Monday, 22 February 2010

Kenangan itu

Kalau tak silap pic ni aku mungkin sekitar darjah 4 atau 5.Sebab apa aku ingat lagi baju tu arwah mak yang belikan dan aku belum bercermin mata.Aku bercermin mata masa aku darjah 6.Ni antara gambar2 kenangan semasa aku kecik yang berada dalam album gambar MakNyah.Aku memang langsung tak ingat bila time pic ni di ambil.Yang pasti pic ni di ambil di rumah MakNyah.Yang berbaju merah tu la si Ela(ala2 tomboy) mmg tomboy pun masa dia remaja dulu...hehehe dan yang duduk depan Ela tu adik dia si Sham dan sebelah Sham si Botak adik aku(Shah)....comel giler adik aku masa kecik.Putih.La ni huhuhu...ansem jugak cuma terlebih bulat macam kakak dia.Sebenarnya banyak lagi pic2 aku kat rumah Maknyah.Aku sendiri pun tak de simpan gambar2 aku masa kecik.Tah kemana perginya pun aku tak tau.Rasanya dulu mmg banyak gambar aku masa kecik,mungkin makan dek anai2 kut.Sebab dulu rumah kayu.Memang jadi sarang anai-anai.sesekali tgk gambar2 lama memang seronok.Nanti la lain kali aku letak lagi.
Kalau sesape yang pernah baca N3 aku yang lepas,pastinya masih ingat dengan N3 aku mengenai kebotakkan kepala yang aku alami.Alhamdulillah,lepas aku pendek kan kepala aku dan menggunakkan shampoo Clairol Herba Essencse(betul ke idak tah ejaannya) rambut baru tumbuh dan keguguran tak seteruk dulu.Syukur.Dan sekarang aku nak panjang kan balik macam dulu kala.Dah boleh ikat pun rambut aku sekarang....ye haaaaaaa

Sejak minum sebotol Jus herba Kemunting cina dan Belada pahit, keluaran Fadila Herbs ada beberapa perubahan yang aku nampak.Kaki ku dah kurang kebas dan sengal2.Air pun dah kurang minum dan paling ketara aku kurang bangun malam untuk buang air kecil.Kalau dulu,tapak kaki selalu sengal lebih2 lagi bila berjalan lama,mesti sebelum tidur aku merengek2 sakit hendak di picit dan kadang2 aku urut sendiri bagi hilang kan sengal2 di tapak kaki,tapi alhamdulillah sejak minum sebotol herba ni ,tapak kaki aku tak sengal lagi dan boleh tidur dengan selesa.Bulan depan ingat nak amalkan terus minum herba ni...

Thursday, 18 February 2010

Selamat Bertunang

Selamat bertunang buat anak sepupu aku Marhana Sofea@ kakak pada 14 Febuari yang lepas.Semoga ikatan pertunangan ini akan kekal ke jinjang pelamin.Jom layan gambar eik... tema kuning pada hari pertunangan
bergambar bersama tunangnya...Izwan


seisi perbincangan

bersama mak dan ayah
kiri dan kanan tu "Atuk" Sofea
bersama MakLong ayu(akak aku)
bersama family "ayahda"
bersama mak2 sepupu dan mak2 sedara
bersama family "Tok Teh"
rombongan sebelah lelaki
makan time
yang baju pink tu paling tomey hehehe
terrrrr......pasan sekejap hehehe
setelah di make over oleh mak long Sofea yang memang pakar dalam bab mengandam dan mengubah....
dan ni adalah kek malam tadi..happy birthday buat "Botak" atau nama penuhnya Muzafashah Bin Mohamad yang ke 25..........thank to Cik sponsor...

Thursday, 11 February 2010

Kisah aku dan ayah lagi

Petang2 cam gini tetiba lak teingat kisah aku dolu2.Masa tuh muda remaja lagi.Payahnya masa tu mencari kerja walaupun sekadar pekerja kilang.Result SPM cukup-cukup jer,(sebab malas belajar).Sebenarnya bukan malas belajar tapi aku adalah pelajar bermasalah tika itu...Berperang dgn mak tiri la,jaga akak sakit la jiwa jadi kacau.Sampaikan masa aku pergi kem kat sana aku di beri perhatian lebih(gara2 pakcik aku menceritakan masalah aku di rumah).Masa aku muda remaja dulu,air mata adalah peneman setia.Bukan boleh orang tanya sikit benda2 sedih yang keluar dulu air mata...Sensitif gila la...Sebab tu sampai sekarang aku masih begini.Mudah tersentuh dan menangis walau sebesar kuman hati aku aku terasa.Tak perlu aku ceritakan kenapa dan apa masalahnya.Sebabnya orang tu pun dah selamat keluar dari rumah aku.


