Monday, 12 July 2010

MEMORI SEMALAM

singgang ikan aye,budu dan jering...
Nyam,nyam....
Semalam bila mana aku bersarapan nasi sejuk bersama-sama ikan singgang, budu dan jering maka teringat la aku pada seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku sekian lamanya.Dulu,jika dia bersarapan itu lah yang di jamahnya.Nasi sejuk memang menjadi keutamaan buat dia melapik perut sebelum keluar mencari rezeki pada setiap hari.Bapak, ye bapak aku...Bapak memang suka sangat makan nasi di waktu pagi.kalau ada nasi yang berlebihan semalamnya,bapak akan makan di waktu pagi.Sebab apa,sebaba bapak jenis tak makan malam.Paling lewat dia makan pada pukul 6 petang,so pagi2 harus la menjamah nasi untuk bertahan sehingga balik dari mencari sesuap rezeki untuk kami. sambal ta'un
(malam tadi masak)

Kalau nasi tu di gaul rata bersama kuah dan lauk2 terutamnya ikan dan kalau ada timun di racik2 halus lagi bapak suka.Senang dia nak makn.Tak perlu nak risau soal tulang.Gaul2 rata bubuh sudu senang dia makan sampai habis.Seterusnya segelas air kopi panas wajib di sebelah..



Sebenarnya kat rumah aku sekarang ni dah lama sangat rasanya tak makan ikan.Aku dah naik muak nak jamah ayam.nak basuh ayam pun rasa dah macam tak lalu nak hadap.So buat saat -saat ke"jemu"an ini,kita orang dah terpaksa kembali memakan ikan.itu pun hanya di singgang kemudian di goreng atau di goreng begitu sahaja sehingga garing semacam keropok(itu hanya selera Along) dan bagi aku aku lebih suka kalai ikan tu tak berapa garing sgt..Buat pula stok sambal belacan dah cukup menyelerakan.kalau ikan yang di masak kuah,alamat kuahnya aje la yang licin.Along cerewet sikit bab ikan ni.Dia hanya jamah ikan sardin,tongkol dan kembung jer.Kalau aku semua aku bedal kecuali ikan sembilang.Memang tekak aku tak leh nak terima.Tapi yang pelik ikan keli boleh la pulak..huhuhu..so sekarang dalam peti dah ada stok budu,petai dan ikan.Nampak gayanya mahu menambah2 la pas ni dan berat yang dah sedia berat akan bertambah...gagagaga

Friday, 9 July 2010

MAIN MASAK2

Aku kalau duduk rumahkan,mulut tu kan, mula la nak mengunyah je kerjanya... Konon2 amik cuti nak berehat saje2 kat rumah.Sudahnya memang tak leh nak diam.Ada je mereka nak buat itu ini...hehehe..Bila semangat "R" datang,tanpa menoleh ke belakang maka aku mula atur langkah dan bersilat di dapur.Kat rumah tu kalau kuih2 jenis yang manis memang tak jalan sangat.Tapi kalau yang goreng2 ni kira boleh la..layan je la...Resepi cin cai ni aku akan masukkan dalam blog masakan aku...

Cekodok caca marba...pedas2 masin
bahan cacanya:kentang,cili api,kacang buncis bawang dan ikan bilis





orang kampung aku panggil kuih "mustofa" atau kuih "Ropa".senang jer..
intinya macam inti karipap pastu tepung didadar macam nak buat ketayap pastu lipat then goreng dgn minyak yang sikit sehingga garing
ni yang belum di goreng...aku buat banyak pas tu aku goreng kan sekejap then aku froozen kan.Makan time2 hujan memang sedap
Goreng dengan sedikit minyak sahaja sehingga garing.
Hidangkan bersama air kopi..
perghhh




ADUAN


lubang yang di tampal oleh Bapak Adi dengan batu2...


Lokasi kejadian : hadapan pagar sebelah kiri rumah aku.


Asalnya longkang dalam tu dah pecah.Maklumlah bila musim hujan hari tu lubang yang pada mulanya kecik menjadi semakin besar dan tinggal beberapa inci je lagi hampir ke jalan raya.Sampaikan kereta orang yang dok menyewa rumah aku pun terpaksa parkir keretanya ke tengah sedikit.ni kesannya baru2 ni lori sampah terpaksa patah balik kerana sempit dan tak dapat tembusi di sebabkan jalan menjadi semakin sempit kerana kereta parkir sebelah menyebelah dengan jiran depan.

