Monday 8 February 2010

Sambal Tahun @Ta'un

Sambal Tahun tetapi kekadang bila bercakap kedengaran macam sambal ta'un...
Apa tu sambal tahun?
Al-kisahnya,
Masa kenduri arwah Epul hari ke 4,
masa tu aku kat rumah mak nyah tolong2 ape yg patut,
dr pagi menepek kat sana.
Bila tiba waktu makan tengahari,
salah satu juadahnya ialah sambal tahun.
Pertama kali aku merasa dan mendengar jenis sambal ni.
Kalau di lihat pada rupanya,
memang orang tak kan megatakan itu adalah sejenis sambal.
Kerana ia kelihatan seperti masak lemak.
Tetapi kepedasannya memang "power".....
Pergh kalau sape2 yang tak tahan perut,
"Harus" berulang -alik ke bilik kecik...
Minggu lepas MakNyah buat lagi dan anatr sikit kat rumah.
Hu hai punya lah berebut dengan Along.
Ingat kan "minah" tu tak suka sebab ada ''petai"
tapi jangkaan aku meleset bila mana buat pertama kalinya
dia merasa sambal tahun hatinya terus terpaut...
hahahaha.....baru kau tahu penagannya.
Rasanya tak puas makan so kirim kat "Kak Nora" petai
yang kebetulan hari Jumaat lepas di ke pasar Chow Kit.
Maka,
bersilat la aku di dapur setelah mencedok resepinya dr MakNyah.
Sorry ler Pic lupa nak amik..
dan malam td lagi sekali aku masak sambal tahun ni
untuk di jadikan bekalan aku dan along ke tempat kerja..
Tak payah lauk lain dah...
nasi dan sambal tahun ni saje dah cukup menyelerakan...
nak cuba meh la aku kongsikan sedikit bahan2nya dan cara membuatnya..
Tapi bahan ni semua kata makNyah..
main agak2 jer...ikut sesedap rasa dan kata hati ok.....

SAMBAL TAHUN @ TA'UN

Kelapa 2 biji
Di ambil santan pekat @ kepala santan
ambil juga sedikit santan cair dalam secawan dah cukup

cili api 15biji
(seeloknya cili api kampung-kalau tak suka pedas kurangkanlah)

petai 6 -papan
(di racik halus)

tauchu hancur sepeket

2 biji bawang besar -di mayang jer

ikan bilis halus - segenggam

belacan-sebesar ibu jari

Cara memasaknya:-

Masukkan kesemua bahan2 tadi kedalam periuk bersama santan cair dan biarkan ia mendidih.Kemudian masukkan santan pekat dan biarkan sedikit kering baru di tutupkan api.Tak perlu tambah garam sebab tauchu dan ikan bilis serta belacan akan sudah memasinkan masakan ini.

4 comments:

Ain said...

first taim dengar sambal tahun...

kalau sambal petai selalu la dengar kak....

azieazah said...

Wahh... senang jer nak buat ek? Nak kena try gak nih...

kakzie said...

Ain:samalah kite..tapi bila saje jenguk2 kat Cik Google org jawa pun ada sambal tahun ni tp lain bahan2nya...dia tak nampak mcm sambal cuma mungkin kepedasannya dia di panggil sambal.

KakAzie:mmg senang sebab tak perlu nak tumbuk bagai lebur gitu terus...

Ibu n Abah said...

zie,
baca resepi jer dah tau sure sedap..
akak nak buat untuk buka puasa...
thank you..share...