Salam Maulidur Rasul 1431H...
Cuti Maulud hari tu, seawal pagi dah ke TPCA hanya semata untuk bersarapan pagi.Dak Along la teruja sangat bila membaca n3 kak Z di blog beliau.Aku dan Botak makan nasi lemak dan Along "order" lontong.Tak tahu la betul ke idak gerai yang kami masuk seperti mana yang di ceritakan kakZ dalam blog dia.Tapi kalau ikut gerai no 20 tu macam dah betul jer...Bagi tekak aku ni,biasa je nasi lemak di gerai ni.Kira ok la.
Selesai bersarapan,kami saje2 mengular ke pasar Keramat pulak.saje2 nak cari kuih wat kudap2 duduk rumah cuti2 tu kan.Terasa macam kat pasar kampung aku la pulok.Banyak sungguh kuih dan berjenis2.Rambang mata sekejap..hahaha.Setelah membeli apa yang rasa nak di telan,kita orang pun balik ke rumah.Dalam pada nak balik kerumah tu,Tetiba Along ajak pergi Masjid Negara sempena 1 Malaysia 1 Halal.Ok lah aku pun dalam mood nak berjalan,kami balik sekejap untuk menukar baju.Masa tu aku pakai baju T dan seluar agak ketat sikit.So balik salin pakai blaus panjang dan seluar jeans.Dalam banyak2 gerai tuh kami cuma beli nugget dan sosej Ayamas yang 20% diskaun jer dan juga 5 botol air berkabonat keluaran HPA.Not bad rasa kola Radix.Walaupun harganya dah hampir setanding keluaran F&N tuh tapi kira ok lah,bak kata Along aku,sape lagi nak tolong orang Islam kalau bukan orang islam sendiri.Cuaca agak panas dan membuatkan kami mudah keletihan.So,lebih kurang setengah jam je kami di Masjid Negara dan terus balik dan singgah di BP Station Jalan Cheras untuk cuci kereta yang hanya RM3.Murah tapi tak berapa bersih..tapi boleh la..nak bersih2 gi la tempat mahal sikit kan hehehe....Cuma yang syoknya kita tak yah turun dari kereta.
N3 kali ni tak tangkap pic sebab HP aku dah bermasalah.Minta baru...huhuhu...
kali ni abis RM30 kat Jom Heboh...Dak Ela RM50 tu pun lupa nak cucuk duit dulu kata dia kalau tak mahu dekat seratus...giler tul dak Ela ni...hehehe
Tahniah buat sepupu aku kerana dah selamat melahirkan bayi perempuan ke 2 anak ke 3 petang semalam yang seberat 3.24kg secara normal.Kalau Cik Ila ada masa nanti Cik Ila gi melawat yer.
Buat abg Din@ Laksa Kuala yang accident pagi tadi,semoga cepat sembuh dan sabar dalam tempoh MC yang di ramal doktor mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan.Dan semoga selamat menjalani pembedahan hari rabu ini.Kata dia sama2 salah.Tapi dah benda nak jadi redha je la.
harap sangat apply cuti pada 15 dan 16 Mac ni approved,sebab abg Sepupu aku dah boking apartment untuk bercuti di Bukit Tinggi nanti....Takut jer Bos tak bagi sebab Naimah akan berangkat ke Tanah suci Sabtu sebelumnya untuk menunaikan umrah...selamat menjalani ibadah buat Naimah sekeluarga...
4 comments:
Salam Zila,
wah.. zila pun terpengaruh dengan citer azieazah nasilemak TPCA.. akak cuba dah, memanglah sedap. Tapi lontong dia memang akak puji... sedap...
Lainkali kita buat date kat situ.. OK..?
Along kite yang nak sangat pi sana.Kebetulan semua pun cuti maka bergerak la kami 3 beradik di sana.
Insyallah ada waktu yg sesuai kita date k kak...
Mak aiii... ada gak yang terpengaruh rupanya...
Kak AA biasanya, makan Nasi Lemak situ dengan sotong dan telur mata...
AKAK RAHMAH, nak dating kalu, keloi nooo...
Kalu dapat kita makan Ayam Kampung tu, lagi bestttt...
begitu kuat penangan cerita kakZ...
samalah ila pun amik sambal sotong..yang ayam kg tu ila mmg teringin sgt tapi tu la nak kena along pun cuti sama baru leh ke sana
Post a Comment