Aduan dah aku buat ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 4 Mei 2010 dan aku menerima reaksi balas kad AKUAN TERIMA ADUAN yang bertarikh 6 Mei 2010 iaitu 2 HARI selepas aku membuat aduan.manakala aku menerimanya melalui kiriman pos 18 Mei 2010 (Jauhnya MPAJ dari rumah aku yer)

Menurut arahan yang di maklumkan di dalam kad tersebut,sekiranya dalam tempoh sebulan masih tidak ada apa-apa tindakan dari pihat tersebut,aku di minta untuk menghubungi mereka semula untuk membuat balik pertanyaan.Aku cuba menghubungi mereka semula pada 28 Jun 2010,tetapi AMAT-AMAT LAH kesal dengan jawapan yang di terima kerana menurut mereka masih menunggu peruntukan dan barulah di luluskan dan di lantik kontrantor yang berkenaan.

Dan sekarang dah masuk 2 bulan sehingga aku tarikh aku menulis N3 ini,masih lagi tiada kerja-kerja pembaikan dan masih perlu menunggu dan menunggu. Dan jawapan aku senang jer...LANTAK KORANG LAH..elok-elok modal sikit je korang akan keluarkan silap-silap jadi banyak sebabnya ia akan menjadi semakin besar,besar dan besar.Jangan sampai dia menghakis jalan raya sudah la yer.Untuk "time" sudah pasti akan menyusahkan orang lain...

Wednesday, 23 June 2010

Jom Kongsi....(dari email seseorang)

Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?

Assalamualaikum wbh..
Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi.
Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.


Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah Memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur Saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah Dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan Akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain.



Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.
Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.


Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Jantung
3. Paru-paru
4. Perut
5. Hempedal
6. Buah pinggang
7. Jantung
8. Buah pinggang
9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
10. Telur ikan.


Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?


Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu (Makanan ringan atau jajan) termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.


Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami.


Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.


Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.
Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari).Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia.Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?


Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.


Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata,sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.
Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.


Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah, selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.


Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :


1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties,ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau.


Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.


Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat.

Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam.

Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.


Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah!


Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.


Kepada ibu bapa, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita.
Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Tuesday, 15 June 2010

PERTAMA KALINYA

Sabtu,
12 Jun 10...





Buat pertama kalinya seumur hayat aku mencecah ke angka 31 tahun,inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke panggung wayang semata-mata untuk menonton Lagenda Budak Setan.Bukan aku tertarik dengan mana-mana pelakon tetapi aku tertarik untuk menontonnya untuk melihat sejauh mana kehebatan filemnya.Adakah setanding dan sehebat novelnya???Ternyata setelah menonton hampir 2 jam,tidak lah aku merasa sgt akan kepuasannya kerana bagi aku cerita yang di paparkan tak sehebat mana.Aku bukan seorang pengkritik filem bahkan bukan seorang penonton tegar tapi bagi aku cerita ini macam ada yang tak sampai...Jalan cerita memang menarik tapi tak tahu aku nak cakap macam mana sebab aku rasa macam tak puas bila filem ni habis di tayangkan.Bukan tak puas sebab nak tengok lagi,tapi tak puas sebab tak sampai pada aku.Kalu di beri 5 bintang aku cuma bagi 31/2 je kut.Tu kira ok lah kan.Dalam pada tu sempat juga aku layan karaoke kotak hahaha....



Oklah aku ni tak tahu nak mengkritik tapi apa yang pasti aku nak ucapkan terima kasih kat adik1 aku si Nina Dab Liza kerana sudi menemankan aku.Terima kasih jugak kat Liza sudi belanja makan.Kata dia belanja aku sebab bukan senang nak keluar dengan aku..hehehe ye aku akui mma aku ni susah nak keluar ke mana-mana.Kalau tak de hal yang betul2 mustahak atau aku betul2 bosan kat rumah,jangan harap aku nak saje2 pi lepak oo pi jalan2 tanpa tujuan.Ok lah adik2 next time kita plan gi main boling plak k...



Aku cuba untuk mulakan cara aku yang baru..Aku cuba untuk belajar keluar dari dunia kepompong aku...Rasanya aku dah mula berasa bosan dan sunyi yang bisa buat aku jadi giler....hahahaha....Buat kawan2 aku,plslah stop ask me,bila ko nak kahwin?Weh! bosan la aku dengar soalan2 gini...sapa tak nak berumahtangga,tapi dah belum ada jodoh so tunggu je la.

Thursday, 10 June 2010

NiNoNiNoNiNo

"Assalamualaikum...kak",suara si Meor memberi salam dari luar rumah.
"wsalam....Shah tak de",balas aku dari dalam rumah.
"Tak da apa nya?Kuar la kejap ada masalah sikit ni"....
Melompat bangun aku dari pembaringan depan tv dok tgk Roda2 KL...
"ha,napa?tanya aku.


