Copy Paste dari www.hmetro.com.my
Salam takziah dan Al-fatihah.......
Trajedi yang menyayat hati..
SEREMBAN: Dua daripada enam mangsa yang rentung selepas kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan di Kilometer 252.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang, awal pagi semalam ditemui berpelukan di tempat duduk penumpang depan.
Kedua-dua mayat dipercayai Nor Fadilah Isnin, 32, bersama bayi lelakinya, Adi Putra, dua tahun ditemui selepas operasi mengeluarkan mayat mereka dilakukan pasukan bomba dan penyelamat.
Turut rentung adalah suami Nor Fadilah yang juga pengasas Fadhilat Herbs Sdn Bhd, Suhaimi Ghazali, 41, dan tiga lagi anak pasangan itu iaitu Nurul Natashahuda, 11, Mohd Daniel Iskandar, 10, dan Mohd Hanif Iman, enam tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, kereta BMW yang dipandu Suhaimi dipercayai terbabas lalu melanggar sebuah treler yang mengalami kerosakan di lorong kecemasan lebuh raya.
Berikutan perlanggaran itu, kereta mangsa terperosok ke bawah treler berkenaan sebelum terbakar dan semua mangsa terperangkap di dalamnya.
Enjin kereta mangsa turut tercabut dan tercampak beberapa meter dari tempat kejadian dan terdapat kesan brek dipercayai daripada kereta mangsa di tempat kejadian.Pemandu treler berkenaan pula tidak berada di situ kerana kenderaannya rosak sejak petang kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Penolong Penguasa Bomba Jaafar Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.31 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.
“Ketika sampai api marak dan kami terus memadam kebakaran pada kedua-dua kenderaan berkenaan.
“Dua kren turut digunakan untuk mengangkat treler dan kereta mangsa yang terperosok di bawah kenderaan berat itu,” katanya.
Beliau berkata, operasi mengeluarkan mayat semua mangsa hanya dapat dilakukan kira-kira jam 4 pagi selepas kedua-dua kenderaan itu dialihkan.
Menurutnya, dua mangsa ditemui di tempat duduk penumpang depan, seorang di tempat duduk pemandu manakala tiga lagi di belakang kereta.
Katanya, operasi mengeluarkan semua mayat mangsa yang rentung selesai kira-kira setengah jam kemudian.Sementara itu, suasana hiba menyelubungi perkarangan rumah mayat Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini, apabila ibu mangsa yang rentung tiba-tiba pengsan sejurus tiba di depan rumah mayat.
Aminah Abdullah, 64, ibu Nor Fadilah yang diiringi suami dan ahli keluarga tiba kira-kira jam 2 petang di perkarangan bilik mayat berkenaan dipercayai untuk membuat pengecaman dan menuntut jenazah.
Bagaimanapun, sebaik melangkah ke depan bilik mayat, Aminah terus menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan selepas anak, cucu dan menantunya terbunuh.
Sanak-saudara dan wartawan termasuk jurugambar, bagaimanapun terkejut selepas Aminah tiba-tiba pengsan lalu dibantu mereka yang berada di situ.
Dia terus dimasukkan dalam kereta dan dikejarkan ke jabatan kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.
Beberapa kakitangan Fadhilat Herbs Sdn Bhd yang mengetahui kejadian itu turut bergegas ke HTJS sebaik mengetahui kejadian menimpa majikan mereka. Ada di kalangan mereka yang tidak dapat menahan sebak menangisi kematian mangsa sekeluarga.
Kakitangan syarikat mangsa, Mohd Noor Baki, 32, berkata Suhaimi seorang majikan yang amat mengambil berat terhadap kebajikan pekerja.
“Dia bos yang mudah didampingi dan selalu mengambil berat terhadap kebajikan kakitangan bawahannya.
“Kehilangannya amat dirasai dan kami semua reda serta menganggap kejadian yang menimpanya sebagai suratan takdir,” katanya ketika ditemui di HTJS di sini.
5 comments:
al-fatihah,
tengok berita kat tv malam tadi....
memang tragis sangat kan....
takziah untuk keluarga mereka....
salam zie,
akak pun baru baca berita ni melalui paper pagi ni. Kalau tak silap, keluarga arwah isteri ni orang kampong pak mertua akak. Bapanya Haji senin terkenal dengan kari kepala ikan di semabok melaka...
(nanti nak confirm dgn mak mertua)
Rasa memang menyedihkan dan menyayatkan hati melihat mereka sekaluarga pergi tapi..yang kecil2 tu dah dijanjikan syurga...
(tak kena kat anak dan saudaramara akak bolehlah ringan mulut cakap... kena kat anak sendiri...??) A'uzubillah
Tumpang simpati... Takziah kepada keluarga mangsa.
innalillah..Alfatihah
al fatihah..
nor fadilah ni sepupu saya.Arwah dan suami memang baik dengan saudara mara.rasa macam tak percaya dia dah pergi sekelip mata jerk dan memang tak sangka dalam family kami ada yang akan meninggal macam ni.Tapi kita sebagai manusia perlu menerima..semoga roh arwah abg suhaimi,kak fadil dan anak2 tenang disana
Post a Comment