Thursday 14 May 2009

13 MEI 1969 - 13 MEI 2009
Bermakna dah 40 tahun sejarah hitam negara ini berlalu..Namun kesannya masih terasa pada diri-diri mereka yang mengalaminya saat itu..Sebenarnya terlalu sukar untuk menceritakan perkara ini dan takut pula akan menimbulkan perasaan tidak senang hati bagi sesetengah pihak kerana isu 13 Mei merupakan isu perkauman...Di sini aku hanya mahu berkongsikan pengalaman yang pernah di ceritakan oleh arwah bapak pada aku satu ketika dulu.Aku memang suka sangat kalau bapak menceritakan sejarah lampau.

Menurut cerita bapak dahulu,kejadian 13 Mei berlaku beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum.Di mana orang Melayu tidak berpuas hati dengan tindakan pembangkang.Semasa kejadian 13 mei,bapak dah pun berhijrah ke Kuala Lumpur.Dan pada masa itu,bapak tinggal di setinggan Keramat(lokasi sekarang bersebelahan dengan stesyen Putra Lrt Damai,sebelah sungai yg kini tak silap aku ada Masjid ke surau,gitu ler)Masa tu arwah mak tengah mengandungkan "Along".Apabila di umumkan darurat,semua orang tidak di benarkan untuk keluar rumah dan di sebalik cerita darurat ini,kata bapak lagi Pok Teh aku hampir di tembak oleh polis yang mengawal sekitar itu kerana degil keluar rumah.Namun menurut bapak lagi,mujurlah Polis yang nak menmbak Pok Teh tu mengenalinya.Orang muda darah muda degil ,gitulah cerita bapak.
Dan teringa t pula cerita makcik Sapiah,yang merupakan jiran tetangga aku masa di Flat Jalan Tun Razak yang juga merupakan ibu bekas majikan aku,kak Ina semasa aku bekerja di Taska Kak Ina tahun 1999 dulu.Makcik Sapiah kebetulan datang menziarah Taska Kak Ina,dan dia yang memang dah di kenali becok oleh orang-orang flat sana menceritakan pada aku sedikit mengenai peristiwa 13 Mei ini.Masa tu dia denagan suaminya dan seorang anak lelakinya abgSatar baru pulang dari Kuang dan tak tahu pula akan kejadian yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.Sepanjang jalan katanya kiri kanan penuh dengan badan beruniform bersenjata kan senapang.Punyalah takut katanya tapi syukur tak ada perkara yang buruk terjadi sehinggalah mereka selamat tiba di rumah.Setibanya di rumah barulah mereka tahu bahawa pertelingkahan kaum sedang berlaku.
Huh!walaupun aku tidak wujud lagi saat dan ketika itu,tetapi melaui pengalaman orang-orang dulu agak ngeri juga bila di fikirkan.Syukurlah sekarang Malaysia aman dan rakyatnya bersatu-padu.Kalau pun ada yang sikit-sikit tu,kerajaan pantas bertindak.Syabas...
KERANAMU MALAYSIA........

No comments: