Thursday, 23 April 2009

ALASAN YANG PANAS

Bengang..bengang,

Tak tahu aku nak kata macam mana lagi...Tak logik juga atas alasan yang di beri...Al-kisahnya, setiap pagi ke tempat kerja aku akan menaiki 2 buah bas Rapid Kl iaitu T323(Stesen Lrt Cempaka ke Bandar Baru Ampang) dan T332 (Ampang Point ke Lembah Jaya Utara -Selatan).Ini kerana aku dah masak sangat dengan waktu perjalanan pergi dan balik bas ni dan cuma RM1 untuk sehari,jadinya jimatkan...

Kalau waktu pagi aku akan menaiki bas T323 dari tempat tinggal aku lebih kurang jam 750pg dan paling lewat jam 805pagi.Jangan lah pi tunggu bas ni lebih waktu itu maknanya aku akan terlepas trip 730 pagi bas yang dari Lrt Cempaka.Tapi apa yang nak aku ceritakan di sini dan saat aku menaip N3 ini hati aku masih "panas".Sesuka hati driver perempuan berbangsa India,menukar laluan yang biasa di lalui ke laluan dalam.Ergh.!! Bukan hari ni dia melakukan perkara sebegini,tapi dari semalam lagi dia buat hal.Aku ni memang dah lama perhatikan dia.Dan selalu sgt dah dia bertekak dengan penumpang yang menaiki bas dia.Nak dikatakan hampir setiap hari yang menaiki bas T ni adalah penumpang yang sama.Dan masing-masing dah saling mengenali.Seronoknya naik bas ni selain dari tambangnya yang menjimatkan,aku tak payah nak bersesak dan berdiri kalau menaikinya.Biasanya kalau dari tempat aku tu,aku seorang je la dari situ yang menaiki T323.Dan lebih kurang 5 ke 6 orang sahaja dari atas.So,memang dah konpem tak sesak n relaks jer bila naik bas ni.

Masalahnya,memang dah di ketahui sepanjang jalan dari Taman Kosas menuju ke Kuala Lumpur melalui Hadapan Ampang Waterfront memang agak bnyak sedikit kenderaan yang melalui kawasan itu sekitar jam 8 pagi.Tetapi walaupun kenderaan banyak tak adalah sampai jem melekat(kecuali hari hujan) aku ulang balik eik kecuali hari hujan itu aku akui memang akan melekat.Kekadang sampai 10 minit ke 15 minit nak melepasi jalan itu.Tapi,tapi lagi..laluan bas T323 ni nak melepasi jalan besar Hadapan Ampang Waterfront itu bukan lah jauh mane lebih kurang 500 meter jer.pas tu dia akan membelok masuk ke dalam.dan kembali ke Stesen Cempaka.So kalau sesak pun tak makan masa sangat.Tapi,KENAPA?kenapa Pemandu India Wanita ni buat alasan tak nak tempuhi jalan itu.??????Sedangkan jalan itu merupakan jalan yang sepatutnya dia lalui.Dah sememangnya dia dah di beri tanggungjawab itu.Lainlah kalau jalan itu memang dah diarahkan tutup atau bermasalah.

Semalam dia tak lalu lauan yang sepatutnya,hari ni juga begitu.Tapi berbeza dari semalam kesabaran aku dah tahap membara.Dan yang buat aku panas hati boleh dia jawab dia tak nak melekat kat sana setengah jam dan dia masih ada trip pukul 9.Hello saudari,aku bukan naik bas ni sehari dua..dah berbulan aku naik kecuali bulan 3 ari tu sebab aku jalan kaki.Mana ada jalan jem,kalau hujan lain la.Bengangnya aku saat itu,dia boleh cakap.."kalau u mau turun,u turun sini,tak mau u punya pasal"..

Erghhh...aku jawab balik,"pasal ape orang lain boleh tempuh jalan itu,kenapa u tak boleh..kalau hujan boleh la u nak kata jem"...

"Lain orang dia punya pasal,saya bawak saya punya hal,saya jam 9 lagi mau kejar trip"...