Bila tengok kejayaan seseorang sekarang ni,kadang kala aku terasa sedih sgt.Kadang-kadang aku marah pada diri sendiri.Kenapa dulu tak nak baca buku?kenapa dulu tak nak kerja kuat supaya berjaya dalam pelajaran?tapi itulah kan nama pun manusia.Nak menyesal pun dah tak guna.Perkara dah jadi.Memang dulu aku malas dalam pelajaran.Buat nota pun malas.Otak aku ni langsung tak leh nak terima apa yang cikgu cakap.Pergi sekolah aku kira rajin .Jarang ponteng.Sebab bila di sekolah aku rasa tenang,berbanding bila berada di rumah.



Selama mana nak duduk tahap ni.Tengok orang bergaji besar semuanya senang.nak beli ape pun sekelip mata dapat.Aku bukan tak bersyukur,tapi kadang sedih gak la bila mana sesuatu benda yang aku nak kdg2 tu terpaksa fikir 5 6 kali nak beli.Boros pun ye jugak.Tapi mujurla arwah ayah aku tinggalkan rumah untuk aku dan adik-beradik tumpang berteduh.dan 2 buah rumah sewa yang boleh menampung perbelanjaan kami semua.Terima kasih ayah....



Bila keadaan begini terjadi sekarang,aku selalu teringat arwah ayah.kalau dulu susah sikit ayah tak kedekut menghulurkan bantuan.Misal kata aku nak tukar cermin mata,ayah akan tambah kalau aku tak cukup duit.Masa aku beli skuter dulu ayah la yang dulu kan duitnya membayar deposit.Bila hujung bulan duit gaji dah habis,aku mintak kat ayah..Tapi sekrang nak buat cam gitu dah tak dapat.Apatah lagi nak bermanja denga insan bernama ayah.Kenangan pertama kali aku bekerja sebagai pengasuh taska di Flat rumah lama aku,masih segar di ingatan aku.Setiap pagi,aku dan ayah berdua sama2 naik bas menuju ke Ampang Park dan kemuadiannya sama2 naik teksi menuju ke Flat.Masa ayah larat dulu ayah jalan kaki jer bertongkat putih dia tu ke sana.Tapi masa aku dapat kerja sebagai pengasuh di sana,ayah dah tak larat nak jalan kaki.



Tambang teksi ayah la yang bayar.Tak mahal masa tuh baru RM2 ke RM2.30 jer dari Ampang Park ke Flat Jalan Tun Razak.Yang bestnya tiap2 pagi lepas antar ayah kat rumah abg Zali(bos ayah) mesti ayah bagi RM 2.Katanya,amik wat beli kuih ke nasi lemak ker...Biar pun aku dah bergaji pertama.Dan yang paling syok, ayah aku ni kenal anak dia.hahaha mata je tak nampak tapi hati boleh merasa.Satu hari tu aku naik bas.Tiba dalam bas tuh aku tengok ayah dah ada dalam tuh.Rupanya dia naik dulu kat Ming Court.Sengaja aku langgar bahu ayah tapi aku tak bersuara.Aku langsung tak tegur ayah.Bukan sebab aku malu ok..tapi aku sengaja nak usik ayah.Bila tiba kat kawasan rumah,ayah tertidur rupanya mujur aku ada aku tarik tangan ayah suruh turun.Sampai kat bawah,tetiba ayah bersuara,asal ko tak tegur aku?"hahaha aku jawab.."orang saja nak usik ayah,tahu pulak ayah orang ada dalam bas tadi?''Tanya aku balik.Anak aku jer tinggi pinggang lebih dari bahu aku..."hehehe aku gelak sambil cakap..ye ar tuh...ayah!ayah...



Ayah ni peminat tegar kopi.Perkara wajib yang Ummi (mak Tiri ) aku kena pastikan ialah mesti ada kopi dalam mug di dalam peti ais.Setiap kali balik kerja perkara pertama yang ayah cari air kopi dia tu ler.Klu ummi aku terlupa siap ler..membebel ayah.Ye lah dia penat mencari rezeki panas2 balik2 tgk air kopi sejuk dia tak de sape tak panas kan?Bila pas solat maghrib gitu jugak.Tapi biasanya tu giliran aku.Kena buat siap2 kopi panas tutp dan letak atas meja.Kadang aku lupa bila kena marah,dengan selamba aku jawab,bini ayah ada suruh je la dia...kurang asam punya anak...hehehe



Satu lagi ayah aku paling suka kalau nasi yang dia nak makan dah di siapkan ikan di carik2 gaul2kan sekali dengan kuah atau sayur.Memang dia suka sangat,senang nak makan katanya.Tapi tu semua kenangan aku bersama ayah.Kalau di ikutkan banyak lagi kenangan aku dengan ayah tap saat aku menaip ni jari2 aku dah hampir beku sebab Air cond opis bawah ni sikit punya sejuk huhuhu


Ada idea lagi nanti aku ceritakan lagi.....

Dan..Makan Lagi..


