Thursday 11 February 2010

Kisah aku dan ayah lagi

Petang2 cam gini tetiba lak teingat kisah aku dolu2.Masa tuh muda remaja lagi.Payahnya masa tu mencari kerja walaupun sekadar pekerja kilang.Result SPM cukup-cukup jer,(sebab malas belajar).Sebenarnya bukan malas belajar tapi aku adalah pelajar bermasalah tika itu...Berperang dgn mak tiri la,jaga akak sakit la jiwa jadi kacau.Sampaikan masa aku pergi kem kat sana aku di beri perhatian lebih(gara2 pakcik aku menceritakan masalah aku di rumah).Masa aku muda remaja dulu,air mata adalah peneman setia.Bukan boleh orang tanya sikit benda2 sedih yang keluar dulu air mata...Sensitif gila la...Sebab tu sampai sekarang aku masih begini.Mudah tersentuh dan menangis walau sebesar kuman hati aku aku terasa.Tak perlu aku ceritakan kenapa dan apa masalahnya.Sebabnya orang tu pun dah selamat keluar dari rumah aku.


Bila tengok kejayaan seseorang sekarang ni,kadang kala aku terasa sedih sgt.Kadang-kadang aku marah pada diri sendiri.Kenapa dulu tak nak baca buku?kenapa dulu tak nak kerja kuat supaya berjaya dalam pelajaran?tapi itulah kan nama pun manusia.Nak menyesal pun dah tak guna.Perkara dah jadi.Memang dulu aku malas dalam pelajaran.Buat nota pun malas.Otak aku ni langsung tak leh nak terima apa yang cikgu cakap.Pergi sekolah aku kira rajin .Jarang ponteng.Sebab bila di sekolah aku rasa tenang,berbanding bila berada di rumah.



Selama mana nak duduk tahap ni.Tengok orang bergaji besar semuanya senang.nak beli ape pun sekelip mata dapat.Aku bukan tak bersyukur,tapi kadang sedih gak la bila mana sesuatu benda yang aku nak kdg2 tu terpaksa fikir 5 6 kali nak beli.Boros pun ye jugak.Tapi mujurla arwah ayah aku tinggalkan rumah untuk aku dan adik-beradik tumpang berteduh.dan 2 buah rumah sewa yang boleh menampung perbelanjaan kami semua.Terima kasih ayah....



Bila keadaan begini terjadi sekarang,aku selalu teringat arwah ayah.kalau dulu susah sikit ayah tak kedekut menghulurkan bantuan.Misal kata aku nak tukar cermin mata,ayah akan tambah kalau aku tak cukup duit.Masa aku beli skuter dulu ayah la yang dulu kan duitnya membayar deposit.Bila hujung bulan duit gaji dah habis,aku mintak kat ayah..Tapi sekrang nak buat cam gitu dah tak dapat.Apatah lagi nak bermanja denga insan bernama ayah.Kenangan pertama kali aku bekerja sebagai pengasuh taska di Flat rumah lama aku,masih segar di ingatan aku.Setiap pagi,aku dan ayah berdua sama2 naik bas menuju ke Ampang Park dan kemuadiannya sama2 naik teksi menuju ke Flat.Masa ayah larat dulu ayah jalan kaki jer bertongkat putih dia tu ke sana.Tapi masa aku dapat kerja sebagai pengasuh di sana,ayah dah tak larat nak jalan kaki.



Tambang teksi ayah la yang bayar.Tak mahal masa tuh baru RM2 ke RM2.30 jer dari Ampang Park ke Flat Jalan Tun Razak.Yang bestnya tiap2 pagi lepas antar ayah kat rumah abg Zali(bos ayah) mesti ayah bagi RM 2.Katanya,amik wat beli kuih ke nasi lemak ker...Biar pun aku dah bergaji pertama.Dan yang paling syok, ayah aku ni kenal anak dia.hahaha mata je tak nampak tapi hati boleh merasa.Satu hari tu aku naik bas.Tiba dalam bas tuh aku tengok ayah dah ada dalam tuh.Rupanya dia naik dulu kat Ming Court.Sengaja aku langgar bahu ayah tapi aku tak bersuara.Aku langsung tak tegur ayah.Bukan sebab aku malu ok..tapi aku sengaja nak usik ayah.Bila tiba kat kawasan rumah,ayah tertidur rupanya mujur aku ada aku tarik tangan ayah suruh turun.Sampai kat bawah,tetiba ayah bersuara,asal ko tak tegur aku?"hahaha aku jawab.."orang saja nak usik ayah,tahu pulak ayah orang ada dalam bas tadi?''Tanya aku balik.Anak aku jer tinggi pinggang lebih dari bahu aku..."hehehe aku gelak sambil cakap..ye ar tuh...ayah!ayah...



Ayah ni peminat tegar kopi.Perkara wajib yang Ummi (mak Tiri ) aku kena pastikan ialah mesti ada kopi dalam mug di dalam peti ais.Setiap kali balik kerja perkara pertama yang ayah cari air kopi dia tu ler.Klu ummi aku terlupa siap ler..membebel ayah.Ye lah dia penat mencari rezeki panas2 balik2 tgk air kopi sejuk dia tak de sape tak panas kan?Bila pas solat maghrib gitu jugak.Tapi biasanya tu giliran aku.Kena buat siap2 kopi panas tutp dan letak atas meja.Kadang aku lupa bila kena marah,dengan selamba aku jawab,bini ayah ada suruh je la dia...kurang asam punya anak...hehehe



Satu lagi ayah aku paling suka kalau nasi yang dia nak makan dah di siapkan ikan di carik2 gaul2kan sekali dengan kuah atau sayur.Memang dia suka sangat,senang nak makan katanya.Tapi tu semua kenangan aku bersama ayah.Kalau di ikutkan banyak lagi kenangan aku dengan ayah tap saat aku menaip ni jari2 aku dah hampir beku sebab Air cond opis bawah ni sikit punya sejuk huhuhu


Ada idea lagi nanti aku ceritakan lagi.....

3 comments:

azieazah said...

Dulu dah pernah baca juga kisah ayah ILA ni, kisah yang lebih mendalam..

memang sanjung dan tabik ler.. wpun dia tidak dapat melihat tapi dia sangat istimewa..

AlFatihah..

Ibu n Abah said...

zila,
nasib kita berbeza. akak dibesarkan oleh mak sedara dan sesekali adalah berjumpa dengan ayah kandung. tak banyak kenangan bersama ayah. tapi.. kenangan bersama ayah mertua, paling banyak. syukur alhamdulillah, merasa jugak akak bagaimana kasihsayang seorang ayah...

IXORAROXI said...

perkara yang lepas jangan dikenang,sentiasa bangkit dengan semangat waja, kadang2 kita tak dapat apa yg kita inginkan tapi jangan berhenti berusaha untuk kehidupa lebih baik...mana cakar ayam kak ix?:D