Monday, 22 February 2010

Kenangan itu

Kalau tak silap pic ni aku mungkin sekitar darjah 4 atau 5.Sebab apa aku ingat lagi baju tu arwah mak yang belikan dan aku belum bercermin mata.Aku bercermin mata masa aku darjah 6.Ni antara gambar2 kenangan semasa aku kecik yang berada dalam album gambar MakNyah.Aku memang langsung tak ingat bila time pic ni di ambil.Yang pasti pic ni di ambil di rumah MakNyah.Yang berbaju merah tu la si Ela(ala2 tomboy) mmg tomboy pun masa dia remaja dulu...hehehe dan yang duduk depan Ela tu adik dia si Sham dan sebelah Sham si Botak adik aku(Shah)....comel giler adik aku masa kecik.Putih.La ni huhuhu...ansem jugak cuma terlebih bulat macam kakak dia.Sebenarnya banyak lagi pic2 aku kat rumah Maknyah.Aku sendiri pun tak de simpan gambar2 aku masa kecik.Tah kemana perginya pun aku tak tau.Rasanya dulu mmg banyak gambar aku masa kecik,mungkin makan dek anai2 kut.Sebab dulu rumah kayu.Memang jadi sarang anai-anai.sesekali tgk gambar2 lama memang seronok.Nanti la lain kali aku letak lagi.
Kalau sesape yang pernah baca N3 aku yang lepas,pastinya masih ingat dengan N3 aku mengenai kebotakkan kepala yang aku alami.Alhamdulillah,lepas aku pendek kan kepala aku dan menggunakkan shampoo Clairol Herba Essencse(betul ke idak tah ejaannya) rambut baru tumbuh dan keguguran tak seteruk dulu.Syukur.Dan sekarang aku nak panjang kan balik macam dulu kala.Dah boleh ikat pun rambut aku sekarang....ye haaaaaaa

Sejak minum sebotol Jus herba Kemunting cina dan Belada pahit, keluaran Fadila Herbs ada beberapa perubahan yang aku nampak.Kaki ku dah kurang kebas dan sengal2.Air pun dah kurang minum dan paling ketara aku kurang bangun malam untuk buang air kecil.Kalau dulu,tapak kaki selalu sengal lebih2 lagi bila berjalan lama,mesti sebelum tidur aku merengek2 sakit hendak di picit dan kadang2 aku urut sendiri bagi hilang kan sengal2 di tapak kaki,tapi alhamdulillah sejak minum sebotol herba ni ,tapak kaki aku tak sengal lagi dan boleh tidur dengan selesa.Bulan depan ingat nak amalkan terus minum herba ni...

3 comments:

Ain said...

ain takde pun gambo masa kecik dulu kak...huhuhu...

Ibu n Abah said...

Zila,
bila kita makin dewasa, gambar-gambar lama menjadi barang berharga kita. Tp sayang, anak2 akak dok menyepah-yepahkan gambar mereka masa kecil2 sebab mereka tak tahu value gambar lama. Akak sedang cari gambar2 lama akak yg ada dalam simpanan kawan2 dan saudara mara...

IXORAROXI said...

alhamdulillah, semoga terus beroleh kesihatan yang baik ya