3 Minggu lepas masa aku dan Botak ke pasar malam Taman Melur,aku terpandang menu dan harga chicken chop di tepi sudut sebuah gerai makan tepi jalan ke Taman Melur cuma RM6.50..Dalam hati biar betul..Tak pernah lagi jumpa semurah itu.So,malam td setelah memborong baju dan seluar panjang di pasar malam Taman Watan,Botak ajak pi sana untuk mencuba.Agak lama juga menunggu tapi tak la seteruk masa aku makan di D'Mawar.ku dan Botak order benda yang sama.Chicken Chop dan "coconut shake".Tengokla pic kat bawah tuh,sikit punya'bapok" gelasnya.Huh! tetiba teringat kat Restoran air buah "gelas bapok" kat Bukit Tok Beng yang berhampiran dengan kampung aku.


Setelah lebih 15 minit menanti,maka sampai lah makanan yang di pesan.Ok lah..dari 5 bintang aku boleh bagi 21/2 bintang...ye la kan,padan la dengan harganya..kalau perut tengah lapar tuh boleh la.tak la sehebat "Haz Raz" tapi kira ok la.Coconut shake nya pun boleh la tahan.Cuma kata Botak tak sama macam pernah dia minum masa kat rumah Pok Da aku di paka,Terengganu sebab katanya tak ada aiskrim...hahaha.Mengada betul tekak budak botak ni.


Selamat bercuti panjang buat semua warga Malaysia dan selamat Tahun Baru Cina buat semua bangsa cina di seluruh dunia.Terutamanya keluarga Yap(jiran depan rumah).Tahun ni lebih meriah agaknya keluarga Yap sebab si Mei chan dah dapat adik..hehehe sepasang dah anak Yap.Mulut amoy kecik ni sejak dapat beby dah kurang dah dok panggil2 aku..kalu tak tu pantang nampak aku keluar mulalah "kakak" di panggil nya aku.Pas tu lak sekarang ni dah kuat merengek.Jeles ar tuh mummy dia layan adik.





2nd day raya cina,Sepupu aku si Idah akan menamatkan zaman bujangnya dengan orang Merchang.Buat Pok da,maaf di pinta kami adik-beradik tak kesempatan untuk pulang ke Paka.Dan selamat bertunang buat anak sedara aku Marhana Sofea Binti Roslan pada 14 ari bulan ni..Semoga kalian semua berbahagia hendaknya...

yang sebelah tu la Idah(sepupu aku)pic ni tahun 2007 masa Ani bersanding...

Tuesday, 9 February 2010

Usahawan Herba sekeluarga rentung

Copy Paste dari www.hmetro.com.my

Salam takziah dan Al-fatihah.......
Trajedi yang menyayat hati..



SEREMBAN: Dua daripada enam mangsa yang rentung selepas kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan di Kilometer 252.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, awal pagi semalam ditemui berpelukan di tempat duduk penumpang depan.



Kedua-dua mayat dipercayai Nor Fadilah Isnin, 32, bersama bayi lelakinya, Adi Putra, dua tahun ditemui selepas operasi mengeluarkan mayat mereka dilakukan pasukan bomba dan penyelamat.



Turut rentung adalah suami Nor Fadilah yang juga pengasas Fadhilat Herbs Sdn Bhd, Suhaimi Ghazali, 41, dan tiga lagi anak pasangan itu iaitu Nurul Natashahuda, 11, Mohd Daniel Iskandar, 10, dan Mohd Hanif Iman, enam tahun.




Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, kereta BMW yang dipandu Suhaimi dipercayai terbabas lalu melanggar sebuah treler yang mengalami kerosakan di lorong kecemasan lebuh raya.



Berikutan perlanggaran itu, kereta mangsa terperosok ke bawah treler berkenaan sebelum terbakar dan semua mangsa terperangkap di dalamnya.



Enjin kereta mangsa turut tercabut dan tercampak beberapa meter dari tempat kejadian dan terdapat kesan brek dipercayai daripada kereta mangsa di tempat kejadian.Pemandu treler berkenaan pula tidak berada di situ kerana kenderaannya rosak sejak petang kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Penolong Penguasa Bomba Jaafar Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.31 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.



“Ketika sampai api marak dan kami terus memadam kebakaran pada kedua-dua kenderaan berkenaan.
“Dua kren turut digunakan untuk mengangkat treler dan kereta mangsa yang terperosok di bawah kenderaan berat itu,” katanya.



Beliau berkata, operasi mengeluarkan mayat semua mangsa hanya dapat dilakukan kira-kira jam 4 pagi selepas kedua-dua kenderaan itu dialihkan.
Menurutnya, dua mangsa ditemui di tempat duduk penumpang depan, seorang di tempat duduk pemandu manakala tiga lagi di belakang kereta.



Katanya, operasi mengeluarkan semua mayat mangsa yang rentung selesai kira-kira setengah jam kemudian.Sementara itu, suasana hiba menyelubungi perkarangan rumah mayat Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini, apabila ibu mangsa yang rentung tiba-tiba pengsan sejurus tiba di depan rumah mayat.



