Showing posts with label kampungku. Show all posts
Showing posts with label kampungku. Show all posts

Monday, 28 September 2009

5H4M RAYA DI TERENGGANU-KG KUBANG BADAK

Tahun ni aku 3 beradik balik beraya di rumah Moksu.
Petang Jumaat kami dah bertolak ke kampung.
Bermakna sempatlah sehari berpuasa di sana.
Hujan lebat mengiringi perjalanan kami.
Agak sesak juga untuk melepasi Ampang Point tapi selepas itu jalan ok dan
kenderaan tak begitu banyak.Kalau dulu pernah kami balik malam raya,
dekat Karak tu tak usah cakap la memang sesak sgt.Tapi tahun ni berbeza, jalan tak berapa sesak cuma di persimpangan ke arah Kuala Lipis selepas Bentong kenderaan mmg padat.Tapi bagi perjalan ke Terengganu mmg ok jer.Mungkin ada yang dah bercuti awal atau pun nak tunggu jam 12 malam untuk "tol free".Untung org pantai Timur..
Kami sampai di kampung lebih kurang pukul 4.30pagi..lewat giler tu.Ni di sebabkan driver dah keletihan dan mengantuk.So, banyak kali lah berhenti untuk merehatkan badan dan melelapkan mata seketika.
Hujan yang agak lebat
Bandar Dungun sekitar jam 2 pagi


petang raya..
sepupu2 lelaki aku(anak Pokteh) mencabut bulu puyuh telur.Dagingnya liat ler tak macam beli kat pasar malam.Kata Pokteh yang jual kat pasar malam tu puyuh daging.patut ler dah rupa isi ayam pencen liatnya.
Petang raya pertama....
balik dari Jerteh(rumah Naimah) saje2 lalu depan sekolah tempat Along aku mengajar dulu tahun 1990. SMK(A) TOK JIRING

Tahun lepas ramai2 cucuk satey kat rumah Moksu.tahun ni kesian kat Mokteh tak de orang nak cucuk satey sebab mekna anak dia tak sampai lagi.Nak tercabut pinggang rasanya aku sorang2 menyucuk dekat 12 kg isi ayam. Bila mokteh dah siap buat kerja dia baru lega buat berdua.Along aku tolong sikit2 sebab tak berapa pandai.

Petang Raya ke 2....
ada orang kampung nak Akikah.So,Pokteh aku yang uruskan masak memasak n sembelihan lembu.Tu semua sepupu2 lelaki aku.adalah 2 org tu org luar

Raya ke 3...
Bab menyucuk satay aku terror dah..
bab membakar kantoi lagi tak pandai nak bakar dua2 belah takut hangit...
Raya ke-3...
Aku dan moksu mengerjakan kateh lembu untuk di buat rojak.Setengah hari baru selesai..sambil2 tu aku buat serunding santan ikan jugak..Along aku beli ikan sardin 2 kilo suruh aku buat serunding...first time buat tak berapa sedap tapi boleh la kalau nak makan sendirir.
sorry pic tak masuk2 email lagi..pasal ape tah telco line ada problem kut.
Raya ke-4....
Sarapan serta makan tengahari raya ke-4,moksu buat nasi Dagang..makan dengan gulai ikan aye(ikan tongkol)..
Tak puas makan pun hari tu sbb ptg dah nak balik kelam kabut.
Semalam try buat tak menjadi..lembik giler..Pasai ape tah..
Masa arwah bapak aku ada dulu jadi gak aku try buat..semalam langsung tak sedap.
Sebelum balik pi beli keropok lekor kat Seberang Takir.tak sedap sgt ler keropok dia.Yang sedap tu kat tempat kakak sepupu aku kat Bukit Tok Beng tapi kedai dia beraya lagi.
P/S:
Sorry lah banyak lagi Pic2 yang tak aku masukkan lagi..later2 eik..aku dah send sebahagiannya kat email pagi td tapi tak masuk2.Pasal ape tah mambang merah hari ni...












Friday, 22 May 2009

TIKA RINDU BERLAGU

Pic pantai tu telah di MMSkan oleh sepupu aku petang semalam.Katanya dok mancing dengan hubby dia..Best ar,rasa la ni gak aku nak balik kampung.Plan tu memang ada tapi selalu tak jadi.Masalah Negara betul.Tapi sekarang kalau balik kampung dah tak seronok sangat,mana taknya sepupu-sepupu perempuan yang sebaya dengan aku semua dah kahwin.Raya tahun ni pun mungkin aku tak balik kut.Sebabnya Mek Ani dah menetap di Terengganu so dah tentunya bila raya mesti ar dia balik belah mertua dia di Kampar,Perak.Kalau sebelah bapak,aku tak berapa rapat.Tapi kalau balik kampung dan ada kesempatan kekadang aku singgah ziarah gak kakak-kakak sepupu aku sebelah bapak.Tapi kebanyakakn sebelah bapak dah ramai yang jadi warga Selangor dan Kuala Lumpur.Cuma sebelah emak aku jer hampir 95% masih di kampung.

Balik kampung bukan ape..rasa tenang je damai tak macam di kuala Lumpur.kalau nak ke pantai pun kalau berjalan kaki memang sampai sesangat.




Kg Tok Jembal....... suara ombak mu seolah memanggil nama ku....

Lambaian pepohon nyiur mu seolah melambai agar aku pulang ke sana.....



Rindu..aku rindu kenangan semalam
kenangan yang sukar di gambarkan
Memori semalam masih segar di ingatan fikiran ku...



Ramai-ramai pakat kopek buah kelapa guna "bong"
ramai-ramai perah santan untuk di jadikan minyak masak
(Bau minyak kelapa lagi sedap dr minyat sawit)
bergilir-gilir mengacau santan sehinggalah bertukar menjadi minyak
Rindu berlari-lari atas batas sawah arwah tok
(selalu kalau nak turun ke baruh,Tok mesti marah katanya tak payah banyak lintah)
Rindu pada kemahiran arwah tok mengayam tikar dari mengkuang yang di tanam sendiri di tepi sawah
(sawah dah jd tali air)
Rindu sangat nak mandi air telaga yang sejuk
(sekarang dah tak de pakat pakai paip)
ramai-ramai duduk atas "gerey" meraut lidi
dan aku paling rindu denga leteran tok yang kekadang meghiburkan aku
(kalau aku balik dulu dengan arwah akak dik,memang kami di tatang..sampai sepupu lain jeles)
ye la kami je cucu-cucunya yang tinggal di Kuala Lumpur tika itu.


Kalau dulu bila balik kampung dengan arwah mak,segala macam arwah tok dan toki bekalkan mak.Minyak masak la,penyapu lidilah..keropok usah kata la..berkotak-kotak.Bila sampai di Kuala Lumpur(masa tu di Pudu Raya)Arwah bapak jadi manga kami..hehehe terpaksa arwah bapak tunggu kami di Pudu Raya untuk mengangkut segalanya ke rumah kami di Ampang.Bapak membebel jugaklah,katanya penyapu lidi pun nak di angkutnya..Mak kata dah benda ada.Tapi mak bijak,mak jual balik penyapu lidi kat kedai Nyonya(dah mati pun Nyonya ni)lebih sedekah kat jiran sekampung..Huh.


Kenangan semua tu............tapi itulah kenagan hanya bisa membuatkan kita tersenyum,terharu dan sbgnya..tapi untuk kembali ke padanya tidak mungkin...


Rindu.....Rindu, aku rindu semua itu.
perang dingin dah bermula