Wah..Walaupun tak semewah n semegah banglo2 VIP,Dato2 or golongan berada,namun aku bersyukur masih ade tempat untuk ku berteduh dari hujan dan panas mentari.Inilah rumah pusaka peninggalan ke2 org tuaku.Asalnya rumah ni berdindingkan papan,tapi disebabkan serangan anai2 yang terlampau,maka arwah bapak terpaksa mengupah Ayahchik ku untuk di bina batu(tetapi masih kekalkan bentuk yang asal).Aku n keluarga mula menetap disini pada 28 Ogos 1986.Sebelum ni kami menetap di rumah Pangsa Jalan Tun Razak.(kini disewakan) Duduk rumah pangsa ni faham-faham je la.Sempit..bilik tidur pulak ada satu jer.Anak2 bapak dah makin membesar,so bapak pun ambil keputusan untuk pindah ke Ampang.
Rumah ni ada 3 bilik.Bolehlah untuk rasa keselesaannya kalau nak dibandingkan dgn rumah pangsa kami tu.Tapi kan mula2 pindah kat sini macam tak best tau.Maklumlah suasana dia macam suasana kampung.Kalau kat rumah pangsa tu riuh rendah suara budak-budak bermain (kiranya geng sengkatan aku la tu hehehe)sampai kul 10 malam pun masih riuh.Tp kat sini masuk jer maghrib suasana terus berubah.Damai n tenang jer.Kalau tak caya jom tidur rumah aku..rasai lah sendiri..hehehe
Yang paling best lagi kat sini air kolah nya sejuk sgt..cewah macam air bukit tau..Tapi skrg dah tak pakai kolah sbb kolah bocor..so pakai baldi besar jer.Ini kenyataan tau.Hampir semua saudara or kawan2 yang numpang mandi semua kata sejuk sgt.nak2 time pepagi.ade tu terketor2 kuar dr bilik air..Kesian pun ade..tapi kami dah biasa.tak de hal nyer..
2 comments:
Wahhh best nyer rumah ILA... Kak Z memang suka suasana yang kekampungan gitu..
Air sejuk mcm air bukit, kalu berendam lagi best kan? Heeee jom tumpang tido umah ILA...
kakZ,tu masa pakai kolah,sekarang kolah bocor n pakai baldi la ni..dah tak best sgt..masa pakai kolah tu pg2 mmg sejuk ketor2 kata org tghanu..hehehe
Post a Comment