Kawan Shah kol kata Shah sakit balik macam dulu pengsan kat Pandan Jaya".
Aduhla,punya la aku terkejut.Sejak arwah bapak pergi dan selesai berubat dengan orang Klang Lama dah agak bertahun juga dia tak pengsan macam dulu.Aku sms dak Ela suruh dia pergi dulu tengok naik motor dan tak lama selepas itu au menyusul dengan Along.Keadaan cuaca malam tadi hujan.Mujur lah masa nak ke Pandan jaya tu tak berapa sesak.Sampai kat sana aku tgk adik aku dah kekejangan.Along panggil2 tak de "respond''.

Dalam pada itu,abang pada kawan adik aku dah pun menghubungi ambulan dari hospital Ampang.Tak tahu dah nak buat macam mana sebab tu jalan akhir bawak pergi hospital sebab tak pasti samaada penyakit dia yang lama datang kembali atau dia mengalami penyakit baru sebab sebelum ni dia pernah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan doktor mengesahkan kencing dia ada PROTEIN. Apa maknanya eik kalau kencing ada protein???? Tak tanya detail pulak aku kat dia ari tuh.Dia jugak selalu mengadu sakit pinggang dan tak boleh nak kerja berat.Dah sebulan dia berhenti kerja sebab dah tak sanggup nak menanggung sakit sebabnya kerja2 dia memerlukan tenaga yang kuat dan memang berat.Kerja apa la sesuai untuk ko Shah?aku pun tak tahu nak cakap macam mane...macam2 kerja dah kau buat tapi semuanya tak lama.


Tak lama selepas itu,ambulan datang.hu hai dahla dia ni badan besar.Mengusung la 4 5 orang naik atas troli.Dalam pada itu ramai pulak la duk mengerumi sekeliling maklumlah kejadian kat tepi jalan masuk ke LRT Pandan Jaya.Aku menaiki ambulan mengiringi Shah.Pengalaman lama kembali lagi...Masuk ni dah 3 kali aku menaiki ambulan.Tapi kali ini berbeza suasana di dalamnya berbanding satu masa dahulu.Seroang MA mengambil BP Shah dan sorang lagi memegang walkie Talkie melapor dan memerima arahan dari pihak Emergency.Setiba dia wad kecemasan (zon Kritikal) kelihatan doktor2 dan para medik sudah bersedia menerima kes.

Dalam kekalutan,kereta Along pulak buat hal.Tak boleh hidup.Ya!Allah dugaan betul.Selesai membuat pendaftaran,tetiba teringat pulak api nasi kat rumah tutup ke tak sebabnya sebelum tu along tanak nasi untuk kami bawak bekal nasi goreng esok ke kerja.Kalau tanak dalam ''rice cooker'' memang tak balik pun tak pe.Tapi tanak atas dapur gas silap2 hangit dan terbakar.Huh..berkejar pulak aku ke rumah menaiki motor Ela.Nasib la dari Hospital Ampang ikut jalan belakang 5 minit jer.Sementara kat tempat parking motor,aku terserempak dengan Hisyam adik Ela yang singgah sekejap juga baru pulang dari kerja.
"ko ambil mak Nyah sekali nanti,pesan dia.

Alhamdulillah,rupanya api dah ditutup.Lega...Usai mengambil Maknyah dan hantar dia ke hospital aku dan along minta izin tinggalakan sekejap diaorang 3 beranak untuk uruskan kereta Along.Sebabnya karang bila dah malam takut pulak lagi pula Abg kawan adik aku tu datang antar Along aku tadi bawak sekali anak kecik.Kesian pulak.Kebetulan abang kawan adik aku ni seorang mekanik,jadinya urusan di permudahkan.Cas kejap kereta dah leh hidup enjinnya dan aku suruh Along balik rumah terus takut nanti kalua snggah hospital kang tak leh nak start balik sementara aku pergi amikmotor Shah dan akan balik kerumah amik along balik.Ek Eleh,bila aku dah sampai rumah nak amik Along,mamat tu dah ada rupanya..kena refer ke KK Ampang dan BP dia mmg tinggi 130 dan bacaan gula 13.


Sebelum Zzzzzz,dan jugak aku ceramah sikit atau dalam erti kata lain,membebel.Cuba belajar sayang diri sendiri.Tolonglah jangan balik lewat2 malam sangat,Habis berniaga terus balik.Membebel seorang kakak kepada seorang adik bukan kerana benci tapi kerana sayang.Kalau tak sayang,aku buat dek jer.apa nak jadi sendiri tanggung.Tapi tu la..mak ayah dah tak de.apa pun nak buat fikir sikit.Terima kasih kat MakNyah,Ela dan Hisyam sebab tunggu kat Hospital.Kadang malu gak dah nak mintak tolong dengan dorang ni.Selalu bila dengar antara aku dan adik beradik masuk hospital,dorang ni la mula2 akan sampai dan setia menunggu.Jasa korang hanya Allah yang dapat membalas.Dan terima kasih buat bapak sedara dan akak sepupu aku yang kol bertanya keadaan.

tika menulis ni aku dalam keadaan yang amat mengantuk sebaba aku tak lena langsung tidur.Aku memang akan susah nak tidur bila jam dah melebihi pukul 10 tapi masih tak bawak tidur silap2 satu ,malam aku tak tidur...

Tuesday, 8 June 2010

TERLAKSANA SUDAH

Ahad,6 Jun 10
Perasaan puas dan seronok tak dapat aku gambarkan taktala majlis yang aku rancang sebulan sebelumnya berjalan lancar dan syukur alhamdulillah makanan yang di sediakan mencukupi dan tidak berlebihan.Kehadiran kawan2 yang sudah terpisah sejak 12 tahun lalu dapat di kumpulkan semula walaupun dalam kuantiti yang sikit tapi jelas terpancar di wajah masing-masing kegembiraan dan keceriaan sehinggakan ada antara mereka yang leka berborak2 sampai anak2 terabai seketika...Lucu aku baca sms dari Imah.. "La,mu tahu dok anak aku ngadu,mama ni kalau borak dengan kawan-kawan abis lupa anak-anak"... Aduhyai Ika,sian dia....hehehe

Seawal hari Jumaat aku dah menyibukkan diri "prepared" bahan-bahan mentah supaya tak kelam kabut.Bermula dengan penyedian rempah soto sehinggalah rempah ayam panggang. Tapi frust sikit la,rempah ayam panggang aku kali ni rasanya macam "kureng" jer.Resepinya tak macam resepi ayam panggang yang aku buat.Konon-kononnya cedok dari orang tapi tak bape jadi sgt..

Seawal jam 3,antara tetamu yang terawal tiba ialah Imah@ Siti Nur Azimah yang datang dari Jinjang.Imah berasal dari kelantan tapi setelah tamat di IKB dulu dia berkahwin dengan orang Kelantan juga lalu menetap di Kuala Lumpur sebab cek Abenya askar di Sungai Besi.Dan sahabat yang terawal tiba ialah PakJaya dan MakJaya tersayang.Meskipun ramai yang tak hadirkan diri di saat-saat akhir,namun kemeriahan tetap terasa.Aku sendiri cuma agak kurang sikit rasanya melayan kawan-kawan,sebabnya ayam yang aku panggang seawal jam 11.30 pagi masih di atas bara.Sebelumnya si Botak tolong bakar kan..Sikit rasa ralat rentung ayam aku dia jaga..Tak pandai nak kawal bara yang sesekali naik apinya..


Bila dah selesai aku siapkan hidangan ala bufet baru la aku ambil alih membakar ayam.Selain kawan2 aku semasa menuntut di IKB,aku menjemput juga jiran-jiran tetangga,Junior2 sekolah serta sepupu2 yang rapat.

Di satu sudut,duduklah mereka bercerita dan berbual sehingga terdengar sesekali gelak tawa mereka-mereka ini mengimbas kembali kenangan 12 tahun yang lalu.Suka,duka semuanya tak dapat di lupakan.Setahun je kami bersama(ada juga yang lajak 2 tahun sebab sambung di bengkel)tapi kemesraan kami seperti adik-beradik.Yang berpeluang duduk di asrama lagi terasa seronok.Buktinya aku pernah menumpang sehari tidur di asrama sebab lambat balik dan memang seronok dan riuh bila bersama semuanya.

Kami datang dari seluruh negeri di Malaysia kecuali Serawak.dari Perlis sehingga ke Labuan,Sabah kami berbumbung di bawah satu IKB.Facebook juga merupakan faktor utama kami dapat bertemu kembali.Teringat kata2 Syuhada,andai pencipta FB tu merupakan orang Islam,betapa besarnya pahala yang dia dapat sebab menghubungkan kembali jalinan silaturahim.


Akhir sekali aku harap 2nd ''ghatering'' insyaallah akan di jalankan lagi pada masa akan datang mendapat komitment lebih lagi dari semua x-student IKB.Buat semua terima kasih banyak kerana sudi meluangkan masa sama2 meraikan..terutama sepupu2 ku tersyg dan adik2 ku tercinta...love u all....


Zionis laknatullah.....






Thursday, 27 May 2010

Sambal Gesek


Tak tahu la dari mana dak Along dapat resepi ni.Tapi yang pasti,petang kelmarin sibuk kol aku kat kilang suruh beli cili api dan buat sambal ni.Amboi! dia yang teringin makan,kita pulak di suruhnya bikin...huhuhu

Memang senang dan cepat je buatnya...Gorengkan semua bahan2nya

kemudian

di tumbuk.Bila semua bahan2 tu di gorng terlebih dahulu,

semestinya dia dah separuh lembik.maka kerja2 menumbuk menjadi amat mudah.

