Friday 9 May 2008

Bapak....

Sudirman Hj. Arshad - Ayah Dan Ibu


Ayah dan ibu

Itulah permulaan kami

Dapatlah melihat bulan dan matahari

Ahai...
Yang dikurniakan dari Ilahi

Ahai...

Ayah dan ibu lah

Mesti dihormati
Ayah dan ibu

Wali dan juga keramat

Pada mereka kita beri hormat

Ahai...

Bagilah tunjuk ajar dan

Nasihat supaya hidup

Supaya hidup kita akan selamat



Indah kan lirik lagu diatas.Kalau kita menyanyi penuh penghayatan mahu rasanya menitik air mata..Teringat aku pada arwah bapak...Sebenarnya aku dan adik beradikku panggil arwah bapak dengan panggilan "ayah",tp sejak arwah bapak berkahwin lain(selepas kematian emak,kami pakat adik-beradik tukar panggil "bapak".Mak tiri aku ni ada anak 4 org dengan ex hubby dia so kami tak suka lah nak kongsi bapak kami dgn mereka.Jadi mereka panggil ayah kami tukar panggil bapak.



So,kat sini aku nak kongsi la sedikit kisah hidup arwah bapak..Masa aku mula2 tengok kad pengenalan bapak aku hairan dengan tarikh lahir dia.Masa tu kad pengenalan biru yang plastik tu kan ada tarikh lahir pemegang.pelik tau tarikh lahir bapak 00/00/1944.Aku pun tanya lah kat bapak,knp gitu...so bapak pun bukak lah story...Kisahnya masa bapak dilahirkan,tahun tu tahun ubi kayu..kiranya tahun Jepun.Katanya lagi masa tu Jepun baru jer mendarat ke Tanah Melayu.Arwah toki tak dapat nak gi buat surat beranak bapak dan bila dah terlalu lama maka toki terlupa.so diaorg amik pertengahan antara Jepun baru mendarat dan keluar dr Tanah Mlayu(1946)..so tahun jer lah di letakkan 1944 pada kad pengenalan bapak manakala bulan dan harinya hanya diletakkan 00/00.



Bapak merupakan anak ke 3 dari 5 org beradik.Bapak mempunyai 2 org kakak dan seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.Menurut cerita arwah Tok,Bapak sebenarnya dilahirkan Normal(tidak cacat) Namun penhidupan bapak berubah menjadi seorg kanak-kanak Buta apabila bapak diserang demam panas.Tika tu bapak di darjah 1.Sebenarnya Bapak boleh selamat kalau arwah to'ki masa tu berduit.Sebab masa tu ada seorng yang pandai berubat.Tapi di sebabkan kemiskinan hidup arwah to'ki tak dapat bawak bapak ke Kelantan untuk menerima rawatan.Arwah Tok cerita lh,Cikgu bapak menangis tgk bapak.Bapak sorg pelajar yang ada potensi,tp ape daya bukan rezeki bapak.

Sebenarnya semasa hayat bapak,aku selalu suruh bapak cerita kat aku kisah hidup dia.Pernah satu waktu aku n bapak berdua kat ruang tamu.Maka bapak pun bukaklah riwayat hidup dia.Meskipun bapak seorg yang cacat penglihatan,tp kehidupan bapak tetap sama seperti kanak2 yang lain.Bapak dilayan oleh toki sama jer mcm anak2 toki yang lain.menurut bapak toki aku ni garang betul.Bukan sikit2 punya garang,pantang salah sikit siap ler.Masa bapak kecik dulu arwah toki ni ade menternak beberapa ekor lembu..so setiap pagi bapaklah akan melepaskan lembu2 nya untuk di beri makan dan sebelum maghrib bapak kena masukkan lembu2 tu kembali ke kandang.

Kuasa Allah kan..meskipun bapak buta tapi ada cahaya yang menyinari hati bapak..Bapak cerita lagi,pernah satu waktu bapak terlupa nak masukkan lembu2 toki kekdlm kandang apa lagi toki mengamuk n habis bapak di rotannya.Menitik air mata aku mendengar bapak bercerita.Bapak tabah orgnya..fuh,aku tak tahulah kalau aku di tempat bapak.Sedangkan aku yang sihat fizikal kena marah pun dah mengalir air mata ape lagi kalau kena bantai..Bapak cerita lagi,bapak hanya menukar baju setahun sekali..kalau bapak nak merasa bertukar baju selalu,bapak akan suruh arwah tok buat aiskrim ke ape ker n bapak akan menjaja sekitar kg.Upah sikit2 tu bapak simpan n kalau ada org2 kampung minta tolong bapak akan simpan duit upahnya untuk beli pakaian.

Sebab tu aku berasa bertuah adanya bapak.Mana tak nya sebelum bapak meninggal aku dah bekerja,tapi bila tiba nak raya bapak akan belikan aku sepasang kain untuk di buat baju n sehelai tudung.Gitulah setiap tahun walaupun aku dah berduit sendiri,sedangkan bapak terpaksa meraba dalam kegelapan untuk mendapatkan upah yang beberapa sen shj demi mendapatkan sehelai baju baru untuk di pakai..huh..tak dapat ku bayangkan betapa kesusahan yang bapak alami sepanjang tempoh dia membesar.

