Tuesday 8 June 2010

TERLAKSANA SUDAH

Ahad,6 Jun 10
Perasaan puas dan seronok tak dapat aku gambarkan taktala majlis yang aku rancang sebulan sebelumnya berjalan lancar dan syukur alhamdulillah makanan yang di sediakan mencukupi dan tidak berlebihan.Kehadiran kawan2 yang sudah terpisah sejak 12 tahun lalu dapat di kumpulkan semula walaupun dalam kuantiti yang sikit tapi jelas terpancar di wajah masing-masing kegembiraan dan keceriaan sehinggakan ada antara mereka yang leka berborak2 sampai anak2 terabai seketika...Lucu aku baca sms dari Imah.. "La,mu tahu dok anak aku ngadu,mama ni kalau borak dengan kawan-kawan abis lupa anak-anak"... Aduhyai Ika,sian dia....hehehe

Seawal hari Jumaat aku dah menyibukkan diri "prepared" bahan-bahan mentah supaya tak kelam kabut.Bermula dengan penyedian rempah soto sehinggalah rempah ayam panggang. Tapi frust sikit la,rempah ayam panggang aku kali ni rasanya macam "kureng" jer.Resepinya tak macam resepi ayam panggang yang aku buat.Konon-kononnya cedok dari orang tapi tak bape jadi sgt..

Seawal jam 3,antara tetamu yang terawal tiba ialah Imah@ Siti Nur Azimah yang datang dari Jinjang.Imah berasal dari kelantan tapi setelah tamat di IKB dulu dia berkahwin dengan orang Kelantan juga lalu menetap di Kuala Lumpur sebab cek Abenya askar di Sungai Besi.Dan sahabat yang terawal tiba ialah PakJaya dan MakJaya tersayang.Meskipun ramai yang tak hadirkan diri di saat-saat akhir,namun kemeriahan tetap terasa.Aku sendiri cuma agak kurang sikit rasanya melayan kawan-kawan,sebabnya ayam yang aku panggang seawal jam 11.30 pagi masih di atas bara.Sebelumnya si Botak tolong bakar kan..Sikit rasa ralat rentung ayam aku dia jaga..Tak pandai nak kawal bara yang sesekali naik apinya..


Bila dah selesai aku siapkan hidangan ala bufet baru la aku ambil alih membakar ayam.Selain kawan2 aku semasa menuntut di IKB,aku menjemput juga jiran-jiran tetangga,Junior2 sekolah serta sepupu2 yang rapat.

Di satu sudut,duduklah mereka bercerita dan berbual sehingga terdengar sesekali gelak tawa mereka-mereka ini mengimbas kembali kenangan 12 tahun yang lalu.Suka,duka semuanya tak dapat di lupakan.Setahun je kami bersama(ada juga yang lajak 2 tahun sebab sambung di bengkel)tapi kemesraan kami seperti adik-beradik.Yang berpeluang duduk di asrama lagi terasa seronok.Buktinya aku pernah menumpang sehari tidur di asrama sebab lambat balik dan memang seronok dan riuh bila bersama semuanya.

Kami datang dari seluruh negeri di Malaysia kecuali Serawak.dari Perlis sehingga ke Labuan,Sabah kami berbumbung di bawah satu IKB.Facebook juga merupakan faktor utama kami dapat bertemu kembali.Teringat kata2 Syuhada,andai pencipta FB tu merupakan orang Islam,betapa besarnya pahala yang dia dapat sebab menghubungkan kembali jalinan silaturahim.


Akhir sekali aku harap 2nd ''ghatering'' insyaallah akan di jalankan lagi pada masa akan datang mendapat komitment lebih lagi dari semua x-student IKB.Buat semua terima kasih banyak kerana sudi meluangkan masa sama2 meraikan..terutama sepupu2 ku tersyg dan adik2 ku tercinta...love u all....


Zionis laknatullah.....






No comments: