Friday, 23 May 2008

REF: STAFF MEETING

Pagi ni aku terima Faks nota yang petang ni akan diadakan meeting tergempar.Yang paling memeranjatkan aku,antara meeting agenda petang ini ialah OFFER TO RESIGN FROM COMPANY. hai entahla,dah lah hutang banyak.Kalau setakat hutang ayah tu leh la di tangguh kan dulu,sbb tak banyak pun lagi.Tapi menyesal pulak aku amik USquieze ari tu.Maklumlah guna kredit kad along.Dah la along pun tgh problem pasal kerja juga.Company dia dah tutup cuma dia jer n srg lagi kakak still kat situ,Mujur along ni bhgn akaun so nak kena seatle down dulu maka leh la dia still kat sana lagi untuk beberapa bulan,tapi problem juga boss dia turun kan gaji terlalu banyak,sbb tu bila tadi aku bagitau hal aku ni,dia dah mula pening kepala.

Tu dia,aku ni ha..dah lah susah nak dapat kerja.Aku ni badan dah la tak macam org.Susah beb nak dapat kerja.Sebab tu aku tak berani nak tukar2 kerja sgt,Dari aku mula kerja tahun 1999 sehingga skrg ni adalah company ke dua aku bekerja.Yang dulu aku berhenti pun sebab arwah bapak meninggal.Takde org nak cara kedai.2 tahun aku rasa rugi pun ada sbb EPF tak de.

huhuhu nak nangis jer rasa dah ni..kalau ada bapak aku tak risau sgt,leh gak tumpang2 gantung hidup sementara.Aduh..tah la..fenin fenin...so pape pun tunggu lah petang ni keputusannya....
SAMBUNGAN...
Maka petang hari Jumaat aku bersama seorg lagi rakan sekerja bersama En.Karim bertolak ke HQ yang terletak di Plaza Ampang City.Mesyuarat bermula pukul 4.15 ptg.Ada beberapa agenda yang di ketengahkan dan rupanya OFFER TO RESIGN FROM COMPANY tu di buka selepas bulan Jun ini untuk sesape jer staff OILGON(nama company aku) untuk menyertai our CCo aku punya new company.Ceh..wat suspen jer...Rupa nya COO aku ni ada new project n dia mengalu2kan sesape jer untuk sama2 menyertai syarikat baru dia..walau bagaimana pun syarikat lama ni dia still juga.Selesai meeting kuar jer dr HQ aku bantai gelak ngan rakan sekerja ku..Hampeh..Syukur pada Allah Swt..rezeki aku masih di sini,Alhamdulillah

4 comments:

black_canary said...

mmg sekarang ni ekonomi tengah teruk dik hoi..kena buat perniagaan jugak, tu yg ramai buat bisnes sekarang ni (baik yg bisnes biasa mahupun MLM)..kalau harap kerja makan gaji...bila2 kita boleh dibuang...
Tepuk dada..tanya selera...syarat penting..rajin.

IXORAROXI said...

Kalau betul2 susah tak der kerja ke, bagitau KAK IX, kalau setakat nak part time tolong2 husband KAK IX buat catering,boleh juga tambah pendapatan..Selalunya kalau weekends abang selalu tak cukup pekerja.Cumanya dengan abang tu kena seriuslah, kena rajin kerja lepas tu kena tahan, agak garang gak tu ..:D

kakzie said...

ok gak tu kak kalau wat part time.skop kerjanya macam mane?leh akak bgtau..tq

azieazah said...

Sabar...
Tuhan tu Maha Kaya...

Rezeki ada, yg penting usaha dan rajin..

IX.. I pun nak cuba ngendeng kerja part time tu kalu ada.. utk hubby I.. leh ker..

Kalu ada sound2 ler ek...