B***h punya Driver..jam masa tu baru pukul 8.05pagi.Nak menghala balik ke Stesen Lrt Cempaka tu tak samapi 15 minit pun..Dan bagi aku itu bukan alasan.Itu dah tanggungjawab kau sebagi pekerja.Nak cakap soal amanah pun tak guna gak..Nama pun bangsa India kan.Mana nak tahu soal amanah ni.Ceh..membara aku dengan ah Moi yang biasa dengan aku.Mana taknya,kalau dia lalui jalan biasa tu ah moi tu cuma terus duduk kat perhentian bas tu dan tunggu pula bas ke Ampang Point.Ah MOi ni keje kat pejabat Peguam kat Ampng Point,manakala aku hanya perlu melintas ke seberang untuk menaiki bas T332 menuju ke Bukit Belacan,dah tu kalau dia setiap hari turunkan kami kat situ tak ke payah,terpaksa jalan kaki ke belakang sana.Bukan soal aku tak mampu nak jalan jauh,tapi soal sepatutnya yang aku persoalkan.Kau dibayar gaji dan tentunya gaji kau dari potongan tiket yang aku dan penumpang lain naiki,dan sepatutnya kami memerlukan perkhidmatan yang bagus bukan hampeh macam ni.Masalah driver India perempuan ni je yang jadi hal,yang lain ok jer..ada seorang brader tu peramah lagi siap melawak kalau naik bas dia.Aku memang anti dgn dia ni,2 minggu lepas dia potong lori so aku kat bas stand dia tak nampak sudahnya terlepas aku kena tunggu trip setengah jam lagi..Itu kalau kena nasib baik..setengah jam..kena Satu je bas(kekadang) sejam pun ade.Ergggggggghhhhhhhhh...

Masa bertekak dengan dia dalam bas tadi aku ada cakap aku akan buat aduan ke pentadbiran Rapid KL.Sebab aku dah tak tahan dengan sikap biadabnya yang menjawab walaupun dah terang-terangan bersalah.Dan dengan perasaan yang tidak bersalah dengan selamba BADAK nya dia menjawab.."buatlah kalau u nak buat"..Wah! sendiri sudah salah,lagi mau jawab ka....Panas..............Setibanya aku di Kilang pagi ini,aku pun mendail no "Hotline" Rapid Kl dan syabas layanan wanita yang menyambut panggilan aku pagi ini amat bagus sekali.Dan melaui tindak balas dari situ,wanita itu pun menyebelahi aku,dan ucapkan terima kasih kerana membuat aduan yang sepatutnya.Habis semua maklumat wanita itu mintak dari aku.No bas,dan no pemandu serta waktu kejadian.Silap aku,tak snap gambar masa dia turunkan semua penumpang di tempat yang salah.Dah la laluan salah..lak tu bukan Bas stand..erghhhhhhhh...
Aku bukan sesuka hati nak mengadu hal2 awam ni macam sesetengah org yang sikit2 nak mengadu,sikit2 nak mengadu..tapi aku tak tahan sabar tadi dia boleh jawab,"kalau u nak turun sini,u turun sini,tak mau u punya pasal..."kan ke ******* ah mula aku ni...Pas ni kalau dia masih ada jgn harap aku nak naik dah,Rela aku naik bas Metro.sesak pun sesak la.asal aku tak pandang muka dia..Dasar pemalas...Aduan aku mungkin ambil masa sedikit kerana mereka akan antar pegawai yang tak di kenali untuk menyamar sebagai penumpang..Harapnya masa penyamaran itu,perempuan India tu buat hal......huhhhhhhhhhh........Lagi bertambah meluat aku dengan kaum ***** yang sememangnya aku benci.

Monday, 20 April 2009

Sofia Adreana

Tak de mood nak mencoret...sekadar nak interframe kan gambar si Sofea dengan gaya "duduk lipat katak" sejibik mcm ibu dia masa budak-budak dulu...

Wednesday, 15 April 2009

Dan Akhirnya.....


