Tuesday 15 June 2010

PERTAMA KALINYA

Sabtu,
12 Jun 10...





Buat pertama kalinya seumur hayat aku mencecah ke angka 31 tahun,inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke panggung wayang semata-mata untuk menonton Lagenda Budak Setan.Bukan aku tertarik dengan mana-mana pelakon tetapi aku tertarik untuk menontonnya untuk melihat sejauh mana kehebatan filemnya.Adakah setanding dan sehebat novelnya???Ternyata setelah menonton hampir 2 jam,tidak lah aku merasa sgt akan kepuasannya kerana bagi aku cerita yang di paparkan tak sehebat mana.Aku bukan seorang pengkritik filem bahkan bukan seorang penonton tegar tapi bagi aku cerita ini macam ada yang tak sampai...Jalan cerita memang menarik tapi tak tahu aku nak cakap macam mana sebab aku rasa macam tak puas bila filem ni habis di tayangkan.Bukan tak puas sebab nak tengok lagi,tapi tak puas sebab tak sampai pada aku.Kalu di beri 5 bintang aku cuma bagi 31/2 je kut.Tu kira ok lah kan.Dalam pada tu sempat juga aku layan karaoke kotak hahaha....



Oklah aku ni tak tahu nak mengkritik tapi apa yang pasti aku nak ucapkan terima kasih kat adik1 aku si Nina Dab Liza kerana sudi menemankan aku.Terima kasih jugak kat Liza sudi belanja makan.Kata dia belanja aku sebab bukan senang nak keluar dengan aku..hehehe ye aku akui mma aku ni susah nak keluar ke mana-mana.Kalau tak de hal yang betul2 mustahak atau aku betul2 bosan kat rumah,jangan harap aku nak saje2 pi lepak oo pi jalan2 tanpa tujuan.Ok lah adik2 next time kita plan gi main boling plak k...



Aku cuba untuk mulakan cara aku yang baru..Aku cuba untuk belajar keluar dari dunia kepompong aku...Rasanya aku dah mula berasa bosan dan sunyi yang bisa buat aku jadi giler....hahahaha....Buat kawan2 aku,plslah stop ask me,bila ko nak kahwin?Weh! bosan la aku dengar soalan2 gini...sapa tak nak berumahtangga,tapi dah belum ada jodoh so tunggu je la.

3 comments:

Ain said...

teringin nak tengok jugak walaupun ramai yang cakap tak sehebat dalam novel....

kalau dapat baca novel dia lagi best...

sape la yang ada novel nie...huhuhu

azieazah said...

Suatu permulaan yang baik. Sebuah kemajuan untuk diri sendiri.

Kena kuat semangat, berani dan yakin yang kita boleh nikmati hidup penuh gembira seperti juga orang lain.

Mana ada manusia yang sama.
Orang kaya berduit memang cakapnya lain..
Tapi orang kaya berduit pun tetap ada kelemahan..
kadang2 lebih lemah dari kita yang tak berduit.

So, all the best...!

IXORAROXI said...

amboiiiii...bagus bagus...jangan asyik dok terperap je dalam rumah