Aminah Abdullah, 64, ibu Nor Fadilah yang diiringi suami dan ahli keluarga tiba kira-kira jam 2 petang di perkarangan bilik mayat berkenaan dipercayai untuk membuat pengecaman dan menuntut jenazah.



Bagaimanapun, sebaik melangkah ke depan bilik mayat, Aminah terus menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan selepas anak, cucu dan menantunya terbunuh.



Sanak-saudara dan wartawan termasuk jurugambar, bagaimanapun terkejut selepas Aminah tiba-tiba pengsan lalu dibantu mereka yang berada di situ.
Dia terus dimasukkan dalam kereta dan dikejarkan ke jabatan kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.



Beberapa kakitangan Fadhilat Herbs Sdn Bhd yang mengetahui kejadian itu turut bergegas ke HTJS sebaik mengetahui kejadian menimpa majikan mereka. Ada di kalangan mereka yang tidak dapat menahan sebak menangisi kematian mangsa sekeluarga.


Kakitangan syarikat mangsa, Mohd Noor Baki, 32, berkata Suhaimi seorang majikan yang amat mengambil berat terhadap kebajikan pekerja.



“Dia bos yang mudah didampingi dan selalu mengambil berat terhadap kebajikan kakitangan bawahannya.



“Kehilangannya amat dirasai dan kami semua reda serta menganggap kejadian yang menimpanya sebagai suratan takdir,” katanya ketika ditemui di HTJS di sini.

Monday, 8 February 2010

Sambal Tahun @Ta'un

Sambal Tahun tetapi kekadang bila bercakap kedengaran macam sambal ta'un...
Apa tu sambal tahun?
Al-kisahnya,
Masa kenduri arwah Epul hari ke 4,
masa tu aku kat rumah mak nyah tolong2 ape yg patut,
dr pagi menepek kat sana.
Bila tiba waktu makan tengahari,
salah satu juadahnya ialah sambal tahun.
Pertama kali aku merasa dan mendengar jenis sambal ni.
Kalau di lihat pada rupanya,
memang orang tak kan megatakan itu adalah sejenis sambal.
Kerana ia kelihatan seperti masak lemak.
Tetapi kepedasannya memang "power".....
Pergh kalau sape2 yang tak tahan perut,
"Harus" berulang -alik ke bilik kecik...
Minggu lepas MakNyah buat lagi dan anatr sikit kat rumah.
Hu hai punya lah berebut dengan Along.
Ingat kan "minah" tu tak suka sebab ada ''petai"
tapi jangkaan aku meleset bila mana buat pertama kalinya
dia merasa sambal tahun hatinya terus terpaut...
hahahaha.....baru kau tahu penagannya.
Rasanya tak puas makan so kirim kat "Kak Nora" petai
yang kebetulan hari Jumaat lepas di ke pasar Chow Kit.
Maka,
bersilat la aku di dapur setelah mencedok resepinya dr MakNyah.
Sorry ler Pic lupa nak amik..
dan malam td lagi sekali aku masak sambal tahun ni
untuk di jadikan bekalan aku dan along ke tempat kerja..
Tak payah lauk lain dah...
nasi dan sambal tahun ni saje dah cukup menyelerakan...
nak cuba meh la aku kongsikan sedikit bahan2nya dan cara membuatnya..
Tapi bahan ni semua kata makNyah..
main agak2 jer...ikut sesedap rasa dan kata hati ok.....

SAMBAL TAHUN @ TA'UN

Kelapa 2 biji
Di ambil santan pekat @ kepala santan
ambil juga sedikit santan cair dalam secawan dah cukup

cili api 15biji
(seeloknya cili api kampung-kalau tak suka pedas kurangkanlah)

petai 6 -papan
(di racik halus)

tauchu hancur sepeket

2 biji bawang besar -di mayang jer

ikan bilis halus - segenggam

belacan-sebesar ibu jari

Cara memasaknya:-

Masukkan kesemua bahan2 tadi kedalam periuk bersama santan cair dan biarkan ia mendidih.Kemudian masukkan santan pekat dan biarkan sedikit kering baru di tutupkan api.Tak perlu tambah garam sebab tauchu dan ikan bilis serta belacan akan sudah memasinkan masakan ini.

Friday, 22 January 2010

weng....

BUAT MASA NI AKU TAK BOLEH NAK KOMEN KAT BLOG2 TAPI AKU TETAP SINGGAH BACA SEBAB PC OPIS AKU NI DAH MAKIN KRITIKAL..SLOW GILER...KDG2 TU BILA BUKA BLOG SETENGAH TU LANGSUNG TAK BOLEH PASTU HANG.BILA NAK MULA KOMEN SILAP2 DIA HANG LAGI.SO MAAF LA YER...SINGGAH TETAP SINGGAH TAPI SUSAH NAK KOMEN DAN AKU PUN MALAS NAK UP DATE BLOG SEBAB MASALAH YANG SAMA DAN TAK DE BENDA AKU NAK CITERKAN......BROADBAND APA YG OK?

