Tuesday 20 April 2010

SAJE NAK CERITA

Petang semalam, semasa pulang dari kerja aku ke Spectrum Shoping Mall yang terletak di Bandar Baru Ampang untuk ke pejabat pos di tingkat 2.Masa dalam bas,aku duduk dekat dengan pintu belakang.Sampai kat bas stop depan sikit dari tempat aku naik,ada seorang "awang hitam" (mat Negro) naik dan duduk menghala ke belakang.Sangka aku dia tak de lah duduk belakang aku betul2.Dalam beberapa minit tu,aku rasa macam ada orang jer merapatkan kepala dia ke arah aku yang duduk di sebelah depan.Tak sedap hati aku pun toleh ke belakag,rupanya "awang" tuh yang duduk betul2 belakang aku.Pelik jugak dan memang dah semacam jer aku rasa saat tuh.Mulanya aku nak pindah dqh duduk di depan.Tapi argh biarlah mungkin perasaan aku jer kut..

Bila sampai di Bandar Baru Ampang,rupanya "En.Awang ni pun turun sama dengan aku...Aku jadi takut sebab dia cuba jalan beriringan dengan aku dan mula menegur..

"Hye Miss...How are you..." ulang2 dia tanya tapi aku buat2 pekak dan buat bodoh terus melangkah laju...hahaha rupanya awang tuh masih di belakang aku.Sengaja aku berhenti seketika dan biarkan dia jalan di depan...Sengal tul...Aku ni badan je besar tapi bila orang yang tak di kenali tegur2 ni aku jadi seram sejuk.Apa lagi la bila yang menegur tu "En.Awang" huhuhu....Teringat aku kisah 14 tahun yang lalu..Kejadian yang seakan sama berlaku atas diri aku.Masa tu lokasinya di jalan Silang,Kuala Lumpur.


Waktu jam lebih kurang pukul 7 malam.Aku dari hospital Kuala Lumpur menemani Pok da aku dari Paka datang ziarah arwah akak aku yang masa tu menginap di sana.Masa melawat habis aku meghantar Pok da aku ke Pudu raya.Tapi tak sampai la ke Pudu just di Metro Jaya pas tu aku tunjuk je Jalan ke arah sana,cz aku ke arah lain untuk balik ke Ampang.Apa yang terjadi selepas aku bersalam dengan Pok da aku dan menuju ke hadapan banguhnan Lin Ho,aku di datangi seorang lelaki yang tak aku kenali mengaku mengenali aku.Yang aku heran dia tahu aku baru balik dari hospital dan nak balik ke Ampang...Dia kata dia kenal aku.Tapi aku heran dan puas aku fikir tapi memang langsung aku tak ingat or mungkin aku yang tak perasan or memang aku betul2 tak kenal mamat ni.Tapi aku layan je la apa yang di tanya.Sampai di bas stand mamat tu still ekori aku.Oh mungkin dia pun nak balik Ampang jugak kut.Bila kat bus stand tu aku tunggu bas yang belum muncul kan diri di hadapan sebuah restoran mamak.Macam2 dia tanya aku masa tu muda remaja lagi tak de la nak fikir yang bukan2 so apa dia tanya aku jawab,sampai la satu saat dia dah menyimpang aku jadi takut.



Pada duk baik2 bertanya tuh boleh dia ajak aku pi tengok wayang...oiiii! gila dah orang ni kata aku...Masa Tu filem Anaconda tengah hangat di pasaran.Aku jadi tak keruan dan terus aku blah masuk duduk dalam restoran mamak dan tunggu dia blah...Dalam beberapa minit bila dia tengok aku dah macam marah dia pun blah.Aku jadi takut sangat bila bas sampai aku terus naik.Malam tu sampai kat rumah aku cerita kat arwah bapak,bapak kata bagus la kau ada perasaan takut gitu dan bijak ambik tindakan masuk kat restoran.Beberapa hari jugak lah aku jadi takut bila balik waktu malam.Masa tu aku kerap ulang alik ke Hospital sebab arwah akak kerap masuk ward....
Now! aku dah besar dah pandai fikir.kalau ada orang yang aku tak kenali tegur aku memang aku terus blah jer...


Semalan intai2 kat sana,aku berkenan betul handbag made in Thailand dan skirt labuh kaler putih...Cukup bulan ni harus ke sana...hehehe

4 comments:

Ibu n Abah said...

zila,
inilah satu satu cara mat awang hitam tu nak mengenakan anak tempatan kita... jagalah.. take care...
dengarnya depa ni pandai meng'ayat'... baik usah di layan....

My Life My World said...

Takutnyer... lebih takut dari jumpa antu kan. Kalau hantu dia cuma takut takut kan kita jer, tapi kalau jenis macam ni boleh buat macam macam kat kita.

Hati hati yer, eh tapi cerita Awang Hitam tadi macam mana ending dia :)

kakzie said...

kalau tgk drama bersiri gerak khas memang tak de yang positif mengenai awang ni...memang kita tak kan layan walaupun depa tersenyum2 bior di kata sombong dr terkena(beware)

MLMY,
bila kita jalan menonong laju kita ingat dia ke jalan lain rupanya still jalan di belakang so kita buat2 berhenti mcm nak lintas ke seberang dia pun jalan ke depan baru kita lak ekor dr belakang...simpang ler kak

IXORAROXI said...

hari ni ada cerita awang tu dalam Harian metro..marah depa kalau panggil negro, coz negro tu maksudnya anjing :D