Tak sampai 10 minit dah boleh di makan...



Bahan-bahannya:

1 biji bawang besar ( di potong 4)

4 ulas bawang putih

25 biji cili api kampung

segenggam ikan bilis

4 biji buah belimbing besi

( yang ni aku tambah,kebetulan ada dalam peti, kait kat rumah Mak Nyah ari tu)


Kesemua bahan2 tadi di goreng separuh masak, kecuali ikan bilis di goreng garing.Kemudian tapis kan semuanya agar minyak turun. Bila dah sedikit sejuk,kesemuanya tadi di tumbuk.

Enak di makan dengan nasi panas2...

Yang mana tak tahan pedas tu kurangkan lah cili api tu eik.

Aku ni hantu cili jangan di ikut...
Wala weh...!awat semua komen yang orang tinggalkan tak kelihatan eik?????
Masalah dunia ni

Thursday, 13 May 2010

Pulau

Aduhla!.....

gara2 kepala ku ditumbuhi bisul baru2 nie,

maka terbentuklah "pulau" yg merosakkan pemandangan di kepala ku...

huhuhu...


Masa dia mula membengkak,sakit kepala tak hengat punya.

Pulak tu time tidur malam dia menyerang.

Menarik2 macam nak putus urat kepala.Biasa dah kena bisul tapi kat belakang badan.

Tapi ni dia tukar port "lending" yg teratas pulak dah.

Dan lebih menyedihkan, abis semua rambut sekitarannya gugur dan membentuk bulatan sebesar duit 20sen...Tapi dia mungkin akan tumbuh balik macam arwah "kak Dik" kakak aku dulu...cuma makan masa sikit la kut...

Udah ler awak ni rambut nipis..botak pulak...

adeh!!!..tulunnnnnnnnnnnnnn......

Wednesday, 12 May 2010

Celoteh boring aku...layannnnnn


Salam semua,
(Buat mereka2 yang masih sudi membaca blog ku yg tak seberapa ini)

Ketandusan idea membuatkan aku sepi,sesepinya...Meski aku tidak merajinkan diri untuk menaip N3 terbaru atau memerah otak untuk bercerita lagi di blog ku ini,tapi menjengah ke blog2 yang sering menarik perhatian mata ku ini untuk membaca tak pernah aku lupa.Sejak dua menjak ni memang jarang mengomen tapi tetap menjengah..Blog2 anda semua memang menarik..

Blog Kak Rahmah dah di "private"kan. So,tak dapat dah aku membaca n3 dia yg sememangnya membuatkan aku tertelan air liur bila membacanya..hehehe..Ops!rupanya kak Rahmah ada tinggalkan masej dan di sebabkan aku dah lama tak sign in blog ku ini,maka aku terlepas pandang...Ok kak,nanti ila tinggalkan email ila k...Tq sesangat masih mengizinkan ila membaca di blog akak....memang menarik dan pasti tertarik...

Satu lagi blog yang pasti aku tertunggu2 cerita terbarunya yang sentiasa tidak kekeringan idea dan penyampaiannya yang begitu aku kagumi ialah blog kak Azieazah-aa.Memang best kalau baca blog dia.Kak Azie lah orang yang mengajar aku sedikit sebanyak ilmu berblog masa aku baru berjinak2 dalam dunia blog ni.Segala pertanyaan aku tak pernah dia tak jawab...Tq kak...Kita suka sangat kalau akak berjalan atau makan angin atau melakukan kerja2 luar dan pastinya segala pengalaman akak akan tercatat di sana...Memang best.Jarang kita komen bukan kita lupa tapi kkdg pc kita sengal...dan kadang tu kata dalam hati tak yah la komen dah,sebab dah ramai komen hehehe...

Kdg2 aku juga suka layan blog2 masakan...best siut.Tapi nak mencuba tu tak de lah sgt..Saje suka tengok menu2 masakan dorang.Niat di hati nak amik kursus buat kuih2 tradisonal.Untung2 leh wat niaga..masyukkkkk oooooo..(angan2 Jenin)Ye la kan,company aku ni pun tak lama mane lagi leh bertahan,skrg ni pun dok tanya2 kawan kut2 ada lubang baru...Nasib la badan.


Buat Sarah(anak sedara aku yang jauh di Mesir)

Meski pangkat anak sedara,tapi kebanyakan mereka ni panggil aku dengan panggilan kak Zila.Pasal ape aku tak tahu..Ikut kan pangkat Che Ngah.Ape2 la janji ada nama huhuhu.. baru ni Sarah tag aku,tapi soalannya dan permintaannya dalam tag tu aku tak leh nak jawab sebabnya,aku ni pergi kemana saje baik ketempat kerja atau berjalan aku tak pakai "hand beg".
Cukup sempoi dan aku memang tak suka nak berhand beg bagai...cukup merimaskan.Aku bawak dompet dan hp dah cukup.Kalau seluar berpoket aku masuk je dalam poket,abis citer...hahaha


Minggu lalu 2 orang yang berhampiran rumah aku meninggal dunia.Zabir dan juga Mek Nab...
Zabir masih muda belia dan mengidap lukiemia manakala Mek Nab mengalami masalah buah pinggang dan kencing manis.Semoga roh keduanya dirahmati Ilahi.....


Setelah sekian lama menggunakan nama samaran di Facebook,aku tergerak nak tukar kepada nama sebenar aku.Alhamdulillah segalanya turut berubah pabila aku bertukar pada nama penuh ,ramai kawan2 dari Pusat kemahiran dulu bertalu2 datang menyapa...Ecxited sesangat..seronok sampai senyum sorang2 kat depan PC.memori setahun di sana cukup meninggalkan satu kenangan yang teramat manis.Setahun je kami bersama,tetapi perhubungan kami terlalu mesra.Di sana lah baru aku mengenali erti persahabatan.Masih aku teringat,sikap aku yang merendah diri dan mengganggap kekurangan diri telah di tegur oleh beberapa orang pelatih "lelaki" supaya merubah persepsi diri sendiri.Ya..memang aku akui,sewaktu zaman persekolahan,aku memang tak rapat langsung dgn pelajar lelaki.Aku malu dan sedar kekurangan diri aku..Tapi bila di IKB aku terbawa2 perasaan sebegitu,ada yang dgn ikhlasnya menegur dan mengharapkan agar aku berubah.


Terima kasih kat korang sbb korang memang best dan tak pilih untuk berkawan.Cuma,aku je yang susah nak mesra dengan orang dan perangai aku susah nak serasi dgn orang.Kalau aku tak berkenan dgn seseorang,sorry aku rela tarik diri...aku lebih selesa dengan diri aku.So,ghatring yang bakal tiba ,aku harap korang semua dapat bg komitment.Aku faham,kalau yang mana tak dapat dtg sbb masing2 dah bekeluarga.Excited giler wey nak jumpa korang semua...Pasti riuh..
Aku jemput juga beberapa kenalan yg bukan dari IKB dan sesape nak dtg dan meramaikan lagi di persilakan...Aku seronok kalau orang ramai datang rumah,sebab lepas ayah aku pergi aku rasa sunyi sepi je rumah aku tu.Dah tak dak orang sudi bertandang...


KAK RAHMAH: Mai la rumah ila yer.....

Friday, 23 April 2010

KESILAPAN TEKNIK YANG TAK PERASAN

SO SORRY PASAL N3 #COMMENT TUH SEBENARNYA KITA NAK KOMEN KAT N3 AKAK RAHMAH www.akak-akak.blogspot.com. Tp entah cam ner plak boleh ke new post kita plak...Pc sengal ke Kita yang sengal hehehe...so yang dah terkomen tu mintak maap ler yer...pa pe pun terima kasih banyak le sudi jengah...Kalau perancangan kita jd nanti kita masukkan citernya di sini....Ok la pagi ni tak sempat nak jengah ke blog kekawan dan akak2 semua.Nanti petang kalau kita dah siap packing barang kita jengah k....Salam semua....Love u all

Tuesday, 20 April 2010

SAJE NAK CERITA

Petang semalam, semasa pulang dari kerja aku ke Spectrum Shoping Mall yang terletak di Bandar Baru Ampang untuk ke pejabat pos di tingkat 2.Masa dalam bas,aku duduk dekat dengan pintu belakang.Sampai kat bas stop depan sikit dari tempat aku naik,ada seorang "awang hitam" (mat Negro) naik dan duduk menghala ke belakang.Sangka aku dia tak de lah duduk belakang aku betul2.Dalam beberapa minit tu,aku rasa macam ada orang jer merapatkan kepala dia ke arah aku yang duduk di sebelah depan.Tak sedap hati aku pun toleh ke belakag,rupanya "awang" tuh yang duduk betul2 belakang aku.Pelik jugak dan memang dah semacam jer aku rasa saat tuh.Mulanya aku nak pindah dqh duduk di depan.Tapi argh biarlah mungkin perasaan aku jer kut..

Bila sampai di Bandar Baru Ampang,rupanya "En.Awang ni pun turun sama dengan aku...Aku jadi takut sebab dia cuba jalan beriringan dengan aku dan mula menegur..