Akhirnya setelah 10 tahun aku peram baju T-shirt aku ni dalam almari,tetiba pagi ni tergerak hati nak cuba sarung..Fuh..apa yang memeranjatkan aku,baju yang aku tempah khas bersama 14 pelatih JPW2 pada tahun 1998 dulu dah boleh di sarungkan ke tubuh. Rupa-rupanya dulu aku lebih gemuk eik.Ye lah,masa dapat baju ni dulu memang tak boleh sarung langsung.Padatnya macam di sarung buah nangka.Masa tu punya la sedih sebab hari terakhir di Institut kemahiran Baitulmal seisi 98 bebudak kelas aku (JPW2)semua pakat pakai baju ni,aku sorang jer tak sanggup nak pakai sebab terlalu ketat.Dan akhirnya..tak sia-sia aku simpan...
Teringat pulak aku dekat kekawan semua.Walaupun setahun je berada di IKB,tetapi banyak kenangan manis tercipta di sana.Ikb menghimpunkan pelatih-pelatih yang datangnya dari seluruh Malaysia kecuali Sarawak.Sabah pun ada tapi bagi mereka yang bermastautin di Wilayah persekutuan Labuan aje bernasib baik akan di pilih untuk belajar kemahiran di sini.Pada mulanya aku memilih untuk belajar dalam bidang masakan,namun aku hanya di pilih dalam bidang kemahiran Jahitan Pakaian Wanita Tahap 1.Layan je la walaupun kurang minat sangat.Di sini kami di beri latihan menjahit beberapa jenis pakaian antaranya blaus,baju kurung pesak,baju kurung moden,baju kebaya,seluar dan skirt potongan "A".Dan last projek yang ramai pelatih teruja ialah "baju Pengantin".Projek baju pengantin ni ikut kumpulan.Dalam kelas aku ada 14 pelatih dibahagi kepada 3 kumpulan.Kumpulan aku masa tu memilih fesyen baju potongan dada lurus ke kaki bertali halus dan di luarnya kebaya jarang singkat warna ungu.
Rindu..rindu kat kekawan.. kak Syikin dan Che Normazidah dari Terengganu, Eifa, Yana, ieta,dan Imah dari Kelantan,manakala kak Abot,Kak Mimie dan kak Sapiah dari W.Persekutuan Labuan, Ros dan Kak Yati dari Negeri Sembilan,aku, kak Mas dan KakZ masing-masing dari Ampang,Selayang dan Cheras Baru,Iera dan Alyn dari Johor.Manakala Kak Zah dari Perlis dan Kak Ju dari Pahang.Senarai nama tu pada awal tahun kami belajar je.Pas tu sorang-sorang keluar dari Institut dengan pelbagai alasan dan sebab.Antara yang tak sempat menghabiskan latihan di Ikb ialah Kak Sapiah,Kak Mimie(balik cuti terus tak balik KL) Yana (sakit) dan kak Ju (sambung belajar kat Al-Azhar,Mesir.)Kak Ju paling rapat dengan aku.Aku pun pernah ikut dia balik Kota gelanggi selama 6 hari.Seronok pertama kali menjejakkan kaki ke perkampungan Felda.Dan kak Ju pun selalu juga tidur kat rumah kalau penghuni asrama di beri cuti.
Ops!...terlupa seorang lagi pelatih JPW 2...si Ieyna berasal dari Rantau Panjang,Klang...Ieyna dan Iera merupakan pelatih JPW2 yang berkahwin sesama Pelatih... Iera dengan Shah JPL1 manakala Ieyna dengan Syam (budak Pendawaian Elektrik)

Friday, 10 April 2009

APA KE HAL NYA.....


Setiap petang bila balik dari kerja perkara pertama selepas melangkah masuk dari pagar rumah ialah aku akan tengok peti surat.Aku ni jarang terima surat sesangat tetapi semalm tetiba lak ada surat tertera nama aku.pada fikiran aku mulanya ku sangka kan kad jemputan kahwin ke,sebab selalunya gitu lah..rupanya terkandung pamplet mengenai "Nombor Ramalan".Apa ke halnya..Yang aku pelik bin ajaibnya macam mana boleh dia dapat kan nama penuh dan alamat aku????PELIK

Friday, 3 April 2009

BOTAK.....OH TIDAK!!!

