Monday 30 November 2009

''TOK'ayaki'

Akhirnya aku berjaya juga menyediakan hidangan di bawah ni...''Tok''ayaki..Masa baru2 terjumpa link bekas Jurulatih aku dulu teruja nak buat.Hari sabtu pagi tu aku try buat sikit tapi rasanya kurang enak sbb terlupa nak letak telur dan bancuhannya terlau pekat so dia jadi keras sikit.Pulak tu aku taruk ''rumpai laut dan "udang geragau''terlau banyak jd masin sikit...


Malam tadi aku try plak buat lagi..dan aku cairkan sikit bancuhan tepungnya...sedikit rumit membentuknya bila di dalam acuan pada mulanya,tp lama-kelamaan jadi seronok pulak...dan..Wow!...rasanya mmg sedap..hehehe


Along dan Botak pun boleh terima tekaknya.Sebab kalau "sushi" tekak depa ni tak leh nak terima..satu bancuhan aku dapat dekat 15 bijik..Sebenarnya acuan nya bulat mcm kaya ball.tapi aku tak dak acuan tu aku belasah jer guna acuan bahulu...so jd lonjong sikit...janji sedap huahuahua...gulp!....


Nak resepinya...meh la pakat salin pas tu try ar buat k...Resepi ni aku tambah sikit bahannya di mana Puan haida aku tak letak pun dalam resepinya.Aku buat kajian dulu(ce wah).Aku cari dalam internet dan faham kan sikit2 bahan2 asing yg lain...

Resepi ni aku copy dari blog Puan Haida

Bahan Tepung :

Tepung jagung - 2 cawan
(aku buat 4 senduk kecil)
Tepung Gandum - 1/2 cawan
(aku buat 2 senduk kecil)
Telur 3 biji
(aku guna sebiji)
sedikit garam dan air
(aku bancuh guna stock ikan bilis dan air sejuk peti)
kobis di cincang

Tepung jagung dan tepung gandum di satukan .

Bancuhkan dengan sedikit air pati ikan bilis.

Tambahkan dengan sedikit air sejuk dari peti ais
(kalau air dari ais lagi elok)

Bila tepung dah cantik,masukkan sebiji telur,secubit garam..
(aku campur semua bahan ni dan blend bagi halus)

dan masukkan juga kobis yang dicincang.Gaul rata.

Intinya:

sotong(resepi asli menggunakan Octopus)
(aku tukar guna udang)
daun bawang - dicincang halus
(aku tak guna)
cendawan butang - potong kiub


Cara membuatnya:

-Panaskan acuan
(aku guna acuan kuih bahulu)
-Bila acuan dah betul2 panas, tuangkan acuan tadi seperti membuat kuih cara.Di biarkan melimpah-limpah.
-Dalam pada masa yang sama masukkan sedikit demi sedikit bahan2 inti.
-bila dah 1/2 masak,bentuk2kan limpahan tepung yang keluar tadi dan terbalikan dia.
-apabila dah garing angkat


Bahan Sos:

sedikit minyak
(aku guna minyak bijan)
sos tiram
3 ulas bawang putih - di cincang

~~~tumis bawang putih hingga garing dan masukkan sos tiram dan ,masak biar sedikit pekat.

bahan Tabur:

sotong kering
(aku guna udang geragau)
rumpai laut

Cara menghidangkannya:

susun comel2 dalam piring..
tuangkan bahan sos sekeliling Tokayaki
taburkan udang geragau dan rumpai laut yang dah di siat2 halus
(aku blend kering udang geragau dan rumpai laut)
akhir sekali taburkan mayonise...
sedia di makan...muahhhhh


panggang kambing dan daging petang semalam


Friday 20 November 2009

INDAHNYA

Sebelum pergi kerja aku jenguk..Balik dari kerja aku jenguk..Siram sekarang dah tak perlu sangat sebabnya cuaca sekarang ok.Hampir setiap hari hujan turun membasahi bumi...Seronok pulak rasanya bila benih yang kita semai akhirnya mengeluarkan hasil.Bukan nak di buat makan sangat tapi rasa seronok je bila melihat tumbesarannya.Walau hanya sekangkang kera tanahnya(tepi longkang) tapi tak sangka pulak nak juga dia berbuah.Aku tak nak petik buah ni tapi nak biar tua semuanya nak buat benih nak tanam kat belakang rumah.Belakang rumah aku tanah dia lapang sikit.kalau nak tanam dalam 10-15 anak pokok boleh lagi la kut.Betul la kata orang,berbudi pada tanah tak rugi.Tapi kalau tanam cili api mesti tak hidup..Nape eik?.. Dah berbuah

ada yang berbuah ade juga sedang berbunga


Sekalung tahniah di tujukan buat anak sepupu Imran Hakim Bin Mohd Rafi kerana memperolehi 5A dalam peperiksaan UPsr. Tak lupa juga buat Nur Hidayah Attira dan juga Amira Nurizzati yg merupakan anak2 kepada sahabat KLFM.Buat Hidayah selain mendapat keputusan yang cemerlang, beliau juga di anugerahkan Anugerah Mumtaz,Daerah Hulu Langat dari Jais dan Anugerah khas,Tokoh Pustakawan Cemerlang...Tahniah! tahniah....dan buat anak2 sahabat yang lain

Pagi semalam mendapat perkhabaran dari Ani,menyatakan Poksu sedang tenat dan masih tak sedarkan diri sehingga aku menaip N3 ini.Perasaan hati tu nak balik ziarah tapi masalah diri sendiri tak mengizinkan.Semoga Poksu kembali sedia kala..Aminnn....



Monday 16 November 2009

MAKAN2

Macam biasa Sabtu dan Ahad adalah hari aku bercuti.Pagi Sabtu tu, sebelum Along pergi kerja,dia dah siapkan sarapan merangkap makan tengahari iaitu "mee goreng".Selesai siap aku mengemas dapur,menyapu laman dan ruang tamu,aku sambung baring2 dalam bilik.Dah tak de benda nak buat so duk sorang2 tu faham2 je la.Baru nak lelap kan mata,sekali aku terdengar orang memberi salam.Macam aku kenal je suara itu..Rupanya kakIx datang antor kuih tart yang aku order dari kakZ.Thanks kak,ingat kan dalam kul 2 baru nak gi amik kat rumah akak..sbb motor tak de,Botak keje...
Lepas kak Ix balik aku ke dapur balik.Apa nak buat eik..Aku terpandang periuk lauk yang along masak asam pedas ikan kembung hari Jumaat ari tu.Rumah aku ni biasalah kalau masak ikan memang tak jalan.Along teringin nak makan kuah asam pedas so dia masak Jumaat ari tu.Tak banyak mana pun tapi boleh tak abis.Nak di buang sayang,so aku pun modified la sikit untuk di makan dengan laksa.Ikan adalah lah dalam 5 keping dalam kuah tu,aku blend halus tambah itu ini jadi kuah laksa...jadilah dr membuang gitu jer.Nak ke kedai aku malas,so sms Botak suruh dia singgah kedai balik kerja larang cari laksa basah.Aku memang tak suka sgt makan laksa ni,tapi kalau laksa dia jenis basah mcm tu aku suka la.Kalau yg kering pastu di rebus aku tak gemor sgt.
Botak balik aku terus rebus laksa dan makan...hahaha keja aku sabtu tu makan dan makan jer..Mee goreng la laksa la semua aku bedal.Boring duduk kat rumah itu lah bahananya.Ajak Botak gi UO Taman Dagang dia malas..huh memang bosan.Malam tu ingat nak lepak kat rumah abg sepupu aku kat pandan Indah..Konon2 nak mengurut sekali ler.Nak numpang kerusi urut badan dia.Rupanya kakElli masih di MidValley tgk ekspo rumah.So aku pun pegi anto je la kuih tart dia sebekas(aku buat kak Elli terliur ari tu,ibu mengandung kena lepaskan gakhehehe) yg kebetulan Nini anak dia ada di rumah(study kut cz nak SPM).Sampai kat Kondo abg aku tu,kebetulan tengah tunggu lif aku ternampak anak2 abg aku baru samapi.rupanya depa ni gi jalan ke lain tak ikut mama dan papa dia.So aku bagi je la kat depa dan malas pulak nak naik sbb kesian pulak depa penat balik jalan kang nak kena layan aku pulak..Lain kali la kak Elli eik.
Tahniah buat Juara Penyampai Ikon RTM yang pertama,Aina Suzaily.Target aku Siti Aisyah Baslie..Tapi Aisyah hanya berada tempat ke dua..Syabas buat ke semua 6 finalist..Anda semua berbakat...
Minggu...
Pagi dok bekfes dengan Botak...
"Assalamualaikum... Zila,makan ikan talapia tak?...
Pak Din selang serumah dari rumah aku datang bertanya...Aku makan la ikan sungai ni tapi Along dan Shah memang tak sentuh langsung.Ikan laut pun memilih ape lagi ikan darat.So,pas tu kak Minah Isteri Pakdin mai datang antor.Dia bagi aku 5 ekor..aku bagi bibik belakang rumah tu 3 ekor dan aku amik 2 ekor.Aduhyai..ikan darat ni tulang dia keras la tak macam ikan laut.Nak menyiangnya payah giler.Sebabnya pisau rumah aku ni kecik jer...
Apa pun usaha tangga kejayaan..selesai membuang sisik menyiang dan basuh dengan air asam..aku pun nyalakan arang n ready to bakar..hehehe.Mulanya ingat nak goreng berlada jer..Tapi kata kak Minah kalau bakar lagi sedap..serius aku cakap ni first time aku mengerjakan ikan talapia dan rasanya ni first time kut aku mkan ikan talapia..Wow! dengan penuh semangat untuk merasai kelazatan isinya...aku biar arang tu betul2 jd bara dan panggang garing..Memang sedap la..nak pulak makan panas2 kan.Cecah pulak dengan kicap+cili api+asam limau..memang tak hengat..abis sekor setengah.Isinya lembut macam "ikan kapas" dan tak de tulang2 halus,so proses memakannya tak rumit ...Lain kali gi menjala Pak Din jangan lupa antor kat rumah lagi yer..hehehe.dan paling syok..serentak 3 buah rumah membakar ikan talapia.Abis sekampung berbau orang membakar ikan hahahaha.....

Monday 9 November 2009

KIT "NASKAH CINTA"







Kit "Naskah Cinta" ini merupakan product terkini yang baru seminggu di pasaran.Pek ini mengandungi 4 buah buku iaitu Al-Mathurat, yasin dan Tahlil, Al- Asma ul Husna (Pengertian penerapan Doa) dan Surah-surah Amalan.Sesuai untuk di jadikan cenderamata atau pun untuk kegunaan peribadi..Satu kit di jual pada harga RM19.90.
Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya, bolehlah buat tempahan dengan menghubungi Ila di talian 012 - 3119685.Baru seminggu di pasaran tapi jualannya dah melebihi 1000 naskah...

BUAH TUNJUK LANGIT

kulit coklat tu di kopek dan ambil biji putihnya saje kemudian di kunyah...

Petang semalam baru aku berkesempatan membelah 4 biji buah "tunjuk Langit" ni yang di beri oleh Pak Din selang se rumah dari rumah aku.Buahnya berbentuk seperti buah koko..berkulit keras dan berwarna ke arah coklat perang.Kata Pak Din,buah ni kena belah dan ambil bijinya kemudian di kunyah seperti kuaci.Rasanya memang lah sgt2 pahit.Bijinya seperti kuaci pun ada.Nampak macam lemak jer tapi kepahitannya tak terluah dek kata-kata..Tak lalu aku nak mengunyahnya..Hanya aku daya menelan.Buah ni susah nak mengambilnya kerana pokoknya terlalu tinggi.kat tempat kerja Botak lama dulu ada pokok ni,berhampiran dengan restoran Pizza Hut Taman Putra.Buah ni mengandungi banyak khasiat berdasarkan maklumat yang aku cari di dalam Internet.Ia mengandungi kandungan tinggi 3 komposit aktif utama,iaitu"Flavoonoids" "Saponins" dan "Bitter Alkaloid".