Thursday, 14 January 2010

COKLAT...COKLAT...

Salam semua,
lama tak up date blog..Minggu ni aku mmg tak berapa sihat.Demam menyerang kembali.Apa benda pun tak boleh nak buat.Pergi kerja pun aku banyak bawak rehat..Tak boleh nak duduk lama sakit kepala bukan main lagi.Hari ni baru ada sikit mood nak mengadap blog aku ni.Makan pun dah lalu sikit..Kalau tak lidah aku ni masuk ape pun rasa payau.

so,ni saja-saja nak try market.Pic kat bawah ni aku copy /paste dgn izin dr pemiliknya.Orang Ampang gak.Baru pagi ni dia antar sampke kat aku dan aku boleh puji lah rasanya mmg ok sgt...aku mmg penggemar coklat satu tika dulu sekarang pun gemar juga tapi kurangkan sebab masalah kesihatan.Dan aku boleh bagi A bila merasa coklat buatan sendiri ni.Isi di dalamnya ada yang rasa oren,kekacang dan bertih...i like...so sesape rasa2 nak order tu boleh ar kolling2 aku eik...aku jamin memang sedap.Dan menurut pembuat ini sendiri pasarannya dah merata tempat termasuk di Nilai.Satu bekas mengandungi 50biji di jual pada harga RM28.Boleh campur...










PENGHANTARAN PERCUMA BAGI SEKITAR LEMBAH KLANG TERUS KE PINTU RUMAH/PEJABAT ANDA...
Berminat sila hubungi ila di talian : 012 - 3119685
dan pembayaran di buat melalui akaun Maybank.
No akaun akan di berikan setelah mendapat pengesahan dari anda.
Terima Kasih










Monday, 4 January 2010

KEJAM

Jumaat
1 Januari 2010

Lokasi :Sebelah Madras Tekstile Dan berhadapan Semua House,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur.

Pic trak DBKL ni aku saje snap sebagai bukti yg aku rasa amat kesal dan dukacita apabila 2 org penguatkuasa WANITA berbangsa MELAYU dan seorang lelaki berbangsa India merampas kesemua belon2 tersebut dari seorang pemuda MELAYU yg dalam lingkungan 25tahun.Aku rasa sakit hati sesangat kerana apa?kerana mereka ni terlalu angkuh dan tidak berperikemanusiaan.Takkan lah hanya kerana menjaja belon di sekitar jalan tersebut menjadi satu KESALAHAN?????takkan itu perlu memohon LESEN????

Kesian la aku tgk budak lelaki tu,merayu2 sampaikan suara dia aku dengar dah macam menggeletar dan menggigil menahan marah mahupun geram...



"Kak,Tolonglah saya kak..saya merayu kat akak,adik2 saya kak..adik2 nak sekolah..." begitu sayunya perasaan aku taktala mendengar rayuannya merintih di kasihan.Tapi apa daya dia.permintaan dan rayuan dia langsung tak di endahnya.Wah! bongkaknya 2 orang WANITA itu.Sempat juga aku dengar suara2 sumbang belakang aku yang turut tak setuju akan tindakan yang di kenakan pada anak muda itu.


Ada juga yang datang"back up" termasuklah aku dan Botak.Memang kitaorg kutuk abis2san.Kesian, bukan ape.dah la anak melayu dah tentu warganegara..Yang nampak tak adil sangat2 ramai lagi yang berniaga belon di sana..Tapi kenapa mereka ni tidak di ambil tindakan yang sama?Kenapa lori cendol yang masa aku on the way pergi ke Campbell aku nampak mereka juga di halau tapi tak lama kemudian datang balik tapi 2 org termasuk lelaki tu buat BUTA?????Tak faham la aku baik DBKL ke MPAJ ke sama jer...BERLAGAK
aku menci ar!!!!!





ABC dan Mee ayam...best bangat
aku dah jumpa port ABC dan masakan panas yg best..RESTORAN TAR (SIDO MAMPIR)
Ampang Waterfront...Walaupun harganya sikit mahal tp ABC nya puas hati.Specialnya dia ada isi kelapa dan nangka serta susu coklat...


Monday, 28 December 2009

Layan je la gambar tu eik...
malas la sejak dua menjak ni..jiwa kacau..
Pizza tu kakak sepupu kat Bukit Puchong buat mlm sebelum picnik kat Pangsun...
layannnnn....
macam2 Topping...
Thanks to my cousin...kak nor @ Cikgu Khairus

Layan nasi lemak dan roti canai..
sambal along ayu pedas bangat..tp best...


BBQ time...time kasih kat penaja


syok or mandi

Alif dan Arif...
(anak2 buah)
Sekalung tahniah buat Nurul Masyitah (anak sepupu) kerana memperolehi
8A 1B dalam peperiksaan PMR baru2 ni...
Semoga akan lebih cemerlang di masa depan...







Thursday, 17 December 2009

Epul....