Potong pendek atau botakkan terus!!!Botak??? arghhhh tidak....Tapi kawan-kawan aku ada yang suruh botak kan aje kepala aku ni..hui...tak baik la org perempuan botakkan kepala..Tapi tahap keguguran rambut aku kini di tahap kritikal..percaya atau tidak sekali di sikat hasil yang melekat di sikat aku hampir segenggam..dan rambut-rambut tersebut masih ku simpan.Memang banyak sungguh...kalau di cantum balik lebat balik la kut rambut aku...sedihla tengok rambut aku sekarang ni.Kalau zaman persekolahan dulu,rambut aku terlalu lebat dan kembang kalau tak di ikat..tp sekarang entah la mungkin kerana makan ubat atau faktor makanan.tapi sejak emak tiri aku keluar rumah 5tahun lepas,aku atau along kalau masak memang tak bubuh langsung "pak Aji" tuh,malahan memang tak simpan stok langsung di rumah.Makan Maggi memang aku jarang sangat...sebulan sekali pun jarang..Atau mungkin dah memang baka jenis tak de rambut macam arwah mak,arwah akak arwah bapak dan adik aku...kut hahaha dan seingat aku hanya along yang memiliki rambut yang agak lebat sedikit... Rambut aku ni agak panjang juga tu yang fikir 15 kali nak potong pendek apa tah lagi nak di botakkan..bukan senang nak panjang rambut aku ni sebab jenis kerinting...Tolonggggggggg

Monday, 30 March 2009

SEMOGA SUCCES


Pada dok berangan-angan maka tercapai juga matlamat dua orang sahabat dari dua benua dan berbeza bangsa tapi satu persamaan (botak)membuka gerai keropok lekor panas.Gerai keropok ni sebenarnya atas saranan abg Jaz(menantu) Tokey kedai makan "Bonda cafe" tempat aku dan Botak lepak di awal-awal gaji.Kalau nak cuba western food kat sini lah tempat aku lepak.Nak pi jauh-jauh..sendiri mau ingat la.Kalau tak berkenderaan sendiri jangan dok berangan nak gi tempat jauh2.Istemewanya keropok lekor adik aku n the gang ni,keropok lekor ni hanya di goreng selepas di ''order",ni bermakna di hidangkan panas-panas kepada para pelanggan yang bertandang di "Bonda cafe".Aku? bila lagi eik????tunggu..........

Monday, 23 March 2009

Angan-angan Mat Jenin

Di Sebabkan kebosanan tahap Gaban,maka aku menghabiskan waktu sebelah pagi aku dengan mengemas ruang tamu serta halaman rumah yang dah di penuhi sawang.Kemana menghilang entah penyapu sawang puas aku pusing keliling rumah tak ku temui.Maka, aku pun memulakan langkah dengan memanjat kerusi sedikit demi sedikit...pergh..letih jugak nak menghabiskan keliling ruang tamu.Tu baru rumah sekangkang kera..kalau besar gabak mau pancit hahaha.Sesekali kalau mengemas gini lah.Pesen aku,aku tak suka kalau mengemas ada orang di rumah..rimas..aku suka kalau time sorang2 baru ada feel nak mengemas.Dalam berapa jam aku mengemas,membuang sawang dan mengemop apa yang patut sedar-sedar dah nak masuk tengahari.Ingat nak buat roti jala..sudahnya jala tah ke mana aku layan hindustan dan akhirnya hidustan tengok aku hahaha...Sampaikan seorang sahabat (Bunga) yang ku kenali dari chat box Julia dan kadang-kadang kami berchating di YM nak datang ke rumah aku akhirnya tak jadi.Masa si Bunga ni sms dan call aku rupanya aku dah pun berada di London dan aku tak sedar langsung kerana hp aku di mood "silent".Bila nak reply balik aku heran awat la tak lepas-lepas rupanya kredit dah tinggal 6sen..hampeh..aku pun amik tudung tukar dari pakai kain batik ke seluar melangkah kedai nak pi me"nopup" la kononnya..Hampeh!..dah la panas dua-dua kedai tutup.Mujurla ada public maka aku pun menelefon la cik Bunga memberitahu hal sebenarnya.Ye lah mana lah tahu karang di fikir apa pulak nanti..Tapi tu la dah nama pun bukan rezeki kita Bunga terpaksa balik juga sebab dia nak pergi menolong kakak dia pindah rumah..Tak pe lah Bunga lain waktu Insyaallah kita jumpa la ye.

