Friday, 19 September 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA











control beb!!

Tahun ni tahun ke-2 aku berbuka puasa dengan syarikat tempat aku berkerja sekarang.Ini bermakna dah hampir dua tahun aku di Syarikat ni. Kalau tahun lepas majlis berbuka syarikat diadakan di Bora Ombak-Ampang Point,tapi tahun ini di Hotel DePalma,Jalan Ampang. Terima kasih pada pihak pentadbiran kerana sudi menjemputku dan rakan sekilang aku Siti...Terima Kasih juga buat Naimah kerana menyusahkan diri menjemput akak kat rumah.


jahat aku ngusik Haikal sampai menangis hehehe... ni lah gaya seorg ibu..sebaya aku ni tapi anak dah 5..pergh




Makanan yang di hidangkan di sini boleh di katakan ok lah juga.Maklumlah kalau dah "free" tu kira ok lah kan..syukur.Tapi bila dah menu tu terlalu banyak tak tahu apa yang nak di makan.Sekadar-kadar aje la..Tapi untung kalau yang jenis kuat makan..Tak rugi..Maklumlah bayaran jer untuk satu kepala RM53 bersih.Intai-intai juga kut2 ada kerabu mangga dan kerabu perut,tapi sayang tak de ar..kerabu pucuk paku.kira ok lah jugak..hehehe.









Selain itu,tahun ini juga aku berpeluang berbuka puasa bersama-sama dj2 kesayanganku Dj Julia,Dj Mimie,Kak Azizah Dj MK(kaki lawak) dan Dj Ain(walau hanya sebentar) di Imperial Hotel,Jalan
Sultan Ismail.Mula-mula blur gak sbb tak tahu dan tak terNAMPAK langsung tang mana terletaknya hotel ni.Maklumlah aku ni bukan kaki rayau.Kalau tak de benda nak buat kat KL tu jangan harap aku nak kesana.Seawal jam 5 aku bergerak dari kilang ku yang terletak di Lembah Jaya Selatan.Mulanya aku ajak Naimah untuk menemani ku,tapi sayang dia tak berapa sihat.Aku calling2 abgDin(Abg angkat ku) sayang juga sbb dia kena bawak Datuk pergi berbuka,akhirnya aku teringat anak maknyah si Ella,alhamdulillah dia ada kat Ampang time ni.Maklumlah minah ni mencari rezeki di Klang.

Aku tiba di hotel seawal jam 6.Kata Julia dia suruh tunggu di Lobi selewatnya jam 630ptg.Aku duduk la lepak-lepak kat lobi sambil bergambar bersama Ella dan sepasang suami isteri juga merupakan sahabat klfm(maaf la lupa nama sahabatnya). Tika jam menunjukkan 6.50ptg kelibat Julia tak kelihatn juga.Aku pun try naik ke tingkat atas untuk meninjau2 kut-kut Ju ada di sana..Betul la rupanya dah ramai yang sampai.Aku dudk semeja dengan Kak Azizah dan suaminya(Abg Roslan) dan juga Dj MK.Dj MK ni lawak jugak orgnya.Ramah seperti dalam radio juga.

Wah! kat sini menu yang tersedia terlau banyak..Dari Japanesse,western,chinesse dan Melayu semuanya ade.Deasert yang di sediakan pun agak banyak dan sedap2.Paling aku suka makan malam tu tiram dan kupang mentah yang di perah lemon dan di cicah thousand island.Pertama kali aku mencuba..dan emmm... not bad rasanya.Tak ketinggalan juga sushi my favourite...jam 8.30 malam masing-masing beransur dan di bekalkan sebekas bubur lambuk..TQ klfm tq Imperial...

1 comment:

bimmer553 said...

cerita pasal dessert ni, teringatlah pulak icecream goreng dekat nipah coffee house equatorial. tersangat sedap !