Selasa,
15 Desember 2009

03-429107..

Jam lebih kurang 10.56pagi..Aku baru lepas bakfes nasi lemak.Handphone aku berbunyi dan ianya dari rumah MakNyah..Pasal ape pulak pagi2 Maknyah cari aku ni..

"hello....huhuhu (suara si Ela tersedu2 menangis)
"La,nape ni?....aku bertanya tekejut.

"Zila...huhu ,Epul..epul dah meninggal..."
"La,biar betul...aku macam tak percaya..Innalillah...


Rupanya Epul dah demam selama 2 hari.Epul merupakan anak orang jawa dari Indonesia yang MakNyah bela dari umur sebulan dan memang dah di anggap sebagai cucunya sendiri.Manakala anak2 maknyah dah anggap Epul sebagai adik mereka.Aku kol abg Farizan kat HQ memaklumkan yang aku nak balik untuk menziarah arwah.Selepas di izinkan aku kol Botak mintak dia amik aku dan kami segera ke bilik sewaan mak kandung Epul.Si Ela nampak je aku terus terkam dan menangis di bahu aku..Perasaan hiba meyelubungi.Sabarlah nak buat macam mana dah takdir dia pergi dulu.Masa tu aku tengok Maknyah dan kak Nora pun dah lemah semacam.Teringat aku masa arwah abg Rizal (anak ke 2 Maknyah meninggal pada tahun 1988)..Kasih sayang dia sama je aku tengok meskipun Epul adalah cucu angkatnya.Apa lagi kak Nora pun begitu lemah dan setia di sisi epul yang dah di anggap seperti anaknya. Ingat aku,aku nak ziarah sekejap jer..ye lah pada fikiran aku mungkin lepas zohor selesai la semuanya,tapi bila pihak polis datang rupanya jenazah terpaksa di bawa ke HUKM untuk di post mortem.Mulanya Kak Nora keberatan tapi dah prosedur polis begitu,terpaksa la diizinkan juga.Sebabnya Epul meninggal dalam usia yang muda(12 tahun).Adik aku(Botak) dan Abg Iwan(sepupu mak Epul) mengiringi mayat Epul ke HUKM menaiki Trak kecil Polis(Black Maria).Sedihnya,bila tengok mayatnya di bungkus plastik hitam.Dalam masa yang sama,masing-masing risau menanti ketibaan ayah kandung Epul dari Terengganu.Ayah dia naik flight dari sana pukul 4.30 petang.Dan lebih kurang jam 5 jenazah dah selamat di kafankan dari HUKM dan di bawa balik semula ke rumah.Masih lagi menanti dan menanti ketibaan dan panggilan dr ayah Epul.Lebih kurang jam 6.30 ayah Epul kol bagitahu dah sampai kat KL Sentral.Serentak itu,adik aku Botak bergerak menuggang motor untuk ke Ampang Park dan ayah Epul akan tunggu di sana.Hati aku risau jugak la sebab masa tu hujan lebat sangat.Sempat aku pesan kat Botak jangan laju2 sgt jalan licin ni...Dan alhamdulillah penantian selama beberapa jam berakhir juga..Sebak di dada taktala ayahnya mencium jenazah.Selepas maghrib jenazah di bawa ke tanah perkuburan Taman Kosas,Ampang.Kata Opah,dekat dengan kubur atuk.Perasaan hiba kembali mendatangi keluarga Maknyah.Selesai segalanya,lebih kurang jam 8.20...Alhamdulillah...

"Abang,esok Acik datang ziarah abang yea,itulah kata2 terakhir Ela di pusara arwah....
Semoga Epul di cucuri rahmat...

Monday, 14 December 2009

sebelum dan selepas

sebelum
selepas

Apa benda sebelum dan selepas ni...
sebenarnya aku nak tunjukkan perubahan pada kulit wajah aku dalam masa lebih kurang 2 minggu setengah...Alhamdulillah ada sedikit perubahan dan paling ketara jeragat tipis di sebelah kiri pipi aku semakin kurang...masa lebih kurang 5 hari,aku mengalami pengelupasan kulit...Pergi kerja naik bas malu gak ler org dok tgk(kalau tertengok ler hehehe)..mungkin aku akan kekal menggunakan product De'Putih ini...so, say good bye to Fair n Lovely...(huhuhu,siannya dah lama gak pakai produk lama ni)....


















Monday, 30 November 2009

''TOK'ayaki'

Akhirnya aku berjaya juga menyediakan hidangan di bawah ni...''Tok''ayaki..Masa baru2 terjumpa link bekas Jurulatih aku dulu teruja nak buat.Hari sabtu pagi tu aku try buat sikit tapi rasanya kurang enak sbb terlupa nak letak telur dan bancuhannya terlau pekat so dia jadi keras sikit.Pulak tu aku taruk ''rumpai laut dan "udang geragau''terlau banyak jd masin sikit...