Gerai Si Botak(adik aku) dah siap di cat,di tambah roda dan dah tapak payung pun dah tersedia.Bila ditanya kau nak menjual apa..jawapannya "Biarlah Rahsia" ek eleh...Bila aku tengok dia nak berniaga balik terus terlintas di fikiran aku untuk berniaga jajan balik depan rumah..Rasanya macam bersemangat la pulak.Nak-nak sekarang ni pergi balik kerja jalan kaki paling kurang pukul 6 dah ada rumah(tu pun kalau aku tak melepak dulu kat kedai Mek) berbanding kalau naik bas dekat-dekat maghrib baru sampai..so petang antara pukul 6 ke maghrib tu budak-budak pun ramai main kat depan masuk jugakla kut..Lagi pun budak-budak kalau nampak aku mesti bertanya jer,"kak Zila,nape tak bukak kedai lagi'...balik-balik itu lah di persoalkan..tengoklah kalau semngat aku tak luntur aku ingat nak mulakan dalam awal bulan April ni.Mulakan dengan modal RM100 dulu pun dah ok kut..Esok-esok boleh jual ABC pulak ke..ceh angan-angan Mat Jenin je kut hahahaha

Wednesday, 25 February 2009

FAQIHAH DAMIA






TAKDE APE NAK DI CERITAKAN JUST NAK INTERFRAME KAN WAJAH COMEL ANAK SEPUPU KU DAMIA..USIA SI COMEL NI MASA NI BARU 33 HARI..
PIC SI COMEL NI AKU CURIK DARI BLOG IBU DIA..JGN MARAH MOKSU JGN SAMAN KITA LAK EIK...HAHAHA.
PUTERI KE 3 MOKSU ANAK KE LIMA.

Wednesday, 28 January 2009

SETELAH SEKIAN LAMA

Sekian lama aku tak menjejakkan kaki ke Hutan Rimba Bukit Belacan maka hari Ahad hari tuh aku bersama Shah dan Ela bertiga membonceng motorsikal menuju ke Bukit belacan.Dalam hati mesti dah cantik dan bersih sebab sekarang masuk dah di kenakan bayaran RM1 bagi se kepala.Sejak di ambil alih oleh Tourism Selangor ni,motorsikal pun tak di benarkan masuk pulak tu parking pun kena bayar juga..huhuhu.Setibanya kami di sana,maka bermula la pendakian kami ke tempat yang paling atas..huhuh rasa nak tercabut kaki ni.Tapi sepanjang berjalan menuju ke puncak pada penglihatan aku Bukit Belacan tetap seperti dulu..tiada perubahan..bahkan tak cantik langsung cuma kalau ade perubahan pun sekadar tandas awam je di sediakan.Hampeh..Maafla,sepatutnya kalau dah masuk di kenakan bayaran,seharusnya keindahannya mstilah dijaga rapi.Berbeza dengan Sg.Congkak yang aku pergi tahun lepas dalam bulan Jun bersama Terataibungaindah n geng serta Dj nicky dan tunangnya.Walaupun di kenakan caj seringgit setiap org tapi keindahan dah infrastrukturnya jauh beza dengan Bukit Belacan.Tp nasib baik juga la kat tempat aku berendam tu dalam juga airnya..Tapi di bawahnya penuh dengan daun2 kering..alo..tolonglah buat pembersihan sikit..baru selesa org nak mandi hen berbaloi la jua di bayar duit masuk n parking.Memanglah duit tu seringgit jer tp kalau macam tu gaya nya baik tak payah kutip duit n biar jer macam dulu puas hati.Rasanya masa last aku mandi kat sana time tu aku di form 4 maknanya dalam tahun 1995.Tapi rasanya air lagi dalam dan bersih juga lagi berbanding skrg..huhuhuhu

Sampai di rumah terus bersihkan badan dan Ah Chong depan rumah mcm biasa tiap tahun bila petang raya Cina mesti bagi keluarga dan jiran2 melayu sedikit buah tangan..begitu juga sebaliknya...Gong Xi Fa Chai buat penduduk cina di Jalan Ikan Jelawat 5,Ampang Campuran.Terutama buat Kuarga Yap(jiran depan rumah) Sekarang ni bila petang2 je mesti lepak kat depan pagar atas tembok batu dok teriak2 manggil cucu ah so depan rumah ni..cucu dia ni belum setahun,bila aku manggil je nama dia "Mei Chan" mesti tersenyum jer.kalau aku dukung pun dia sikit tak melalak.Dah kenal sgt kut agaknya.Belasah je la anak cina ke anak melayu ke,kalau dah geram aku peduli ape..hahahayang bestnya keluarga Yap ni,anak2 lelaki dia semua tst International.Anak sulung dia kahwin dengan orang Vietnam manakala yang nombor 4 dengan org Filipina..Ramah juga menantu2 depa ni.Yang tak tahan aku kalau mama si Mei Chan la,Dia memang tak fasih berbahasa melayu,yang dia tahu nyamuk,tidur dan makan.Tapi punya la nak bercakap juga di bantainya cakap mandarin dengan aku..aku hu ha je la wat2 paham kahkahkah..tak pe la slow nanti pandaila mcm biras dia yang Filipina tuh...