"Hye Miss...How are you..." ulang2 dia tanya tapi aku buat2 pekak dan buat bodoh terus melangkah laju...hahaha rupanya awang tuh masih di belakang aku.Sengaja aku berhenti seketika dan biarkan dia jalan di depan...Sengal tul...Aku ni badan je besar tapi bila orang yang tak di kenali tegur2 ni aku jadi seram sejuk.Apa lagi la bila yang menegur tu "En.Awang" huhuhu....Teringat aku kisah 14 tahun yang lalu..Kejadian yang seakan sama berlaku atas diri aku.Masa tu lokasinya di jalan Silang,Kuala Lumpur.


Waktu jam lebih kurang pukul 7 malam.Aku dari hospital Kuala Lumpur menemani Pok da aku dari Paka datang ziarah arwah akak aku yang masa tu menginap di sana.Masa melawat habis aku meghantar Pok da aku ke Pudu raya.Tapi tak sampai la ke Pudu just di Metro Jaya pas tu aku tunjuk je Jalan ke arah sana,cz aku ke arah lain untuk balik ke Ampang.Apa yang terjadi selepas aku bersalam dengan Pok da aku dan menuju ke hadapan banguhnan Lin Ho,aku di datangi seorang lelaki yang tak aku kenali mengaku mengenali aku.Yang aku heran dia tahu aku baru balik dari hospital dan nak balik ke Ampang...Dia kata dia kenal aku.Tapi aku heran dan puas aku fikir tapi memang langsung aku tak ingat or mungkin aku yang tak perasan or memang aku betul2 tak kenal mamat ni.Tapi aku layan je la apa yang di tanya.Sampai di bas stand mamat tu still ekori aku.Oh mungkin dia pun nak balik Ampang jugak kut.Bila kat bus stand tu aku tunggu bas yang belum muncul kan diri di hadapan sebuah restoran mamak.Macam2 dia tanya aku masa tu muda remaja lagi tak de la nak fikir yang bukan2 so apa dia tanya aku jawab,sampai la satu saat dia dah menyimpang aku jadi takut.



Pada duk baik2 bertanya tuh boleh dia ajak aku pi tengok wayang...oiiii! gila dah orang ni kata aku...Masa Tu filem Anaconda tengah hangat di pasaran.Aku jadi tak keruan dan terus aku blah masuk duduk dalam restoran mamak dan tunggu dia blah...Dalam beberapa minit bila dia tengok aku dah macam marah dia pun blah.Aku jadi takut sangat bila bas sampai aku terus naik.Malam tu sampai kat rumah aku cerita kat arwah bapak,bapak kata bagus la kau ada perasaan takut gitu dan bijak ambik tindakan masuk kat restoran.Beberapa hari jugak lah aku jadi takut bila balik waktu malam.Masa tu aku kerap ulang alik ke Hospital sebab arwah akak kerap masuk ward....
Now! aku dah besar dah pandai fikir.kalau ada orang yang aku tak kenali tegur aku memang aku terus blah jer...


Semalan intai2 kat sana,aku berkenan betul handbag made in Thailand dan skirt labuh kaler putih...Cukup bulan ni harus ke sana...hehehe

