Tahun ni merupakan tahun ke 4 berpuasa tanpa Bapak dan kali pertama berpuasa 3 beradik.Ini adalah kerana adik kandungku yang ke 3 berhijrah kerja di daerah yang lain.Hidangan berbuka kami tahun ini ala kadar jer.Alhamdulillah tak membazir.sekadar1-2 jenis lauk dan di sulami beberapa jenis kuih-muih yang di beli along serta sejenis minuman sudah memadai bg aku dan adik berbuka.Along tak kisah sebab dia memang tak makan nasi.Nak diet la tu kut.Mana nak tau raya ni boleh pakai baju kebaya..hehehe jgn marah ha...Bercerita pasal sahur,aku memang dari dulu malas nak bersahur.Biasanya dulu-dulu ketika ada arwah dia lah selalunya yang mengejutkan adik-adik untuk bersahur.Dari satu bilik ke satu bilik di kejutnya kami.Kena waktu itu aku rajin untuk bangun,maka bangunlah aku untuk bersahur kalau malas maka huhuhu...Biasanya lauk bersahur kami sama seperti lauk berbuka.Malas nak masak ulang2 kali.Bila masak untuk berbuka tu maka di lebihkan sekali untuk bersahur.Awal-awal puasa lagi aku tak kesempatan,maka Atan adik aku yang bongsu jer la yang bersahur.Malas sungguh aku nak bangun.Kesian pun ada dia makan nasi dan lauk sejuk tak di hangatkan.Aku bukan malas nak bangun tapi sejak akhir-akhir ni aku susah nak lena tidur.Kekadang tu dekat pukul 3 baru aku nak lena.Jadinya bila jam dah 4.30 huh terasa nau liatnya.Tapi dua ari ni alhamdulillah aku mampu bangun untuk panaskan lauk dan nasi.Kesian bila di kenang adik aku yang sorang tu.Kalau dia balik rumah ummi dia senang sikit aku tak yah fikir sangat nak masak.Atan ni sebijik perangai macam arwah bapak aku.Kalau dulu Arwah bapak suka bersarapan dengan "nasi sejuk" Atan begitu juga.Dia tak kisah apa jenis lauk pun janji nasi.Kalau benda-benda lain ni dia kurang.Bak kata pagi ,petang, malam nasi,nasi dan nasi.
Aku dah pun selamat membeli tiket untuk pulang ke Terengganu pada 26/09/08 malam dan balik Kuala Lumpur pada 5/10/08 pagi.Tahun ni paling lama aku balik kampung beraya.Seingat aku dah 3 tahun tak balik raya di kampung.Fuh semalam sms sepupu aku bagi tahu tarikh aku nak balik,seronok dia..aku dengan Mek Ani mmg agak rapat.Bualan puasa ni boleh dia minta izin inggalkan suami dia untuk balik Terengganu berniaga kuih di Gerai makan mak dia(maksu aku).Kesian Hezreen sebulan kena tinggal.Ani siap merancang di sebabkan aku balik kampung awal dia nak ajak aku buat kuih untuk raya.Weh!! Ani..aku bab2 kuih raya ni sorry ar failed giler...kalau mu nak suruh aku masak lauk pauk..ok begheh....huhuhuhuKalau tahun dulu-dulu semasa Toki ada lagi,rumah mak su mmg jadi tumpuan tetamu berkunjung.Ye lah maklumlah ada orang tua.Tapi tahun ni tak tahu lah masih ramai kah seperti tahun-tahun sebelum ini??Aku seronok kalau di Kampung Tok Jembal ni,keliling kampung tu saudara mara aku jer yang penuh.Tok ngah,tok de, tok su pok teh.pok cik,pok long semua duduk dekat2 situ jer.So satu hari tu berjalan rumah saudara mara sebelah emak je la..Ceh!! dah tercerita bab raya pulak..ops..sorry..ok la sampai sini lah dulu.Ada idea dan kesemptan aku taip lagi kisah2 hidup ku.TAK SABAR NAK BALIK KG....YEH! YEH! YEH...............
No comments:
Post a Comment