Selamat Pengantin Baru juga buat Adik sepupu aku Nazirah Abd Rani dan pasangannya yang akan menikah pagi esok.Maaf banyok wat Pok Teh sbb tak dapat balik seperti yang di rancang atas sebab ekonomi tak mengizinkan.Pastinya meriah sebab pertama kali Pok Teh dapat menantu.Dan dengar kata sebanyak seekor kerbau dan seekor lembu di tumbangkan.Bestnya..sedih pun ade nak nangis pun ade.Terasa kemeriahannya seperti mane 2 tahun lepas mok Su aku juga pertama kali dapat menantu..Ape pun buat Na,Semoga berbahagia dan gembira atas perkahwinan ini.Esok doh jadi warga Puchong jgn lupa lak maghi di ghumah..dekat sgt dah tu..masa anak dara mung tu memang tak pernah sampai Kl lagi..

Wednesday, 7 January 2009

"Mama Ku Ingin Pulang" - Nike Ardilla


Mama Oh Mama
AKu Ingin Pulang
ku Rindu Padamu
Dulu Tak Mendengar Nasihatmu
Mama Maafkan Anakmu
Mama Oh Mama
AKu Ingin Pulangku
Rindu Padamu
Dia Yg Ku Cinta Telah Berdusta
Kini Tinggalkan Anakmu
HidupKu Kini Tiada Arti
Bagaikan Burung Di Dalam Sangkarnya
ku Ingin Bebas Dari Derita
Mama Tolonglah DiriKu
Dari Belenggu Cintanya
Korus
Cincin Emas Melingkar
Dia Berikan Dulu
Untuk Apa Kalau Ia Tak Cinta
Gaun Bersulam Sutra
Dia Berikan Dulu
Untuk Apa Kalau Ia Tak Rindu
Keringlah Sudah AirmataKu
Mama AKu Ingin Pulang

Monday, 5 January 2009

Dedikasi buat...........

Bukan kawan sekadar hiburan,
Bukan teman sekadar keriangan,
Bukan kemewahan jadi ukuran,
Dan bukan kekurangan di jadikan himpitan,
Aku mencari keikhlasan yang semakin kurang,
Aku ingin memburu kasih dan sayang,
Aku menjejak Tali yang hilang,
Kerana kini aku seolah di rampas segala keceriaan,
sampai kapan harus aku simpan segala kekusutan di hati???
Aku tak mampu memendam,
Aku tak mampu menghalang,
Namun yang pasti aku akan tetap menanti
satu saat dia kembali pada ku....
Bingung.......bingung

Al-Fatihah buat abg sepupu Razik Bin Hj.Senik(abg Jak) yang telah kembali ke rahmatullah pada 3/01/09 di SJMC pada jam 3 ptg.Dan telah selamat di semadikan Di Tanah Perkuburan Islam Section 21,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

Happy Belated day juga buat Along yg ke 3..? Semoga kebahgiaan yg slama ini sibuk kau cari akan kau temui...

Petang sabtu lepas masa lepak2 kat umah Mak Nyah sambil belek2 album kahwin syam(anak maknyah) tak ku sangka dan tak ku ingat rupanya dalam bnyak2 album lama yang mak nyah simpan adalah sekeping dua gambar aku masa kecik2 dulu..kelakor je rasanya bila tgk muka sendiri zaman dolu2...Dan yang paling kelakor pic aku bersama 2 org anak maknyah tersentil juga adik aku yang bongsu..masa tu cute bangat dia.Nanti lah dah scan aku up load kat blog aku ni..

Tuesday, 2 December 2008

Al-Fatihah


Hj.Mohamad Bin Abu Bakar
2 Disember 2004 - 2 Disember 2008
genap sudah pemergian ayah selama 4 tahun bersemadi disana.
Semoga ayah di tempatkan di kalangan orang yang beriman.Amin...
Kak Gie Rindukan ayah....

Wednesday, 19 November 2008

sEtaHuN sUdAH....







Happy Birthday to u


Happy Birthday to u


Happy Birthday to Sofea


Happy Birthday to youuuuuuuuuuu.........