Di samping itu,ia juga mengandungi nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan seperti protein, mineral,pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.
Fakta Nutrisi buah tunjuk langit:-
  • Protein
  • vitamin B1
  • zat besi
  • vitamin D
  • asid folik
  • karbohidrat
  • vitamin A
  • fiber diet
  • potassium
  • Vitamin E
  • Kalsium
  • Vitamin B6
  • magnesium
  • sodium
  • Vitamin B3

Flavonoids semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia.Ia terdapat dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan ginseng, coklat dan tongkat ali.Bahan flavonoids yang semulajadi terdapat dalam biji buah tunjuk langit yang mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti-pengoksidaan.

Fungsi2 Utama Flavonoids:

  • mengurangkan tahap gula dalam darah
  • mengimbangi gula dalam darah
  • memperbaiki kelancaran peredaran darah
  • menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan
  • memperbesar dan memperkuatkan keanjalan saluran darah
  • mengurangkan kolestrol yang tidak baik dalam darah


Friday 6 November 2009

PERTAMA DAN TERAKHIR

Malam tadi,tekak ni mula gatal nak berkung fu..Apa lagi aku ajak la Botak dan Ela pi jalan-jalan cari makan.Tapi kali ni kat mana nak tuju eik..?Balik-balik tempat yang sama.Pada-pada dok fikir tuh,tetiba Botak bagi cadangan.Apa kata kita try mkn kat De Mawar pulak..Ok gak tuh..Memang dah lama ingat nak makan kat sana.Asyik lalu je dengan motor tapi tak pernah tergerak hati nak singgah makan.Tempatnya kalau tengok memang romantik giler..Kat sini payungnya di letak rendah jer pastu setiap meja di terangi dengan cahaya lilin.TV memang tak ada sebab nak wujudkan suasana romantik..pergh kalau berpasangan tu mmg akan terasa la kut.hehehe...
ABC dak Ela yg tak habis..di suruhnya aku habiskan..
tak lalu aku...

Seperti dah di rancang, aku membuat pesanan mee tiau kung fu dan ABC manakala Ela, mee tiau sup dan ABC dan Botak tak boleh blah..tekak orang putih sokmo...huh..chicken chop dan laici kang...sepuluh minit order,makanan aku dan Ela sampai..haha..patutnya sampai air dulu..lembabnya buat kerja..habis sesuku makan barulah ABC dan laici kang Botak sampai..

Wow! nampak best je ABC dia,sirap dia menawan hati..Tapi bila terpandangkan Laici kang Botak..huhuhu...aku terus sound..laici kang ke laici kung...tension je Botak tengok air dia.Lai ci kangnya dah putih gitu jer..isinya semata-mata laici,nata de coco dan barli..la hai..30 tahun dah aku hidup,dan laici kang ni aku kenal sejak aku kecik lagi, tak pernah aku jumpa sesempoi ni.Bila di hirup, tawar meleser..Seolah-olah me minum air sejuk..Bengang giler Botak bila mane dia tgk ABC aku dan Ela macam-macam benda ade termasuk la kembang semangkuk dan longan.padahal nak ikutkan bahan2 tu lebih sesuai dengan laici kang..Bila aku dan Ela mencuba pula ABC yang kami sama-sama order tadi..sekali lagi aku dan Ela bersunggut...Nampak je lawa menarik tertarik tapi rasa hampeh..Betul aku cakap...tak sedap langsung..tawar juga..Sirap dia memang merah tapi sekadar warna..mana sedap...tak de gula huhuhuhu


"Bro,meh jap....aku panggil pelayan kat situ.

"Bro,ni air ape?tanya Botak buat- buat bodoh..

aku pun menyampuk la sikit...ni air laici kang ker?awat air dia pelik macam ni..?
Budak tu sendiri terpinga-pinga.Aku terdengar terkeluar dari mulut dia"ha,air laici kang? soalah sendiri pun tak berpuas hati...


