Thursday 11 February 2010

Dan..Makan Lagi..


3 Minggu lepas masa aku dan Botak ke pasar malam Taman Melur,aku terpandang menu dan harga chicken chop di tepi sudut sebuah gerai makan tepi jalan ke Taman Melur cuma RM6.50..Dalam hati biar betul..Tak pernah lagi jumpa semurah itu.So,malam td setelah memborong baju dan seluar panjang di pasar malam Taman Watan,Botak ajak pi sana untuk mencuba.Agak lama juga menunggu tapi tak la seteruk masa aku makan di D'Mawar.ku dan Botak order benda yang sama.Chicken Chop dan "coconut shake".Tengokla pic kat bawah tuh,sikit punya'bapok" gelasnya.Huh! tetiba teringat kat Restoran air buah "gelas bapok" kat Bukit Tok Beng yang berhampiran dengan kampung aku.


Setelah lebih 15 minit menanti,maka sampai lah makanan yang di pesan.Ok lah..dari 5 bintang aku boleh bagi 21/2 bintang...ye la kan,padan la dengan harganya..kalau perut tengah lapar tuh boleh la.tak la sehebat "Haz Raz" tapi kira ok la.Coconut shake nya pun boleh la tahan.Cuma kata Botak tak sama macam pernah dia minum masa kat rumah Pok Da aku di paka,Terengganu sebab katanya tak ada aiskrim...hahaha.Mengada betul tekak budak botak ni.


Selamat bercuti panjang buat semua warga Malaysia dan selamat Tahun Baru Cina buat semua bangsa cina di seluruh dunia.Terutamanya keluarga Yap(jiran depan rumah).Tahun ni lebih meriah agaknya keluarga Yap sebab si Mei chan dah dapat adik..hehehe sepasang dah anak Yap.Mulut amoy kecik ni sejak dapat beby dah kurang dah dok panggil2 aku..kalu tak tu pantang nampak aku keluar mulalah "kakak" di panggil nya aku.Pas tu lak sekarang ni dah kuat merengek.Jeles ar tuh mummy dia layan adik.





2nd day raya cina,Sepupu aku si Idah akan menamatkan zaman bujangnya dengan orang Merchang.Buat Pok da,maaf di pinta kami adik-beradik tak kesempatan untuk pulang ke Paka.Dan selamat bertunang buat anak sedara aku Marhana Sofea Binti Roslan pada 14 ari bulan ni..Semoga kalian semua berbahagia hendaknya...

yang sebelah tu la Idah(sepupu aku)pic ni tahun 2007 masa Ani bersanding...

5 comments:

azieazah said...

Wahh nampak sedaplah itu Chicken Chop. Minat juga tauuu....

Selamat Bercuti juga buat ILA.. Moga cuti kali ini menyeronokkan..

Ain said...

kak, kat mana air coconut shake yg sedap tue....

kalau akak kebetulan gi rumah pok da akak kat paka tu, singgah la rumah ain.... kita pun paka jugak tau....

Ibu n Abah said...

zila,
kira okaylah dulu..
selamat mencuba makan-makan sempena cuti raya cina...

kakzie said...

kakZ..kira boleh la..


Ain,tak silap kita first time dia rasa coconut shake tu kat pasar malam PAKA..
awak PAKA kat mane?pokda kita kat rumah murah belakang klinik kerajaan tuh tak silap Gong Gemia...

ibu...ok lah tuh eik..mlm ni ingat nak pi pekena chicken chop Kat Haz Raz western n bavarage

Ain said...

kalau kat pasar malam selalu la beli....hehehe...

ain memang suka ain coconut shake....

ain duk bukit merah... tak jauh sangat la ngan rumah pokda akak...