Sekejap jer rasa masa berlalu.Pejam celik dah setahun rupanya anak sedara ku ini.Rasanya baru jer pergi ziarah dia dan ibunya dulu masa di wad Hukm.Semoga Sofea Adreana Binti Affendi menjadi anak kebanggaan ibu dan abahnya...amin.

Friday, 7 November 2008

PERGI


Persinggahan ini cuma sementara
Cukup masanya aku pergi jua
Kaki berat untuk melangkah
Kerana jiwa ada di sini
Tubuh serasa lemah
Tatlkala mahu pergi,
Pergi yang tak menjanjikan kembali
Aku ingin terus berada di daerah ini
Mengutip kenangan yang abadi
Sayang, aku dituntut pergi.
Air mata puas kuhambarkan, petanda aku
tak rela dikembalikan ke daerah lama.
Jiwa aku ada di jiwanya,
Hati aku ada di hatinya
Kasih aku dalam dakapan kasihnya
Namun aku tak mampu memilikinya.
Lantas pemergianku amat terdera.
Saat keberangkatanku, hati aku hilang
Jiwa aku terbang
Lantas aku merasa sebuah kekosongan yang amat dalam.
Pabila aku di daerah lama, tempat deritaku berlabuh dulu,
Aku pasti aku bukan lagi aku.
Pergilah hati nan pedih
Pergilah sepi yang menghuni hatiku
Pergilah rindu yang membungkusku.
Biar aku simpan semua kenangan yang bersemi.
Biar aku hidup dalam memori,
Seandainya aku kembali,
Aku harap tempatku bukan di sini lagi….



Nukilan
Ir.Ridzuan Hj Abdul Ghani
1 Julai 2006

Wednesday, 5 November 2008

DIA MENYERANG LAGI..........

3 minggu yang lalu aku di serang sakit lutut yang amat sangat.Sehinggakan sewaktu petang khamis 23 Oktober yang lepas lutut ku seperti dah jem sesgt.Bayangkan aku menahan sakit,terencut2 dari bas stop menuju ke rumah.Huh! saat itu aku rasa macam nak terbang jer untuk sampai ke rumah.Menitik air mata aku menahan kesakitan.
Akhirnya hari Jumaat aku terpaksa amik emergency leaves kerana tak mampu n takut nak berjalan jauh.Mulanya aku ingat nak ke GH jer.Sebab hari tu aku dah buat Xray kat Hospital Ampang tapi menurut kata doktor tak de ape yang berlaku di lutut ku,tetapi doktor mengarahkan aku untuk membeli sejenis ubat.Aku sms Naimah minta tolong dia belikan.Dan alhamdulillah kini lutut ku sedikit beransur sihat tapi still makan ubat tu.Kata doktor ubat tu untuk menambah lendir di lutut aku yg kemungkinan dah kering sebab bila aku lipat2kan lutut ku itu ianya berbunyi seolah2 tulang yang dah reput.Gerun bunyinya.

Dalam pada aku sakit lutut,aku di serang kembali sejenis bisul di tubuhku.Kalau bahasa doktor2 ni ianya di sebut CABUNCLE.Bisul ni dah menyerang aku bukan buat pertama kali tapi dah masuk 3 kali.Cuma beza yang kali ini ia tumbuh di bawah perut.Syukur tak tumbuh di sebelah belakang badan.2 kali dah aku di tumbuhi seumpama ini di belakang dan dua kali juga aku terpaksa di bedah bg membuang ketumbuhan itu.Tak tahu kenapa tah bila ia tumbuh di belakang,aku akan mengalami demam yang teruk dan tak mampu untuk melakukan apa2 tugas harian.Lemah satu badan,dan jalan akhirnya terpaksalah menyerahkan diri ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu.Selagi tak di buang selagi itu aku akan demam.Tapi berlainan yang kaliini tumbuh di perut tapi aku tak demam cuma rasa pedih aje.Sekadar menyapu minyak gamat aku tawakal.