Di ambil air botak tadi dan menambah ape yang patut.Aku dan Ela dah selamat makan.Tapi botak punya tak sampai2 lagi..Memang teruk la layanan dia.Kita orang dah banyak tempat makan tapi tak pernah lagi terkena macam ni.Hampir 25 minit tunggu baru siap chicken chop botak.Padahalnya pelanggan dia cuma kami dan 2 orang suami isteri di belakang kami je masa tuh.Botak habis kan makanannya tapi air laici kang dia tadi tak abis langsung dan ABC Ela juga begitu..Sikit je dia hirup..Aku ok lah sebab tak kisah lau tak manis sebab pengidap kencing manis kan..Selesai bayar,sambil menuju ke motor..aku ucapkan..terima kasih De mawar...tak akan aku melabur lagi wang ku di sini..Baik makan western kat Haz Raz..Tempat lagi ok hargapun murah dari sini...layanan pun tak slow...Moral of Story...Perhiasan yang indah di luar, tak semestinya indah di dalam

Tuesday 3 November 2009

KATA YANG DI KOTA

Kami akan memulangkan wang anda tanpa soalan sekiranya tidak berpuas hati dengan barangan dan perkhidmatan kami..
Syabas di ucapkan..
Memang tak de satu soalan pun di tanya bila aku
bertanya mengenai harga sebenar barang yang aku beli semalam.
Al-kisahnya,
masa ambil dari tempat barang tu,
memang tertera harganya RM 6.17sen
tapi bila aku di kaunter pembayaran, harga nya tak seperti yang tertera sebelum itu.
Jauh larinya sampai RM1.20.
Maka,
cashier tadi mengarahkan seorang staff carefour untuk scan balik barang yang aku beli tadi
dan ternyata sama seperti yang aku lihat sebentar td.
Cashier tersebut mengarahkan aku ke "kaunter Khidmat Pelanggan" dan memang tanpa ada satu soalan pun di tanya pada aku dan setelah selesai mengisi borang,
wang aku di kembalikan....
Syabas....

Monday 2 November 2009

MAKAN-MAKAN

Sabtu,31 Oktober 2009,

Terima kasih kepada semua yang sudi datang menjamu selera di teratak aku sabtu lepas.Sebarang kekurangan dan layanan,seribu kemaafan aku pohon..Sedih sikit,sebab kawan-kawan lama aku ramai yang tak dapat datang.Lebih-lebih lagi kak Mas dan Imah..Aku memang nak sangat jumpa dengan 2 orang ni.Diaorang ni la antara yang paling aku rapat semasa menuntut di IKB.Kesibukan kerja tidak mengizinkan mereka untuk bertandang.Apatah lagi masing-masing sudah mempunyai keluarga.Ada yang bekerja,ada yang suami duty 24 jam..tak pelah lain kali kita wat ghatering lain..Teriam kasih juga buat sepupu-sepupu yang telah memeriahkan majlis sempoi aku ni.Jeles ar wey..Korang dok gelak2 kat dalam rumah..tak leh nak join gelak sekali huhuhu...memang dengar macam happening sgt..Dan terima kasih buat beberapa sahabat KLFM yang sudi bertandang.Yang tak berkesempatan tu,aku faham..masing2 ada komitment sendiri..Lagi pun memang aku tak undang ramai sangat.Maklumlah rumah kecik sangat.Tu pun mengelupur sekejap masa di sebelah petang.Syukur hujan yang turun tak berapa lebat.Selalunya memang lebat giler sampaikan air longkang akan melimpah memenuhi tapak aku membakar ayam.Huajn petang tu tak lama.Dah la dalam rumah dah penuh.Kesian kat mereka yang duduk kat luar jer...Sekali lagi terima kasih sgt aku ucapkan..Aku memang jarang-jarang buat majlis begini..Bila bab membakar ayam tu mmg teringat sgt kat arwah ayah..Kalau ayah ada,mesti dia pun seronok...k la layan gambar la pulak yer...
Capuchino cake-Kak Nora anak Mak Nyah bagi
dan agar-agar gula merah Mak Nyah bagi
Mak Jaya,Pak Ali,ABg Kajang dan Pak Jaya..
Rupanya Abg Kajang merupakan opis mate suami sepupu aku kat MPOB

Terima kasih Mak Jaya...

3 Dara Pingintan..
Adik2 FB yang merupakan Junior aku juga di SKAC
Gamabr2 seterusnya ni aku amik dr FB Kak Yatie(sepupu aku)

dengan abg sepupu- Abg Lan

Anak dan menatu serta cucu arwah Makcik aku

Anak arwah Makcik(no 2) aku dan cucu2nya

Yang belakang tuanak arwah Mak ngah dan menantu
serta cucu2nya
Anak sulung,menantu dan cucu arwah makcik aku
Anak sepupu (Amanda)..aku kenan sungguh gown dia...