Monday, 19 April 2010

MASAKAN IBU

Ari tuh aku terbaca tajuk ni dalam wall Dj Julia di FB beliau...
Tertarik jugak nak berkongsi tetapi aku dah tertinggal kapal so malas nak komen..
Apa lagi dapat lah idea untuk aku mencoret nya dalam blog aku ni...
Tq Ju bagi ilham untuk N3 terbaru hehehe
Bagi yang masih ada mak,
wow!
memang best kan.Masih dapat menikmati kelazatan dan kenikmatan makanan dari air tangan mak kita.Aku rasa semua orang akan kata bahawa makanan dari air tangan seorang emak merupakan makanan yang paling mahal dan nikmat.
Aku cuma sempat 11 tahun bersama emak dalam menjalani kehidupan seorang anak dan merasai segala yang di sediakan.
Terus terang aku kata,
Aku memang dah tak berapa ingat apa jenis lauk yang selalu emak sediakan.
Tapi
ada dua jenis masakan emak aku yang masih aku terasa nikmatnya dan salah satu darinya aku semmpat belajar dari arwah akak aku yang tengah yang di warisi dari arwah emak.
Mee Hailam!!!!
Mee hailam emak memang aku 100%
aku kata sedap.
Tak perlu tepung jagung pun emak buat untuk pekat kan kuah.
Air rebusan daging mengenakkan lagi hirupan kuahnya.
Memang aku tak pernah lagi jumpa mee hailam yang serupa dgn mak aku buat.
Rasanya memang jauh berbeza...
dan ada kalanya rasanya tak ubah seperti mee berkuah kicap.
sebab tu aku jarang sgt2
"order"
jika sesekali berkesempatan makan di gerai2 sbb tak pernah memenuhi rasa tekak ku...
Kalau sesakali teringin sangat
aku lebih gemar masak sendiri....
Pernah satu ketika dulu masa arwah mak long dan beberapa orang sedara sebelah ayah aku bertandang ke rumah,
menu yang emak aku sediakan untuk menjamu mereka ialah mee hailam.
Tapi yang kelakarnya,
adik aku si Botak,
yang over giler2 makan mee hailam mak sampai berpinggan-pinggan...
Sedap sangat ler tuh..
Yer!
Memang sedap.....hehehe
jangan marah eik kalau aku ter"Over" memuji keenakan masakan arwah emakku....
Satu lagi,
arwah bapak kata,
daging kicap emak pun sgt2 sedap.
Sehingga pernah satu ketika masa aku dok borak2 dgn arwah ayah,
bercerita perkara2 lama,
mengimbas kenangan lama2...
Arwah ayah kata daging kicap emak paling sedap di dunia...
hehehe
Pujian ikhlas dari seorang suami.
Kata arwah ayah lagi,
aku kalau balik kerja emak ko tgh masak,kat pagar lagi aku dah terbau daging kicap dia.
Amboi sampai gitu sekali.
Dan arwah ayah pernah kata,
kalau daging kicap,
emak ko paling terrer,
arwah makcik ko asam tumis dia paling sedap dan arwah mak long aku tak berapa ingat la pulak.
Ape pun,
masakan emak mmg sedap sgt..
Harus di puji...
Menerima perkhabaran berita Kematian Achik Spin amat mengejutkan,sebab sebelum tu baru lepas tgk iklan
"Jangan Tidur Lagi" yang akan di siarkan Rabu ini di mana Achik dan Nana antara tetamu jemputannya.Sungguh trajis apa yang menimpanya..
Semoga rohnya di cucuri rahmat...
Al - Fatihah.....
Insyaallah kalau tak de aral melintang,akan memenuhi jemputan sambutan hari lahir seorang anak dj Radio KLfm ahad ini...

Thursday, 8 April 2010

''KONTEST PANDANGLAH LIHATLAH"


"Puteri Mama Sarah Sedang Memandang Layang-layang di Pantai Kemasik Kemaman,Terengganu".
saje2 suka first time join contest dlm blog ni..

Anythings

Aduhla!...
bersawang blog aku nie...
Sebenarnya banyak benda nak kongsi,
tapi
tak tau lagu mana nak mula.
Pemergian Along aku ke Tanah suci
bagi menunaikan Umrah sudah sampai ke penghujungnya.
Ikut jadual awal,
malam esok sampai la ke Malaysia.
Ya Allah!...
Ketiadaan dia aku terasa sangat.
Malam pertama tak dak dia aku steady lagi
masuk hari ke 3,
aku menangis waktu malam nak tidur.
Rasa rindu sangat kat dia.
Adik- beradik tak ramai,
bila sorang tak de kehilangan tu terasa sangat.
Ye lah kalau malam2 dia ada,
kita orang selalu gaduh2 manja berebut bantal tidur,
pot pet pot pet sampai terlena....
Esok Pukul 11.30 malam
ke KLIA jemput Along...
Lauk yang Along belikan B4 pergi...
Ngam2 abis....hehehe
Aku juga nak selitkan sikit mengenai tandas2 yang kini terlalu CANGGIH....
Bior orang nak kata aku ni KUNO,
ke KAMPUNGAN,
tak ikut keMODENAN....
TAPI
bagi aku,aku tak suka ar dan menyampah dengan tandas2 canggih sekarang ni yang banyak terdapat di Hotel2
Pusat membeli belah yang besar2 tuh
dan dengar cerita dalam flight pun gitu juga.
Kenapa eik?
Sebabnya aku rasa meskipun ianya di cipta (kata orang)
supaya tak membazir dari segi penggunaan air,
tapi
bagi aku ianya memang teramat JIMAT,
TETAPI
amat menjijikan dan kotor ar.
Pulak tu menyusahkan pengguna.
Bayangkan lah atas tab2 tandas tu terpercik air kecil kita...
eiiiiii....
sedangkan tandas yang berpaip dan bergetah pun kekadang HANCING
ni kan pulak tandas yang mengeluarkan air sebesar kencing budak....
Tension
betul la...
aku yang badan besar ni memang tak selesa..
Macam tak bersih jer..
Jenis orang yang tahan
boleh la tahan...
Pernah sekali aku Ke KLCC
hampir semua tioletnya begitu,
aku rela amik train ke Ampang Park
untuk menggunakan tandas di sana.
Lepas tu blah la balik tak payah jalan dah...
Teknologi
teknologi jugak
Dari segi kebersihan dan kesuciaan kena gak amik kira...
Ini pendapat aku jer k...
Tapi kenyataannya
MEMANG
aku tak suka jenis macam ni....
TOLONGLAH......................