Thursday, 29 May 2008

HARI PERTAMA dI iPOH...

Aku bertolak ke Ipoh pada 24 Mei 08.Excited punya pasal se awal 7.15pagi aku dah berangkat ke Pudu Raya dengan menaiki Lrt.Huh!..ingat kan along nak antar ke Lrt,aleh2 gi ler sorg2 dia demam la pulak.Aku sampai kat Pudu kira2 pukul 8.40.Duduk la melangup sekejap sementara nanti bas tiba pukul 9.30.Tepat 9.35 bas aku bergerak ke Jalan Duta dan seterusnya ke Ipoh.Sepanjang perjalanan aku menghabiskan dengan tidur(malam aku tak lena tidur..hehehe).Sedar2 aku dah sampai di Plaza Tol Simpang Pulai.Entah macam mane tergerak hati aku nak telefon ke sepupu aku.Aku bagi tahu dia yang aku dah sampai di Plaza Tol Simpang Pulai.Mujur dia bagi tahu cepat yang aku boleh turun selepas petronas Simpang Pulai.Ceh!! bukan dia nak bagi tahu awal2.Dengan muka separuh mengong aku pun secepat kilat bagitahu la kat abg driver tu.Rupanya dr Plaza Tol tu dalam 5 minit dah sampai kat situ..

Sementara sepupu aku tu sampai,aku pun terus menerpa ke kedai runcit berdekatan beli roti krim(lapor giler).Sepanjang perjalanan mmg aku tak makan ape pun mahupun meneguk air.Aku ni pantang kalau berjalan.Kalau dengan adik-beradik tu dah biasa sgt singgah menyinggah kat stesen minyak..hehehe.Dalam 10minit sepupu aku pun dtg bersama adik dia dan aku pun berjalan kaki ke rumahnya.Letih jugak..Bukan ape cuaca agak panas kena pulak perut mmg lapor giler..Setibanya aku di rumah Ani(sepupu) aku terus ke dapur untuk ber salam dgn maksu.Last aku jumpa maksu tahun lepas,masa nak dia yang duduk Ipoh ni kahwin di Terengganu..Pertama aku tanya,ada sotong tak..?huhuhu jawapan yang aku terima ombak besar,tak de org nak turun ker laut..Tapi kepok gote @ lekor ada la..tak pe la layan sedap gak..Ghupe2nye kopok ni kopok kak Nita(sepupu)sedap gak..Tapi tak sehebat kepok Losong la..Janji kopok hehehe.

Habis sepinggan keropok,kebetulan si Hezreen(sepupu Suami) balik dr kerja maka aku pun sama2 makan nasi tengahari.Selera giler..tgh kebulur la katakan.Alhamdulillah rezeki tengahari tu.Selesai makan sambil berehat,maksu mula berstory kat aku kerenah adik2 sepupu,pok2 sedara dan perihal org2 kg.Banyak juga ler kami pot pet pot pet...kiranya seisi meluah perasaan.Ada suka,duka,dan yang paling menyayat hati kisah pak long yang mmg dari dulu aku tak bape suka akan perangai dia.Kiranya pak sedara aku yang susah aku nak cakap ape jenis org tah..Selalunya To'ki aku yang sememangnya uzur duk tinggal dgn maksu dan bergilir dengan pok teh,entah macam mane satu hari tu,paklong aku kononnya datang ke rumah maksu dan bagi tahu nak amik To'ki dan duduk dengan dia.Kononnya Pak long kata selama ni maksu n pok teh amik semua duit2 to'ki.Padahalnya duit2 bantuan yang toki dapat tu kata maksu dia wat beli pampers dan berubat sikit.Aku kata ke Su mmg doh,tokkan kita nak amik duit dia,mmg tu la yang patut di beli pun.Lagipun Maksu bukan lah senang mana.Walaupun dia berniaga makanan tapi anak 2 org masih ber sekolah.

Aku pun memang dah sedia maklum akan perangai pakLong tu..Sebenarnya dari dulu mmg dia ni jenis tamak.Aku pun mmg jarang nak ke rumah dia kalau sesekali balik ke kg.Aku naik meluat dgn perangai dia.Arwah bapak pun dulu ada cakap sikit2 perangai negatif pak long.Paling aku sedih lagi masa maksu cerita,lepas di ambil toki,satu hari tu hati Su teringat sangat ke To'ki.Dia pun ajaklah poksu gi jengah sekejap to'ki di rumah pak long bersebelahan Lapangan Terbang Kuala Terengganu.Sampai kat rumah pok long terkejut Su tengok keadaan To'ki.Nak menitik air mata aku masa Su bagitahu,kuku to'ki panjang badan dia berlendir pastu paling aku geram dengar kaki toki penuh di urung semut gatal(semut api).Aku dapat bayangkan dengan keadaan toki yang terbaring dan semut api pulak penuh di kaki.Su kata menangis su kuis2 bung semut kat kaki toki.

Aku tak faham la paklong tu.Elok Su n pok teh yang jaga,tapi sebab dengki n tamak dah menguasai diri dia sanggup amik tapi tak tahu nak urus macam mana org urus.Sudahnya Su balik dan suruh pokteh pergi amik balik toki ke rumah..sakit hati aku mendengarnya.Walaupun aku ni jauh dan tak dekat macam cucu toki yang lain tapi aku selalu juga bersms dengan Su untuk bertanya Khabar.Entahla,mungkin tu bahagian masing2..Susah untuk di perkatakan.

Bila malam menjelma,aku bersama mereka jalan-jalan ke pasar malam.Tak ingat pulak belah mana.Tapi sempat juga lah singgah ke restoran Mee Rebus Ramly yang di katakan antara mee rebus yang paling sedap di Ipoh.Aku singgah ler beli 2 bungkus jer.Harga sebungkus RM3.50.Boleh tahan juga banyaknya.Rasanya boleh la..Sebab aku tak baper gemor sgt mee rebus ni..Malam tu kenyang giler perut aku ni ngan soto, mee rebus, bontut(ops!) ayam..hehe mengkedarah ape..




2 comments:

azieazah said...

Wahh banyaknyer pengalaman dia..

Menarik dapat bercuti sekali sekala begini.. otak leh refresh..

Elok juga didekatkan hubungan saudara mara..
Air dicincang tak akan putus.. Muda harus hormat pada yg lebih tua..

IXORAROXI said...

kesian to'ki ya..seronok ya bercuti :D