Pernah juga bapak cerita kegarangang Toki pernah Pokteh(adik bongsu bapak) di sepak keluar dr rumah(bayangkan lah rumah kg kan bertangga)ni hnya kerana pokteh buat perangai(lupe pasal ape) toki dgn sikap garang nya telah menyepak pokteh hingga jatuh kebawah rumah.Tok punya lah menagis sedih melihat pokteh di perlakukan begitu.ialah naluri seorg ibu.Satu lagi kisah nya gara2 mok ngoh berebut ape tah(lupa lgi hehe) dgn arwah moklong toki mengejar mokngoh sampai dapat(sebab mokngoh lari bila toki nak bantai dia).Jgn tak percaya bapak kata kalau toki marah anak dia jgn lah menjawab atau lari.Buktinya mokngoh bila dia lari,toki pasti kejar sampai dapat.

Bila bapak dah meningkat dewasa,bapak dapat tawaran untuk memasuki Pusat pemulihan bg org cacat penglihatan(MAB-Malaysian Associted of Blind) di Brickfield.Maka bapak pun bermula lah penghijrahan ke Kuala Lumpur.Pada waktu tu awal tahun 60-an n bapak masih single.Kat situ bapak diajar cara2 membuat bakul rotan.Pengalam belajar mengayam rotan itulah maka di buat modal berniaga.Aku ingat lagi aku suka sgt kalau bapak bawak gi pusat latihan ni..Aku blh kenal cikgu2 bapak,kawan2 bapak..Aku tak pernah malu menjadi anak bapak seperti aku menonton sebuah drama di saluran Prima sabtu hari tu.Betapa malunya dia mendapat ibubapa yang cacat penglihatan.Bagi aku aku bangga sebab bapak seorang yang kuat n bekerja dengan bersungguh2.

Tapi kan pengalaman aku bersama best sgt kalau aku keluar berjalan atau keluar kerana ada urusan rasmi berdua jer ngan bapak.Bapak akan tanya aku nak ape.Selalunya bapak akan tanya "kau nak ape amik la..huh macam manja jer tau...dan yang paling best nye kkdg tu kalau naik teksi ngan bapak selalunya mesti dapat diskaun n kekadang tu mereka sedekah jer kt bapak..Satu lagi aku bangga dengan bapak,masa tu arwah mak sakit teruk,tp bapak sikit pun tak pernah merungut.Bapak layan mak baik sgt..Bapak sayang mak.Walaupun bapak buta tapi tu lah bapak usaha buat pakai kayu2 terpakai buat kan tempat duduk emak untuk buanh air besar dalam bilik.Kita yang celik ni pun tak terfikir,tapi bapak berjaya buat n senanglah mak turun naik katil untuk buang air(tanpa perlu ke tandas)..

Dan semasa bapak mengalami kemerosotan ekonomi,bapak still tabah n bersemangat tanpa putus asa.Anak2 bapak membesar dengan hasil berniaga bakul rotan.Aku juga pernah ikut serta menjual bakul rotan di Ekspo Majid Negara selama 3 tahun berturut2.Masa tu bapak antara yang mendapat jemputan dr pihak Masjid(sebab Pokteh staff Masjid Negara). Best wow,rasanya nak join n imbas balik.Teringatlah berdua berjalan seiring ngan bapak dari Jalan Silang menuju ke Masjid negara.Dapatlah aku upah sikit.Bapak berkongsi dgn kawan dia.

Selalunya kalau kita tengok kat dalam drama2 TV kebanyakkan org kawan2 bapak merupakan pemain muzik,tapi bapak tak minat.Tapi pernah juga lah masa arwah mak baru meninggal n adik angkat bapak yang selalu bawak bapak berniaga berhenti dr bawak bapak.So masa tu bapak hilang punca pendapatan.Bapak cuba ikut seorang kawan dia untuk bermain muzik.Tapi bapak sebenarnya segan dengan meminta sedekah begitu.Namun apa daya bapak terpaksa sebab masa tu aku n adik masih bersekolah.Tapi tu lah jiwa bapak tak senang sebenarnya untuk bermain muzik..hanya beberapa bulan jer bapak bermain muzik sebab anak2 buah bapak tak bagi n bapak jd segan.Tapi alhamdulillah rezeki bapak tetap ade.Kawan bapak ajak bapak jadi share partner berniaga rotan balik.

Cuma kali ni berbeza sikit.Kalau tahun 70an,80an dan awal 90an bapak berniaga dari rumah kerumah dan pejabat ke pejabat.Tapi kali ni bapak pergi dari sekolah ke sekolah.Dan aku n arawah akak akan mencatitkan dala sebuah buku nama2 sekolah yang dah ayah jual.Fuhh kat situ kiranya daerah selangor ,kuala lumpur banayk ler bapak dah pergi..dan jgn tak percaya bapak lagi cekap dari aku bab2 jalan sekitar kl n selangor...Bangga..

Bapak juga sempat menunaikan Fardhu Haji ke Makkah pada tahun 2002. Bapak pergi bersama bekas adik ipar bapak(sepupunya juga-adik mak).Aku ingat lagi masa antar bapak kat Tabung haji Kelana Jaya,ramai anak2 buah bapak turut menghantar.Aku pada masa tu punya lah sedih giler menangis jer kalahkan adik2 aku..huhuhu bukan ape masa bapak pergi tu bapak bukanya sihat n selalu semput.Risau pun ada n bapak siap bawak duit upah haji yang lebih sikit takut dia tak dapat buat.Sampaikan anak buah dia tu risau sampai di suruhnya bapak duduk atas wheelchair n sorong bapak sampai naik bas.

2 comments:

azieazah said...

Subhanallahh...

Seronoknya baca kisah BAPAK ILA nii.. Kagum betul dengan perjalanan hidupnya..

Tak terkata, betapa teringin jika dapat berjumpa.. apa daya...

Moga ALLAH merahmatinya..

black_canary said...

Al-Fatihah