macam sedang tidur lena.

Alkisahnya pagi tu kononnya Shah(adik bongsu 1 emak ) n along nak ke Shah Alam.Manakala Ummi(mak tiri aku) nak kena temankan adik aku yang bongsu(lain mak) bersukan di Tadika Abim Taman Tun Hussein Onn.Shah kejut2 kan kakdik untuk tanya nak sarapan ape.Tapi shah hairan kenapa kakadik tak jawab langsung,terus dia panggill along dan bila along tengok kakadik,keras semacam.Along pun panggil bapak.Dan bila bapak datang dan cek nadi kakdik,maka sah la kakdik dah tak de.Shah pun bergegas ke Taska Abim Amirul(adikku) untuk panggil ummi n Amirul balik ke rumah.Mujur depa tak pergi lagi.

Arwah kakdik di kebumikan di tanah perkuburan Taman Kosas Ampang.Jarak dari kubur kakadik dgn emak antara 15 baris kubur.Sebenarnya kalau dilihat raut wajah kakdik ni langsung tak de mirip aku ngan adik-beradik ku yang lain.Dia ni putih macam cina.Mmg lain sgt la.n selalu masa dia keje KFC dia di spekingnya bahasa cina.Antra kakdik ngan along,sebenarnya aku lebih suka kakdik,sebb dia ni tak kedekut n tak berkira.Pastu sporting.Tapi satu jer aku pening dgn dia ni,kalau dia berjalan dgn aku perangai gile2 dia tu mesti ade.Kekdg tu aku rasa naik malu pun ade.Dan pernah sekali tu aku ingat lagi,masa tu aku Tingkatan 1,kebetulan hari tu dia gaji.Aku saje usik dia,..Dik,kakgie rasa nak makan Grandy's jer.Masa tu restoran makanan segera ni paling dekat di Chow kit jer.Apalagi dia pun ajak ler aku pergi.Mulanya aku malas nak pergi sebab aku tak ade baju.(belum basuh),punya dia mendajal aku di paksanya aku pakai Tshirt n skirt dia(warna merah).Aku menangis tak nak tapi di paksanya juga.Dah la tu skirt tu betul2 bawah lutut.Mak tiri aku masa tu jeling jer,dgn tudung pun aku buang..Yang kelakarnya awak ni dah la tak biasa pakai skirt ghope itu,sambil jalan sikit tarik turun bawah,jalan sikit tarik turun bawah..malu giler ler.

Dan selepas itu..balik dari Grandy's ,arawah bapak dah balik dr menjual bakul..hahahaha padan muka aku dgn kakadik sebab kena marah dgn ayah.yanh teruknya kak adik la.sebab mengajor aku dedah aurat...hehehe ngeri jer bila di konang2kan.Kak dik ni sedih gak bila kenangkan penderitaan dia.Dia kena penyakit kencing manis(warisan penyakit keluarga kami)seawal usia dia darjah 6.Masa tu kakdik ada sport kat sekolah dia(sekolah rendah Kebangsaan Padang Tembak,Kuala Lumpur)Dia ni aktif berlari.Kata arwah bapak,masa kakdik berlari acara 100m, di pertengahan larian tiba2 kaki dia kejang yang amat sgt.Pihak sekolah pun menghantar dia ke Hospital.Macam2 ujian di buat dan akhirnya di sahkan menghidap penyakit kencing manis.

Bila dah ade penyakit ni faham2 je la kalau nak mintak kerja mmg susah.Masa hayat beliau,sempat beberap tahun jer bekerja dan pekerjaan pertama dia di klinik Homeopathy Taman Keramat.Kemudian di KFC Plaza Yow Chuan dan akhir sekali di Kilang Harris,Taman Keramat.Masa dia gi interview Harris dia menipu tu.Masa tu dia ngan kawan dia kak Semah.Kilang besar2 ni kan kalau nak apply kerja kan kena medical check up.Dia mmg dah tahu akan gagal, dia pakat minta air kencing kawan dia.So bila di uji maka dia di sahkan tak de ape2 penyakit.Padahal menipu,tapi nak wat cam ner terpaksa sbb puas dia minta kerja lain semuanya gagal,so terpaksa lah.

Cerita bab dia sakit balik.Dia ni kerap keluar masuk kat wad,HKL.Bagi dia ward tu dah jd rumah ke2 dia.Samapaikan KakZaiton(staff Nurse ) buat dia adik angkat.Kalau aku dtg sana selalu jgk la kak eton ni tegur aku n keluarga aku.Dan pada umor kakdik 25 tahun dia terpaksa potong kakinya sebelah kanan sehingga ke paras bawah lutut.Masa tu tepat pukul 12 dia keluar dr bilik pembedahan.Masa tu kakEton ni buat suprise belikan kek.Punya lah dia menangis terharu sedih pun ade.mana tak nya org potong kek dia potong kaki.Tapi dia ni bertuah masa tu toki kuat lagi,n kiranya dia ni cucu kesayangan toki,bila dengar je kakdik nak kena potong kaki terus toki dtg..bestnya..tapi aku sakit ni toki dah uzur..kalau tak aku pun toki akan dtg juga..sbb kami cucu2nya yang tinggal di KL,yg lain semua di Terengganu.

Kalau nak di ceritak hal kakdik bersama aku mmg banyak.apepun kakdik mmg best n sporting.Semoga kakdik dilimpahi rahmat.(nak cerita lagi tapi dah penat..hehehe)

5 comments:

kakzie said...
This comment has been removed by the author.
IXORAROXI said...

Al Fatihah..moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat...terima kasih selalu sudi singgah di blog KAK IX

azieazah said...

Semoga dia dirahmati NYA di sana..

Mengenang insan yang disayang.. sedekahkan Al Fatihah..

black_canary said...

Setiap insan mempunyai kenangan..
Dan setiap kenangan payah dilupakan..

kakzie said...

tq semua sudi jengah laman ip..tak pandai sgt nak karang,skdr sandarkan pada kenangan..