Bercakap soal pembedahan ni,aduh tak dapat di bayangkan betapa sakitnya ketika di dressing.Masa pembedah memang aku tak rasa apa-apa sebab aku di bius seluruh badan, sedar-sedar aku di kejutkan dan di bagitahu dah selesai di operated.2 kali pengalaman aku di bedah tapi setiap kali aku ingin memasuki dewan pembedahan,tak pernah aku rasa takut,gusar mahupun gementar.Alhamdulillah aku tak di beri kan perasaan macam gitu.Pembedahan pertama aku tika itu diakhir tahun 2005 setahun selepas arwah ayah pergi.Mulanya aku memang berkeras tak nak pergi hospital.Tapi ada seorang makcik berhampiran rumah aku yang aku panggil "mak Nyah" dan anak dia berkeras suruh aku pergi juga.Dan akhirnya anak maknyah bersama-sama aku menaiki bas menuju ke hospital.Dan akhirnya aku di tahan dan akan menjalani pembedahan kecil serta merta.Ini kerana aku mempunyai kencing manis yang agak tinggi saat itu.

Bermula episod aku sebagai penghuni wad pembedahan.Tapi aku tak kekok sebab sebelum tu pada tahun 2003 aku pernah mendiami wad perubatan selama 10 hari akibat serangan paru-paru berdarah.So tak de la rasa gementar.Tah la mmg sepanjang aku di ward aku mmg tak takut langsung.,sehinggalah ke dewan pembedahan.Pembedahan aku di lakukan pada sebelah malam.Tak silap aku dalam pukul 12 gitu lah aku di tolak ke dewan pembedahan.Di dalam dewan pembedahan iaitu sebelum aku di bedah,aku sedar masa tu doktor bius panggil nama aku kemudian di berikan aku satu alat semacam alat pernafasan dan si suruhnya aku sedut dalam-dalam dan akhirnya aku tak sedar ape2 sehinggalah aku di kejutkan dengan panggilan nama aku.Rupanya aku dah selamat menjalani pembedahan.Setelah berehat beberapa ketika,aku di tolak pulang ke ward kembali.Aku sempat menjeling jam di dinding jam tika itu 5.30 pagi.Huh nak dekat subuh selesainya.Aku naik ke katil dan terpaksa tidur mengiring sebab luka itu di belakang.Ubat bius masih ada so aku masih mamai.Saat aku mengiring di atas atas katil,aku terasa di belakang ku amat basah..Huh Banyaknye peluh aku,tapi aku pelik kenapa aku tak terasa panas pun.10 minit selepas itu,datang seorang doktor India untuk melihat keadaan aku..Alangkah terkejutnya doktor itu rupanya aku pendarahan(bleading)..

Suasana kembali tegang kembali.Ini kerana darah yang keluar begitu banyak.Setelah pendarahan selamat di berhentikan,dalam keadaan aku mamai, Nurse meminta aku untuk bangun sekejap dari katil untuk menukar cadar.Saat itu,Masyallah banyak nya darah aku yang mengalir di cadar tadi.Dan akhirnya aku di masukkan 1 pain darah baru.Penyeksaan yang tak dapat di ceritakan.Kalau ketika pembedahan aku tidak merasa apa-apa kesakitan tetapi saat aku di dressing,Azabnya Ya Allah Tuhan aje yang mengerti betapa sakitnya.Apatah satu hari tu doktor kata luka aku di jangkiti kuman dan terpaksa di bius untuk di korek sikit..Aduh,meskipun dah di bius tapi kesakitan itu masih terasa...Tapi hanya beberapa hari sahaja sakit yang aku terasa.9 hari aku di ward dan aku di benarkan pulang tapi kena pergi dressing sendiri di Klinik Kerajaan ampang setiap hari kecuali sabtu dan ahad di klinik biasa.6 bulan lamanya aku berulang alik mencuci sehinggalah luka tadi kering dan di tumbuhi daging yang baru.Ceh time tu pantang giler2 tu.Tak hingat punya.Masak nasi buang kanji 2 3 kali(last2 dah jd macam bubur) pastu makan sayur daun hijau jer.yang lain tak layan..Tapi bagus gak kesannya berat badan aku turun giler..hehehe tapi tu la time sakit jer nak pantang betul bila dah baik..hampeh..

kali ke dua aku di bedah bulan 11 2006.Tapi kali ni tak de komplikasi sgt dan hanya 4 hari jer di ward dan dressing setiap hari di klinik...Tapi mujur lah yang saat ni aku tak demam dan dah sikit kecik luka aku saat aku menaip blog ni.Kalau demam jugak,jawabnya kena operate lagi la...aduhhhhhhhhh