Monday 23 March 2009

Angan-angan Mat Jenin

Di Sebabkan kebosanan tahap Gaban,maka aku menghabiskan waktu sebelah pagi aku dengan mengemas ruang tamu serta halaman rumah yang dah di penuhi sawang.Kemana menghilang entah penyapu sawang puas aku pusing keliling rumah tak ku temui.Maka, aku pun memulakan langkah dengan memanjat kerusi sedikit demi sedikit...pergh..letih jugak nak menghabiskan keliling ruang tamu.Tu baru rumah sekangkang kera..kalau besar gabak mau pancit hahaha.Sesekali kalau mengemas gini lah.Pesen aku,aku tak suka kalau mengemas ada orang di rumah..rimas..aku suka kalau time sorang2 baru ada feel nak mengemas.Dalam berapa jam aku mengemas,membuang sawang dan mengemop apa yang patut sedar-sedar dah nak masuk tengahari.Ingat nak buat roti jala..sudahnya jala tah ke mana aku layan hindustan dan akhirnya hidustan tengok aku hahaha...Sampaikan seorang sahabat (Bunga) yang ku kenali dari chat box Julia dan kadang-kadang kami berchating di YM nak datang ke rumah aku akhirnya tak jadi.Masa si Bunga ni sms dan call aku rupanya aku dah pun berada di London dan aku tak sedar langsung kerana hp aku di mood "silent".Bila nak reply balik aku heran awat la tak lepas-lepas rupanya kredit dah tinggal 6sen..hampeh..aku pun amik tudung tukar dari pakai kain batik ke seluar melangkah kedai nak pi me"nopup" la kononnya..Hampeh!..dah la panas dua-dua kedai tutup.Mujurla ada public maka aku pun menelefon la cik Bunga memberitahu hal sebenarnya.Ye lah mana lah tahu karang di fikir apa pulak nanti..Tapi tu la dah nama pun bukan rezeki kita Bunga terpaksa balik juga sebab dia nak pergi menolong kakak dia pindah rumah..Tak pe lah Bunga lain waktu Insyaallah kita jumpa la ye.

Gerai Si Botak(adik aku) dah siap di cat,di tambah roda dan dah tapak payung pun dah tersedia.Bila ditanya kau nak menjual apa..jawapannya "Biarlah Rahsia" ek eleh...Bila aku tengok dia nak berniaga balik terus terlintas di fikiran aku untuk berniaga jajan balik depan rumah..Rasanya macam bersemangat la pulak.Nak-nak sekarang ni pergi balik kerja jalan kaki paling kurang pukul 6 dah ada rumah(tu pun kalau aku tak melepak dulu kat kedai Mek) berbanding kalau naik bas dekat-dekat maghrib baru sampai..so petang antara pukul 6 ke maghrib tu budak-budak pun ramai main kat depan masuk jugakla kut..Lagi pun budak-budak kalau nampak aku mesti bertanya jer,"kak Zila,nape tak bukak kedai lagi'...balik-balik itu lah di persoalkan..tengoklah kalau semngat aku tak luntur aku ingat nak mulakan dalam awal bulan April ni.Mulakan dengan modal RM100 dulu pun dah ok kut..Esok-esok boleh jual ABC pulak ke..ceh angan-angan Mat Jenin je kut hahahaha

2 comments:

IXORAROXI said...

bagus tu ILA boleh gak tampung yang mana patut..sikit2 pun tak pe, pelan2..akak doakan dimurahkan rezeki kamu..amin!

azieazah said...

Aminnnn.....