Monday, 8 June 2009

TONGSAN OH TONGSAN

Nak berkongsi resepi lagi..resepinya terlalu ringkas dan mudah tapi rasanya..wow! boleh tahan siut..Sebenarnya dah 30 tahun aku hidup,tp ni kiranya first time aku makan ikan "tongsan".Rupanya yang sebenar,idak plak aku tahu.Hari Jumaat hari tu aku sampai rumah awal.biasala kalau sampai awal tu maknanya aku dapat bas awal la tu.So,aku gi la rumah Bibik(jiran 2 dari rumah aku) lepak2 sana main dengan budak2 dan beby.Tetiba Mamang(adik bibik) tanya aku makan tak ikan air tawar.Aku jawab tgk jenis ikan jugak.Mamang pun suruh Bibik bagi aku 3 ketul ikan tongsan.katanya masak stim sedap.DAlam hati aku,tak hanyir ker.?Apa lagi balik je ke rumah aku pun keletung keletang la kat dapur.Penyediaannya tak lama dan hasilnya, wow!not bad.Sikit pun tak hnyir dan isinya pun sedap dan segar...Jom kongsi

Bahan- bahan :
3 keping ikan Tongsan
(di basuh dengan air asam dan di bersihkan)
bawang besar - sebiji
5 ulas bawang putih
sedikit halia - di mayang
asam jawa - sebesar ibu jari
15 biji cili api
2 sudu cili boh
2 batang serai
sedikit garam
dan
sedikit daun sup

cara memasaknya :

Bawang besar,bawang putih dan cili api di tumbuk halus.Kemudian di tumis sehingga garing bersama halia yang di mayang tadi dan juga cili boh.Panaskan periuk pengukus dan kukus sebantar ikan yang di lumur dengan sedikit garam dan asam jawa.kemudian taburkan bahan tumisan tadi di atas ikan td dan taburkan juga sedikit daun sup dan serai yang di ketuk..Kukus sampai masak dan sedia di makan.

2 comments:

azieazah said...

Ringkas tapi mesti sedap nihhh...

Kak AA suka, juga suka cara tuan empunya blog, kerana bercerita secara ringkas, begitu telus dan original...

IXORAROXI said...

lain kali kalau buat siakap ke kerapu stim, ikan pari bakar ke, kabor ye :D