Thursday, 25 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....


SALAM
Sebelum menyambut lebaran yang tinggal beberapa hari je lagi..Di sini aku ingin menghulurkan salam kemaafan andai selama ini ada kata2 ku yang menyinggung sesape jua yang aku kenali,sahabat2 blog,sahabat2 KLFM,teman2 sekerja atau sesape jua yang mengenali insan bernama ILA ini atau di kenali sebagai ILAIP@ ielaampang sahabat Klfm. Sesungguhnya sebagai seorang insan bernama manusia tak lepas dari melakukan kesilapan selagi bernyawa.

Ni merupakan N3 terahir aku sebelum menyambut raya,kerana esok malam aku akan berangkat ke Terengganu menyambut hari raya di rumah mak su aku bersama adik bongsu ku(satu ibu) di sana.Tahun ni merupakan tahun pertama aku lama beraya di kg,iaitu selama 10 hari.Aku akan mula betugas pada 7/10/08 bersamaan hari selasa.Tahun lepas aku tak amik langsug cuti raya,dan hanya bercuti mengikut cuti yang di beri sahaja.So tahun ni aku berkesempatan beraya lama di kg dan sempat juga beberapa hari bersahur dan berpuasa di kg..

Ari tu sempat aku sms sepupu aku untuk menempah ikan pari bakar setiba nanti aku di kg.Sape suruh cerita kat aku yang hari2 panggang ikan.Kan aku dah terliur..Aku tak dan pun nak bakar ikan puasa tahun ni.Tak sempat la..lagi pun tak ramai tak seronok.Bila kat kg nanti ramai2 pasti bertambah2 la aku makan.hehehe Mak su mmg pro masak lauk pauk ni..dan yang paling penting gulai ayam kg pasti ada di pagi hari raya nanti..Hidangan wajib keluarga maksu setiap tahun bersama nasi minyak.Selain itu juga biasanya maksu juga menyediakan sate ayam (hidangan untuk keluarga sahaja) dan ketupat palas.

Cakap bab ketupat palas ni,aku memang hantu.Kalau org kampung aku, sebelum di makan selepas di rebus,kebiasaannya ketupat tu di goreng dulu seketika..dan rasanya lebih enak dari ketupat yang di rebus sahaja.huhuhu...menggoda...k la jumpa lagi selepas raya..

salam kemaafan dan semoga Aidilfitri ini menghapuskan dosa sesama kita...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429H......

AKU NAK LAYAN SYAHDU SAT................

Black Dog Bone
Cahaya Aidil Fitri

Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup
Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat musafir
Yang haus di padang pasir
( korus )
Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain
Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hati berilah pedoman
Cahaya Di Aidil Fitri

3 comments:

black_canary said...

Saya pun nak memohon maaf di sepanjang perkenalan ini,jika pernah membuat ila berkecil hati dgn sikap atau kata-kata saya..

azieazah said...

Selamat menyambut raya di kampung...

Moga raya tahun ini lebih menceriakan..

Maaf Zahir Batin dari Kak Azie..

utk ILA juga buat BLACK_CANARY...

zorrokantoi said...

selamat menyambut eidul fitri & selamat beraya di Terengganu buat ila.