Malam tadi aku try plak buat lagi..dan aku cairkan sikit bancuhan tepungnya...sedikit rumit membentuknya bila di dalam acuan pada mulanya,tp lama-kelamaan jadi seronok pulak...dan..Wow!...rasanya mmg sedap..hehehe


Along dan Botak pun boleh terima tekaknya.Sebab kalau "sushi" tekak depa ni tak leh nak terima..satu bancuhan aku dapat dekat 15 bijik..Sebenarnya acuan nya bulat mcm kaya ball.tapi aku tak dak acuan tu aku belasah jer guna acuan bahulu...so jd lonjong sikit...janji sedap huahuahua...gulp!....


Nak resepinya...meh la pakat salin pas tu try ar buat k...Resepi ni aku tambah sikit bahannya di mana Puan haida aku tak letak pun dalam resepinya.Aku buat kajian dulu(ce wah).Aku cari dalam internet dan faham kan sikit2 bahan2 asing yg lain...

Resepi ni aku copy dari blog Puan Haida

Bahan Tepung :

Tepung jagung - 2 cawan
(aku buat 4 senduk kecil)
Tepung Gandum - 1/2 cawan
(aku buat 2 senduk kecil)
Telur 3 biji
(aku guna sebiji)
sedikit garam dan air
(aku bancuh guna stock ikan bilis dan air sejuk peti)
kobis di cincang

Tepung jagung dan tepung gandum di satukan .

Bancuhkan dengan sedikit air pati ikan bilis.

Tambahkan dengan sedikit air sejuk dari peti ais
(kalau air dari ais lagi elok)

Bila tepung dah cantik,masukkan sebiji telur,secubit garam..
(aku campur semua bahan ni dan blend bagi halus)

dan masukkan juga kobis yang dicincang.Gaul rata.

Intinya:

sotong(resepi asli menggunakan Octopus)
(aku tukar guna udang)
daun bawang - dicincang halus
(aku tak guna)
cendawan butang - potong kiub


Cara membuatnya:

-Panaskan acuan
(aku guna acuan kuih bahulu)
-Bila acuan dah betul2 panas, tuangkan acuan tadi seperti membuat kuih cara.Di biarkan melimpah-limpah.
-Dalam pada masa yang sama masukkan sedikit demi sedikit bahan2 inti.
-bila dah 1/2 masak,bentuk2kan limpahan tepung yang keluar tadi dan terbalikan dia.
-apabila dah garing angkat


Bahan Sos:

