Tuesday, 26 May 2009

Kulat Dan Pucuk Manis

Petang semalam buka je pintu pagar aku ternampak banyak betul kulat kerang yang tumbuh di batang pohon mangga yang aku tebang hari tu.Betul la kata orang,bak cendawan tumbuh selepas hujan.2 hari sebelum tu aku tinjau-tinjau tak la sebanyak itu.Apa lagi aku masuk rumah amik beg plastik lauk dan aku pun memulakan operasi memetik.Ceh.sebenarnya dalam hati tu dok berkata-kata gak.Boleh ke makan kulat ni?Sebabnya setahu aku kalau kat kampung Opah tiri aku dulu depa duk petik kulat ni yang dok melekat kat dahan pokok getah mati..Tapi dalam hati tu yakin memang boleh makan sebab aku teringat arwah Ijan(anak jiran aku) pernah petik sama macam ni pada dahan pokok mangga dia dulu.
Dapat banyak juga lah.Hampir penuh plastik aku mengutipnya(plastik bungkus lauk).Tapi ? still gak takut,so aku pun pi lah bertanya pada Cik Yah (jiran rumah banglo aku tu) sambil bawak contohnya.Sah!cik Yah kata boleh makan..Siap cakap,kalau kau tak nak bak mai kat Cik Yah..hehehe aku sengih jer..lain kali ler orang petik kan untuk Cik Yah pulak eik..Apa nak masak eik?Tetiba terlintas nak campurkan dengan Pucuk Manis bila aku terpandang pokok pucuk manis yang aku tanam tepi pagar.Sekali lagi proses memetik di lakukan.Banyak jugak dapat ni.Kalau di campur boleh buat sekali makan.Lagi pula adik-adik aku tak makan kut.So,aku je la meratahnya nanti hehehe.
Datang idea nak masak aku segera basuh dan rendam seketika bagi menghilangkan sisa pohon kayu yang melekat.so jom la kalau nak kongsi ape yang aku masakkan semalam.

Bahan-bahannya:-

kulat kerang
pucuk manis
bawang besar sebiji
bawang putih 5 ulas
lada hitam sesudu besar
sedikit ikan bilis-sebagai rencah jer
(ke empat-empat bahan tadi di tumbuk lumut)
ubi kentang sebiji-di potong kecil
soo hoon sebungkus

Cara memasaknya :-


Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang di tumbuk tadi.Biarkan sedikit garing kemudian masukkan ubi kentang yang di potong kecildan masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih.Masukkan garam secukup rasa.Pak aji tak main ha..Dah agak empuk kentang tadi,barulah masukkan kulat kerang tadi dan biarkan dalam 3 minit kemudian masukkan daun pucuk manis dan soo hoon.Biarkan seketika dan padamkan api.Sedia di ratah...





6 comments:

azieazah said...

Nampak nasik dlm piyuk tu dah meruap nak masak..

Lauk baru nak tanak... Wuaaaa lapar dah niiii...:D:D

IXORAROXI said...

weyyyyyyyyyyyy tak baik wooo tunjuk2 tak anto kat jiran kekekeke

kakzie said...

KakZ nasi pagi tuh panaskan..
KakIx hehehe

azieazah said...

Kak Z selalu susah nak baca blog ILA ni sbb:

1. background macam terang sangat...
2. tulisan terlalu kecik (pada mata Kak Z)

sori la, tegur ini pemerhatian Kak Z jer...

Mamamanja said...

sedap tuh!

jom ke blog MM tolong vote tuk qina

kakzie said...

kakZ ila pun tak tahu naper eik..last week Khamis ila kena jaga HQ guna laptop kawan background biru..tp kat pc ila hitam..pasai ape tah..nanti ila try la buat yang besar sikit
Mama..blog kamu ila payah nak masuk..nanti ila try eik..tp dah tak leh vote kut..Jumaat ari tuh tak on pc langsung cz kat bawah dok blend hand gel 2 batch dan packing sekali..