Tuesday 21 September 2010

SALAM

Lama dah rasanya aku tak up date blog aku ni. Sejak aku dah tak kerja ni,memang dah tak buka langsung internet.Nak gi ke CC memang tersangat malas rasanya.Bukan jauh benar pun dari rumah tapi kalau dah ada "M'' tu faham2 je la.

Time ni aku ada lagi di kampung di Kuala Terengganu.Dekat sepuluh hari dah aku ada kat sini.Banyak sungguh perubahan yang berlaku sekitaran "Kampung Kubang Badak" ni. Segalanya berubah kerana berhampiran sangat2 dengan Universiti Malaysia Terengganu.Paling menakjubkan,pantai yang berhampiran dengan kampung aku sekarang dah cantik dan banyak perubuhan di lakukan..Dulunya tak de apa pun,tapi sekarang Toilet awam dah ada,Wakaf-wakaf baru banyak di bina, kerusi2 batu untuk berehat juga dah banyak serta terdapat taman permainan kanak-kanak.Kalau waktu malam terasa nak lepak kat pantai pun dah tak kisah sebab dah ada spotlight.

Satu benda yang aku dah naik risau.Duk kampung kerja aku makan..makan..makan... Ketupat palas tok sah kata ar...hari2 dok goreng(ketupat raya ari tu) aku lah dok menghabiskan stok sebabnya anak2 moksu tak makan..Bila dok lepak kat kedai mok teh atau mok su,lagi ar syok..Seronoknya dorang dok meniaga.Tak putus2 student dok membeli...Moksu saran kan aku dan Botak meniaga burger dan keropok lekor waktu malam,tp aku tolak sebaba mmg seronok meniaga kat sini sebab ramai student tapi time student cuti kita turut sama cuti so tak dak income.

Lagi pun duduk rumah orang ni tak selesa macam rumah sendiri.Walaupun rumah mak sedara.Corak dan aktiviti adik2 sepupu aku tak sama macam corak kehidupan adik beradik aku...hu aku tak leh weh nak gi...semak kepala otak...so kesempatan ini aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini... Tak terlewat rasanya kan. Aku mohon ampun dan maaf andai ada kekasaran yang aku tak sedari...Selepsa ini mungkin aku dah tak kan seaktif dulu....ok lah...adios

SALAM

3 comments:

Ibu n Abah said...

Zie...
selamat hari raya... Lama sungguh kita tak jumpa di alam maya ini...
selamat bercuti....

Ain said...

salam aidilfitri kakzie...

orang berniaga memang murah rezekinya walaupun hanya jual air jer...

apa salahnya kalau mencuba....

azieazah said...

Selamat Hari Raya ILA. Lama betul tak update blog.

Hmmm seronok tu bercuti kat kampung. Kak Azie pun dah lama tak pi tengok negeri Tganu.