sedikit minyak
(aku guna minyak bijan)
sos tiram
3 ulas bawang putih - di cincang

~~~tumis bawang putih hingga garing dan masukkan sos tiram dan ,masak biar sedikit pekat.

bahan Tabur:

sotong kering
(aku guna udang geragau)
rumpai laut

Cara menghidangkannya:

susun comel2 dalam piring..
tuangkan bahan sos sekeliling Tokayaki
taburkan udang geragau dan rumpai laut yang dah di siat2 halus
(aku blend kering udang geragau dan rumpai laut)
akhir sekali taburkan mayonise...
sedia di makan...muahhhhh


panggang kambing dan daging petang semalam


Friday, 20 November 2009

INDAHNYA

Sebelum pergi kerja aku jenguk..Balik dari kerja aku jenguk..Siram sekarang dah tak perlu sangat sebabnya cuaca sekarang ok.Hampir setiap hari hujan turun membasahi bumi...Seronok pulak rasanya bila benih yang kita semai akhirnya mengeluarkan hasil.Bukan nak di buat makan sangat tapi rasa seronok je bila melihat tumbesarannya.Walau hanya sekangkang kera tanahnya(tepi longkang) tapi tak sangka pulak nak juga dia berbuah.Aku tak nak petik buah ni tapi nak biar tua semuanya nak buat benih nak tanam kat belakang rumah.Belakang rumah aku tanah dia lapang sikit.kalau nak tanam dalam 10-15 anak pokok boleh lagi la kut.Betul la kata orang,berbudi pada tanah tak rugi.Tapi kalau tanam cili api mesti tak hidup..Nape eik?.. Dah berbuah

ada yang berbuah ade juga sedang berbunga


Sekalung tahniah di tujukan buat anak sepupu Imran Hakim Bin Mohd Rafi kerana memperolehi 5A dalam peperiksaan UPsr. Tak lupa juga buat Nur Hidayah Attira dan juga Amira Nurizzati yg merupakan anak2 kepada sahabat KLFM.Buat Hidayah selain mendapat keputusan yang cemerlang, beliau juga di anugerahkan Anugerah Mumtaz,Daerah Hulu Langat dari Jais dan Anugerah khas,Tokoh Pustakawan Cemerlang...Tahniah! tahniah....dan buat anak2 sahabat yang lain

Pagi semalam mendapat perkhabaran dari Ani,menyatakan Poksu sedang tenat dan masih tak sedarkan diri sehingga aku menaip N3 ini.Perasaan hati tu nak balik ziarah tapi masalah diri sendiri tak mengizinkan.Semoga Poksu kembali sedia kala..Aminnn....



Monday, 16 November 2009

MAKAN2

Macam biasa Sabtu dan Ahad adalah hari aku bercuti.Pagi Sabtu tu, sebelum Along pergi kerja,dia dah siapkan sarapan merangkap makan tengahari iaitu "mee goreng".Selesai siap aku mengemas dapur,menyapu laman dan ruang tamu,aku sambung baring2 dalam bilik.Dah tak de benda nak buat so duk sorang2 tu faham2 je la.Baru nak lelap kan mata,sekali aku terdengar orang memberi salam.Macam aku kenal je suara itu..Rupanya kakIx datang antor kuih tart yang aku order dari kakZ.Thanks kak,ingat kan dalam kul 2 baru nak gi amik kat rumah akak..sbb motor tak de,Botak keje...
Lepas kak Ix balik aku ke dapur balik.Apa nak buat eik..Aku terpandang periuk lauk yang along masak asam pedas ikan kembung hari Jumaat ari tu.Rumah aku ni biasalah kalau masak ikan memang tak jalan.Along teringin nak makan kuah asam pedas so dia masak Jumaat ari tu.Tak banyak mana pun tapi boleh tak abis.Nak di buang sayang,so aku pun modified la sikit untuk di makan dengan laksa.Ikan adalah lah dalam 5 keping dalam kuah tu,aku blend halus tambah itu ini jadi kuah laksa...jadilah dr membuang gitu jer.Nak ke kedai aku malas,so sms Botak suruh dia singgah kedai balik kerja larang cari laksa basah.Aku memang tak suka sgt makan laksa ni,tapi kalau laksa dia jenis basah mcm tu aku suka la.Kalau yg kering pastu di rebus aku tak gemor sgt.
Botak balik aku terus rebus laksa dan makan...hahaha keja aku sabtu tu makan dan makan jer..Mee goreng la laksa la semua aku bedal.Boring duduk kat rumah itu lah bahananya.Ajak Botak gi UO Taman Dagang dia malas..huh memang bosan.Malam tu ingat nak lepak kat rumah abg sepupu aku kat pandan Indah..Konon2 nak mengurut sekali ler.Nak numpang kerusi urut badan dia.Rupanya kakElli masih di MidValley tgk ekspo rumah.So aku pun pegi anto je la kuih tart dia sebekas(aku buat kak Elli terliur ari tu,ibu mengandung kena lepaskan gakhehehe) yg kebetulan Nini anak dia ada di rumah(study kut cz nak SPM).Sampai kat Kondo abg aku tu,kebetulan tengah tunggu lif aku ternampak anak2 abg aku baru samapi.rupanya depa ni gi jalan ke lain tak ikut mama dan papa dia.So aku bagi je la kat depa dan malas pulak nak naik sbb kesian pulak depa penat balik jalan kang nak kena layan aku pulak..Lain kali la kak Elli eik.
Tahniah buat Juara Penyampai Ikon RTM yang pertama,Aina Suzaily.Target aku Siti Aisyah Baslie..Tapi Aisyah hanya berada tempat ke dua..Syabas buat ke semua 6 finalist..Anda semua berbakat...
Minggu...
Pagi dok bekfes dengan Botak...
"Assalamualaikum... Zila,makan ikan talapia tak?...
Pak Din selang serumah dari rumah aku datang bertanya...Aku makan la ikan sungai ni tapi Along dan Shah memang tak sentuh langsung.Ikan laut pun memilih ape lagi ikan darat.So,pas tu kak Minah Isteri Pakdin mai datang antor.Dia bagi aku 5 ekor..aku bagi bibik belakang rumah tu 3 ekor dan aku amik 2 ekor.Aduhyai..ikan darat ni tulang dia keras la tak macam ikan laut.Nak menyiangnya payah giler.Sebabnya pisau rumah aku ni kecik jer...
Apa pun usaha tangga kejayaan..selesai membuang sisik menyiang dan basuh dengan air asam..aku pun nyalakan arang n ready to bakar..hehehe.Mulanya ingat nak goreng berlada jer..Tapi kata kak Minah kalau bakar lagi sedap..serius aku cakap ni first time aku mengerjakan ikan talapia dan rasanya ni first time kut aku mkan ikan talapia..Wow! dengan penuh semangat untuk merasai kelazatan isinya...aku biar arang tu betul2 jd bara dan panggang garing..Memang sedap la..nak pulak makan panas2 kan.Cecah pulak dengan kicap+cili api+asam limau..memang tak hengat..abis sekor setengah.Isinya lembut macam "ikan kapas" dan tak de tulang2 halus,so proses memakannya tak rumit ...Lain kali gi menjala Pak Din jangan lupa antor kat rumah lagi yer..hehehe.dan paling syok..serentak 3 buah rumah membakar ikan talapia.Abis sekampung berbau orang membakar ikan hahahaha.....