Monday 9 November 2009

BUAH TUNJUK LANGIT

kulit coklat tu di kopek dan ambil biji putihnya saje kemudian di kunyah...

Petang semalam baru aku berkesempatan membelah 4 biji buah "tunjuk Langit" ni yang di beri oleh Pak Din selang se rumah dari rumah aku.Buahnya berbentuk seperti buah koko..berkulit keras dan berwarna ke arah coklat perang.Kata Pak Din,buah ni kena belah dan ambil bijinya kemudian di kunyah seperti kuaci.Rasanya memang lah sgt2 pahit.Bijinya seperti kuaci pun ada.Nampak macam lemak jer tapi kepahitannya tak terluah dek kata-kata..Tak lalu aku nak mengunyahnya..Hanya aku daya menelan.Buah ni susah nak mengambilnya kerana pokoknya terlalu tinggi.kat tempat kerja Botak lama dulu ada pokok ni,berhampiran dengan restoran Pizza Hut Taman Putra.Buah ni mengandungi banyak khasiat berdasarkan maklumat yang aku cari di dalam Internet.Ia mengandungi kandungan tinggi 3 komposit aktif utama,iaitu"Flavoonoids" "Saponins" dan "Bitter Alkaloid".

Di samping itu,ia juga mengandungi nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan seperti protein, mineral,pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.
Fakta Nutrisi buah tunjuk langit:-
  • Protein
  • vitamin B1
  • zat besi
  • vitamin D
  • asid folik
  • karbohidrat
  • vitamin A
  • fiber diet
  • potassium
  • Vitamin E
  • Kalsium
  • Vitamin B6
  • magnesium
  • sodium
  • Vitamin B3

Flavonoids semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia.Ia terdapat dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan ginseng, coklat dan tongkat ali.Bahan flavonoids yang semulajadi terdapat dalam biji buah tunjuk langit yang mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti-pengoksidaan.

Fungsi2 Utama Flavonoids:

  • mengurangkan tahap gula dalam darah
  • mengimbangi gula dalam darah
  • memperbaiki kelancaran peredaran darah
  • menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan
  • memperbesar dan memperkuatkan keanjalan saluran darah
  • mengurangkan kolestrol yang tidak baik dalam darah


4 comments:

IXORAROXI said...

dah namanya ubat memang selalu pahit, cuma ubat batuk je yang manis :D

azieazah said...

Hmmm.. nak gak ler try makan buah tu..heheh...

sue said...

rasanya mcm penah makan..arwah pak mentua suh makan,katanya sedap bangat..makan2 pahit giler...tp katanya bagus untuk diabetes

kakzie said...

kakIX kalau setakat pahit peria katak bolh tahan lagi...

KakZ try ler..sedap woooo hehehe

Sue...memang nampak mcm lemak jer..usahkan makan melekat kat tangan pun dah pahit