Tuesday, 5 May 2009

RILEKS DAN SANTAI!!

Memang syok sesekali kaki kita di urut,rasa lega dan ringan je lepas berurut..Gambar di atas menunjukkan kaki aku sedang di urut oleh seorang wanita berbangsa India..hahaha bukan sebab dia berbangsa India aku nak hentam dia lagi,tapi ini kenyataan...Aunty India ni sebenarnya bukan bekerja di pusat urut ni,tapi dia ni ada gerai berhadapan dengan pusat urutan ini.Kebetulan semasa aku sampai dengan si Botak (adik aku) punya lah ramai yang sedang beurut di dalamnya..Tauke tempat ni pun panggil la aunty ni untuk tolong.Mula-mula dia urut ok la..rasa gak la..lepas 20 minit makin lama makin kuyu dan terus kuyu..sikit pun tak puaskan hati aku.Dah la tu sambil mengurut aku sambil membebel yang dia lebih baik pentingkan kedai dia dari tolong kat sini.dah tahu cam gitu buat ape la pi tolong aunty oi...sudahnya aku yang terseksa dan rugi..huhu..sabor je la.Dahla aunty tak mengurut tak cukup sejam..Tapi bayor tetap sejam..lak tu sikit pun tak lega..memang tak puas langsung.Rasa macam tak di urut jer..di tepuk2nya kaki aku wat menda!!!!Sedap lagi Atan picit kaki aku time nak tidor..Berupah..kena aku time tu berduit setengah jam RM5,kalau dah kering 15minit pun dah ok..lega lagi..Tah la..kalau nak tidur mesti aku upah Atan adik emak lain aku tu tolong picit2kan tapak kaki aku,kalau tak di picit tak boleh tidur la aku malam tu.Ada USquzee berharga RM1500.++ pun tak sedap seperti di urut dengan jari manusia..Rugi je beli mesin urut tu..huhuhu
Lepas aku berurut dengan aunty tu,aku beralih tempat ke sebelah botak.Masa tu Botak belum siap lagi di urut sebab dia lambat menunggu giliran.Huh! sedapnya aku tengok kakak sebelah aku tu duk mengurut customer dia,sampai leh terlelap..Aku pun sms lah Botak, " Aci dak aku nak tambah lagi sejam"?.... Tapi kali ni aku nak kakak Jawa tu yang urut aku.Aku tengok cara urutannya memang macam org ada ilmu mengurut dan tak ikut sgt urutan Refleksologi tetapi mcm urut tradisional.Tergelak kakak Jawa tu bila aku suh dia urut aku lagi sejam..
"Kenapa nak di urut lagi kakinya"..soal dia.
"Dah tak rasa apa kak,kaki saya di urut aunty tu,macam tak di urut je,"balas ku kembali.
Dan tanpa membuang masa kakak Jawa tu pun bertanya pada aku kat mana sebetulnya kaki aku yang sakit..Aku pun jawablah lutut sebelah kanan.Maka dia memulakan urutannya.Huh,kali ni baru aku rasa aku di urut..Berkerut dahi menahan sakit..Aunty tadi masuk balik dan bertanya kehairanan kenapa aku di urut lagi.Mahu saje aku cakap kau urut tak best,tapi aku hormat la org tua,sabor je la... Selesai mengurut untuk 3 jam,2 jam aku dan sejam Botak,kami membuat bayaran.Sayang betul Tauke tu tak reti berbahasa Melayu mahupun English,kalau tak aku nak juga minta diskaun tak puas hati hehehe...RM90 terbang..hehehe..Memang rasa ringan sikit lutut aku..naik tangga pun tak rasa berat sgt..Kalau la aku banyak duit nak je hari-hari aku ke sana.
ADIL KE MELUANGKAN WAKTU DENGAN ORANG LUAR DARI SAUDARA KANDUNG SENDIRI..ERGHHHHHHH...........

2 comments:

IXORAROXI said...

meh sini akak pijak je kaki kamu tu..hehehe nampak cam best je eikkk kena urut tu..akak ni kalau diurut bukan sakit tapi geli ya ampun :D
pstttt tu tu tulisan merah tu nape eikkk (nyibuk tul akak ni)

azieazah said...

Teramat adil.. meluangkan masa dgn orang yg kita sayang...