Wednesday 10 September 2008

HAMPEH

Gara-gara kelewatan bas semalam aku lewat sampai kerumah.Bulan puasa ni setelah di rayu dgn bhgn HR maka dapat lah pulang seawal jam 5.Kelewatan bas semalam tak lah seteruk yang aku alami hari Jumaat lepas(5/09/08).Bayangkan seawal jam 5 aku dah keluar dari kilang tapi gara-gara Terowong Smart dan hujan yang lebat dari pagi (dengar khabarnya KL sesak gile) maka aku terpaksa berdiri hampir 3 jam menanti bas yang tak muncul2 di Taman Mulia Jaya.Ikut hati hari tu nak saja aku berjalan ke Rumah.memikirkan jalan yang akan di lalui itu naik turun bukit aku jadi serba salah.Mahu semput nanti aku di buatnya.Menanti teksi yang lalu kat sana pun hampeh..ada pun semua bagi tahu gas NGV mereka dah nak kehabisan.Nak tak nak aku terpaksa masej along untuk memasak lauk untuk berbuka.Mungkin aku terlewat.Sedihnya waktu azan maghrib aku masih lagi duduk terpacak di bas stand.Bas yang di tunggu tiba setelah hampir 15 minit umat islam berbuka puasa.Letihnya tapak kaki Tuhan aje yang tahu.

Tapi mujurlah semalam bas hanya lewat setengah jam dari biasa.Setiba di rumah jam dah menunjukkan pukul 6.Apa lagi dalam keletihan pertama sekali jerang nasi..dari tempat kerja tadi dah merancang nak masak asam pedas ayam dan goreng sayur kacang botol.Ingat mulanya nak masak lemak cili api ayam sbb dr minggu lepas si Atan dah order lauk tu.Pikir2 malas la pulak nak masak lemak2 ni.Akibat dah terlalu lambat sampai maka bahan2 yang sepatutnya di tumbuk aku racik2 jer halus-halus.Nak di tumbuk dah kesuntukan masa.wawawa...maka terhasil la asam pedas yang kurang"kick".Tapi cayalah first time aku goreng kacang botol style ape tah tapi hasilnya memuaskan .sodap lah pulak.Berperang bersilat di dapur ngam-ngam 710 aku selesai masak...Hari ni menu ape pulak eik??balik2 ikan dan ayam.

3 comments:

black_canary said...

biasalah dik hoi...itulah tahap pengangkutan yg kita ada di Malaysia...tapi beberapa tahun yg dulu..kami asyik berbuka kat dlm kereta aje tau..sekarang ni baru dapat berbuka kat Klinik kat Rahaman Putra..Tahun lepas kat USJ..tiap2 tahun bertukar-tukar tempat dik hoi..

kakzie said...

abgbc...alahai sedihnya xpe la mane-mane pun janji rezeki yang masuk tu berkat kan

azieazah said...

Kak AA tiap hari balik kul 6, tiba umah lbhkurang 6.20-6.30..

masih sempat masak 3 (kadg2 4 jenis) lauk. Kerana sentiasa guna teknik utk jimatkan masa...

e.g.
1. sms anak dara kuarkan ikan beku dari peti beku jam 2 atau 3 ptg.
2. bawang dah kupas stok dlm petiais utk seminggu
3. sayur2 potong siap2, buh dlm bekas tutup (supaya tk layu)
4. ikan yg hendak digoreng.. digaram kunyit sehari awal (penting menu plan dlm kepala)
5. rencah2 spt ikan bilis jika perlu, tumbuk siap2..

wahhhh gitu ler jadi wanita...

so far lum pernah lagi terbabas shgga selepas berbuka.. biasapun 5 min sbelum berbuka dah leh amik nafas.. (tu siap dgn agenda mandi dan solat asar tu)

sambil tunggu masak, sambil cuci pinggan.. kdang2 sambil mesin kain.. hahahahaha